PEMIKIR UMMAH

Showing posts with label DERUMAN ANAK MUDA. Show all posts
Showing posts with label DERUMAN ANAK MUDA. Show all posts

Tuesday, 15 May 2012

Palestin : Beri Kami Maruah Atau Kematian!


MAY 15TH, 2012

Bebaskan mereka!
Isu palestin kian menggugat hati saudara seakidah di Malaysia. Bukti yang jelas apabila perubahan warna pada di segenap sudut arus media. Sahabat-sahabat di laman sosial Facebook turut bersolidariti dalam menyatakan kebersamaan mereka terhadap isu ini.
Pemilihan warna coklat sejajar dengan warna pakaian yang dikhususkan oleh Penjara Israel terhadap tahanan Palestin. Pelbagai jenis serta paras rupa menggambarkan tahanan Palestin ini diterjemahkan melalui gambar profil sahabat.
Pihak berkuasa Israel mengamalkan budaya “tahanan pemerintah” ini telah membawa kepada tindakan mogok lapar oleh tahanan Palestin. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Mereka ditahan tanpa usul periksa, disumbat ke dalam sel-sel penjara tanpa bicara.
Susulan tindakan tersebut, mangsa tahanan ini melakukan mogok lapar sebagai bantahan mereka terhadap tindakan rejim kejam Israel. Lebih 1,600 orang daripada 4,800 orang warga Palestin bertindak membantah undang-undang dengan mogokan bermula 17 April yang lalu. Paling menyentuh hati, ada dalam kalangan mereka ini sudah mencecah 77 hari bertahan.
Hanya kerana tidak diberikan hak untuk menerima lawatan daripada keluarga serta beberapa layanan yang sewajarnya diberikan oleh pihak Israel. Meskipun mereka ditahan kerana dikhuatiri memberi ancaman kepada ‘negara’ Israel, namun undang-undang “tahanan pemerintah” tersebut hanya berkesan tidak lebih daripada 6 bulan.
Tahanan pemerintah ini dibawa ke hadapan hakim tentera, yang berkuasa menetapkan tempoh tahanan 6 bulan maksimum. Walaubagaimanapun, tempoh ini mungkin akan berulang setelah 6 bulan pertama tamat.
Sudah terang lagikan bersuluh, rejim zionis ini mencabuli hak asasi manusia. Meskipun kaedah penahanan pemerintah ini diterima di peringkat undang-undang antarabangsa, namun perkara ini terhad pada keadaan yang kritikal. Sebagaimana untuk mengelak daripada berlakunya sesuatu yang mengancam keamanan Israel.
Mereka bersolidariti terhadap mogok lapar tahanan Palestin
Hakikat yang perlu diterima, Israel cukup terkenal dengan sikap ‘keras kepala’. Mereka bertindak sesuka hati, bertunjangkan nafsu amarah mereka. Jelas sekali terpancar kebencian yang bernanah di segenap jiwa rejim Israel terhadap muslimin Palestin.
Pergelutan isu semasa di Malaysia tidak sedikit pun mengalih padangan barisan kepimpinan Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) untuk bersolidariti terhadap perkara ini. Isu ini bukan bermula semalam, tidak pula hanya mengisi cerita selingan di peringkat media antarabangsa. Palestin memerlukan sokongan masyarakat dunia terhadap setiap penindasan yang dikenakan ke atas mereka.
ISIUKM menyeru kepada masyarakat untuk celik mata terhadap isu penindasan ini. Bukan perkara baharu berlaku, tetapi mereka sudah berkali-kali diperlakukan sedemikian. Jelas bahawa suara mereka perlu didengari oleh masyarakat dunia.
Ayuh! Kita bersolidariti bersama, meskipun usaha yang dilakukan hanya menukar gambar profil di laman sosial mahupun perkongsian pandangan di laman blog peribadi. Mesej yang jelas adalah untuk membangkitkan semangat prihatin serta simpati masyarakat dunia terhadap tahanan Palestin. Diharapkan dengan usaha kecil ini mampu menyemarakkan lagi usaha setiap muslim di serata dunia untuk mendoakan kesejahteraan mereka.
Muhammad Razif bin Ahmad
Setiausaha Agong ISIUKM 2012/2013

Wednesday, 25 April 2012

Garis Panduan Bersih 3.0 > 28 April

Garis Panduan Bersih 3.0 – 28 April » Bersih

Garis Panduan Bersih 3.0 – 28 April

*Penting! *
*Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 3.0 *
TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN PERLU dgn KWN2.

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH

Tuntutan Bersih 3.0 :

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 :
Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.
CONTACT
Setiausaha Bersih 3.0 

H/P: 016 9670921; 
Email: media@bersih.org
==============================

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 3.0
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan 8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0.

*Perkara yang tidak dibenarkan*
1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya.
6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 tidak dibenarkan.
8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

****************************

*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*
1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan – Dataran Merdeka.
10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
13. Jangan memakai baju Bersih 3.0 sebelum perhimpunan bermula.

*************************
*Semasa perhimpunan 
dan perarakan*
1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan di Dataran Merdeka dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email / talipon: Setiausaha Bersih 3.0.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

****************************
*Selepas perhimpunan*
1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 3.0.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 3.0.

***********************************
*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 3.0 buat Provokasi*
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*
1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

***********************************
*Apa yang anda perlu buat 
jika ditahan*

APABILA DISOAL OLEH POLIS
1. PengenaIan Anda
2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
3. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? ”
BILAKAH ANDA DITAHAN?
4. Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab “ya” pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis apabila anda digari
5. Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.
BILAKAH ANDA TIDAK BOLEH DITAHAN
6. Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).

*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
====================================
*Perhatian!*
1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.
Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 dan 9 Julai 2011 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.
Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Wednesday, 29 February 2012

PAS Pilihan Ku, Mu, Kita



Sinar mentari pagi
berlumba manusia meniti
oowwhh..u..oooww

menuju satu destinasi
membuat pilihan di hati
yeahh...ehh

PAS PILIHANKU
PAS PILIHANMU
PAS PILIHAN KITA

bijak buat keputusan
biar tepat buat pilihan
oowwhh..u..oooww

demi kemakmuran negara
terus gemilanga di persada
dunia...aaa...


terima kasih
Lajnah Penerangan dan Dakwah

Friday, 17 February 2012

Ijazah Kedoktoran Vs Dr. Rosmah


"Ijazah kedoktoran, terutama PhD ialah satu "learning curve" untuk lesen yang menunjukkan kemampuan berkerja dengan idea sendiri untuk melakukan penyelidikan. Ia bukan untuk dibangga bangga dan dimegah megah. Malang sekali, mutakhir ini PhD menjadi bahan yang diminati di Malaysia kerana ia membawa "title" Doktor(Dr) dengan status tersendiri.

Gejala ini menyerang di peringkat kakitangan kerajaan yang tidak terlibat dengan penyelidikan hinggalah ke peringkat ahli politik, artis pun mengalami gejala ini juga, bahkan ustaz yang tidak melakukan penyelidikan dalam kerjayanya juga dijangkiti penyakit PhD ini. Lainlah kalau Dr ini terlibat dengan penyelidikan atau pendidikan di peringkat pengajian tinggi.

Dalam sektor kerajaan, penyakit ini amat ketara kerana pegawai yang terlibat dengan sektor pentadbiran berebut-rebut untuk mendapat biasiswa pengajian dalam bidang kedoktoran. Mereka dari kumpulan ini terdiri dari D.O di pejabat tanah hinggalah konsular di kedutaan malaysia di luar negara.

Calon UMNO yang menentang DSAI di Permatang Pauh dulu bukankah menipu rakyat di situ mengatakan beliau sedang mengaji untuk ijazah kedoktoran PhD di luar negara. Anak orang kuat UMNO yang menjaga PWTC itu juga menipu PhD kepada seluruh rakyat Malaysia. Inilah antara peristiwa-peristiwa yang sepatutnya menjadi renungan dan bahan muhasabah diri sendiri untuk seluruh rakyat malaysia yang perihatin.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah kalau Rosmah pun bangga bila di beri Ijazah Kedoktoran oleh Universiti Curtin itu. Dia perlu itu semua untuk mengubah persepsi rakyat Malaysia kerana katanya Ijazah itu diberi di atas jasanya dalam pendidikan untuk program permata negara.


Jasa Rosmah dan suaminya dalam program pendidikan negara bukan cerita baru. Jasanya sudah mengapai hingga ke London.  Kita perlu ingat jasa suami Rosmah masa menteri pelajaran dulu.
Antaranya memberikan biasiswa istimewa kepada seorang anak peranakan lelaki Pakistan (Pakistan British) dengan perempuan Melayu yang menetap di England. Pada masa itu, katanya anak Paki-Melayu ini sangat pandai. Lalu liputan dan hebahan meluas di beri sedemikian rupa. Akhirnya projek itu terbengkalai sehingga kubur program berkenaan gagal di kesan hingga sekarang. Perlu pembangkang soal di parlimen sekarang mengenai projek mega suami Rosmah itu. Padahal ramai lagi rakyat di dalam negara yang memerlukan sokongan.
Ape yang paling risau sekali ialah puak-puak yang bergelar ustaz, yang reti agamanya, mereka ini terlebih dok sohor dengan PhD nyer.....herm.... itu lah punyer pasal ilmu bukan untuk dikongsi dan diamal tapi untuk menyohor diri biar orang angkat, orang julang namanya.


Yang menjadi masalahnyer pula, sesetengah masyarakat kita hari ini memandang ilmu seseorang itu dengan Ijazah yang diperolehinya, bukan memandang dengan selayaknya dan sebetul-betulnya.


Ini antara luahan bekas pelajar Curtin Universiti terhadap gelaran kedoktoran kepada Rosmah mansur. Di bawah adalah point-point yang diambil dari email asalnya.

1. Email neh dihantar kepada pihak pentadbiran universiti curtin yang menganugerahkan rosmah mansur gelaran kedoktoran baru-baru neh.

2. Kandungan email neh membetulkan gelaran sebenar rosmah mansur. Rosmah Mansur bukan the first lady of malaysia. Sebaliknya dia hanyalah isteri perdana menteri sahaja. Dia tiada apa2 jawatan pun dalam kerajaan. 

3. Email neh bukan kondem rosmah atau pihak pentadbiran universiti curtin sebaliknya dia mempersoalkan apa rasionalnya rosmah mendapat kedoktoran dan membetulkan gelaran yang tepat bagi rosmah mansur.

4. Menurutnya program permata dibiayai oleh wang rakyat. Ia bukan guna wang poket rosmah mansur. Oleh kerana ia dibiayai guna wang rakyat kenapa pula rosmah yang dapat nama? Mana adil. 

Ini antara main point dia. Memang betul pun. Bila fikir-fikir balik.. memang rosmah mansur tak boleh dapat penganugerah gelaran neh pun.Yelah.. dia bukan ada sumbang apa pun. Guna wang rakyat buat program permata. Tapi sampai ke hari neh satu haram kita tak tahu apa-apa pun mengenai program neh.

At least kalau ada gambar 600 pusat permata tue logik arh juga. Kalau dah ada pusat mesti ada pekerja kan? Sapa kerja kat sana? Apakah lokasi dia? Sapa hantar bebudak pergi permata? Mana budak2 yang duduk bawah permata? Aiyohhh.. bukan makin tambah baik makin kusutkan suasana jek lah oii. Itulah bahana nya bila dapat sesuatu yang bukan layaknya. Kan orang dah complaint macam-macam. Banyak-banyaklah berfikir sendiri.

Friday, 10 February 2012

Surat Terbuka Untuk Hasan Ali


Assalamualaikum wbt.

YB Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang saya hormati,

 Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Datuk merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Datuk juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Datuk sekeluarga.

Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Datuk sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Datuk menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Datuk mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan.

Kesedaran bahawa apa Da­tuk lem­parkan kepada mantan parti Datuk sendiri, iaitu Pas di dalam kenyataan-kenyataan Datuk di media dan juga lewat ceramah-ceramah yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Datuk untuk menilai beberapa kenyataan dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya.

Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang dipikul dan bukannya sebagai ahli politik.

Saya bukanlah ahli parti Pas, yang tampil membela parti dari serangan Datuk. Maka saya bertegas menyatakan apa yang ditulis ini hanyalah semata-mata pandangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Datuk mahupun kepada parti yang memecat Datuk.

 Saya kira Datuk mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat.

Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti dianalisis pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan perkongsian kuasa dan juga pengaruh rakyat melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

 Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat segar ialah kemampuan gerakan-gera­kan tersebut untuk menawarkan apa diperlu­an oleh rakyat dan sesebuah negara di dalam pendekatan mereka.

Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti.

Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan Taliban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka.

Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator.

Perkara ini telah membuatkan ramai pengkaji Barat mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

 Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian.

Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan Pas yang Datuk pernah sertai dahulu.

Gelombang ini sekali gus melenyapkan pengaruh model Iran.

Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan.

Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan.

Menurut kajian saya ke atas wacana baru Pas, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, Pas juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Datuk merasakan pendekatan baru Pas ini bermakna Pas telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Datuk tersilap. Perubahan pada Pas bukanlah kerja parasit sepertimana yang didakwa, tetapi ianya merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang.

Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada Pas, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit.

Timbul dilema di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideologi gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit?

Apakah mungkin Datuk ingin mengatakan Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?

 Yakinlah Datuk, sepertimana gerakan-gerakan tersebut berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihan raya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, Pas juga sedang meniti langkah tersebut.

Inilah yang ditakuti oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN). Pihak lawan tidak mahukan Pas mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu Pas kekal sebagai parti kampung milik pak lebai dan pak haji.

Pihak lawan juga tidak mahu Pas bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa Pas dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang.

Malang sekali apabila Datuk pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada Pas.

Lebih malang lagi kini Datuk menjadi suara pihak lawan untuk memaksa Pas kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang dipolitikkan Umno dan BN.

 Saya yakin, di dalam Pas masih terdapat segelintir yang termakan umpan Datuk lantas mempercayai kewujudan parasit.

Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Datuk untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya.

Melalui pengamatan saya, Pas akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka. Seperkara yang perlu Datuk ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Datuk tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

 Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ Pas dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati Pas ternyata senada dengan mereka yang telah berjaya di negara masing-masing.

Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik Pas di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada.

Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti Pas.

Jelas sekali Pas sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif Datuk, malah dipandang sinis.

 Melihat kepada isu hudud yang Datuk anggap telah ditinggalkan Pas, saya kira itu juga agak kurang tepat.

Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat Pas dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan Pas yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai.

Pendekatan diplomasi Pas ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme Pas dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten Pas inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong Pas’.

 Akhir kata, jika Datuk benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Datuk lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Datuk.

Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Datuk untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Datuk miliki.

Mungkin juga Datuk boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran.

Jika dulu mungkin Datuk sibuk dengan tugas exco, kini Datuk lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Datuk yang ingin menjaga aqidah itu.

Saya kira Datuk juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Datuk itu.

Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Datuk untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Datuk kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal.

Saya amat meyakini, jika Datuk berdakwah seperti itu, Datuk akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.


Dr Maszlee Malik
Ahli Akademik Politik Warga
UIAM

Monday, 12 December 2011

Saya Anak Merdeka!!!

Tidak hanya menantikan 31 Ogos baru ingin bicarakan tetang MERDEKA....
tidak!.tidak!.tidak.... sama sekali. (walaupun sudah 4 bulan berlalu ulang tahun sambutannya.)

Ku ingin berkongsi bersama apa yang dikatakan MERDEKA...
sudah cukup ku bawakan satu lagu ini bersama-sama. walaupun ia tidak menyeluruh lagi dari pelbagai aspek.

>>> Sedikit masa harus diluangkan, fikirkan sebentar apa yang dijuangkan
Adakah MERDEKA sekadar laungan, MERDEKA semuanya keluar gaungan
MERDEKA lebih dari tiga jeritan, MERDEKA bebas dari kesempitan
Pemikiran, otak, akal, minda mungkin tiba masa defenisinya di pinda. <<<

Dengarkan lagu dendangan pelbagai artis ini melayu,cina india, macam-macam ada (^_^).



Tuesday, 19 July 2011

Mahasiswa Pencetus Reformasi Gerakan Rakyat

Tidak berapa lama masa yang lalu, satu forum yang bertajuk VOICE OF TOMORROW, bertempat di dewan purnama, pengkalan chepa telah diadakan.

Ahli panel yang telah ditampilkan,ialah Hj. Mohammad Sabu (Timbalan Presiden PAS), Ahmad Syazwan (Presiden GAMIS), dan Mohd Faizal Che Yusof (Peguam Hak Asasi).

Forum ini diadakan secara tertutup, tahu-tahu sahajalah apa tindakan yang tidak peri kemanusiaan akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika diketahui nanti.

Terlalu banyak perkara yang disentuh mengenai negara kita sendiri yang terlalu teruk keadaannya. Tidak akan dirasai oleh orang yang mati hati, orang yang terlalu mengampu pemimpin mereka walaupun dirinya ditindas, asalkan wang mereka terima.......

Tetapi apa yang di petik dari pelbagai mutiara yang dilontarkan, hanya beberapa perkara ingin  dikongsikan bersama di sini adalah mengenai mahasiswa.

Ramai sudah remaja yang memasuki alam mahasiswa, dalam keadaan dunia yang serba moden berbanding ibu bapa, tok nenek moyang kita pada masa yang lampau.
Walaupun dalam keadaan sudah berteknologi ini pun, masih ada lagi yang berfikiran kolot dan jauh terkebelakang.

Kronologinya apa yang sepatutnya mahasiswa perlu ada dan bertindak, agar menjadi menjadi seorang mahasiswa lain dari yang lain. Agar tidak menjadi mahasiswa yang (nampak luarannya bebas dari cengkaman apa sekalipun, sedangkan pemikiran mereka sedang dijajah).

Peri pentingnya bagi mahasiswa pada masa kini, perlu mempunyai Intelektualisme, Idealisme, dan Aktivisme.

Intelektualisme

Setiap mahasiswa perlulah aktif dalam mencari dan menimba ilmu. Perkara ini amatlah penting bagi mahasiswa agar fikiran mereka dapat dimerdekakan daripada dijajah.

Menuntut ilmu amatlah digalakkan, bahkan di dalam Islam itu mewajibkan ummatnya menuntut ilmu, sebagaimana mafhum hadith nabi s.a.w “ Tuntutlah Ilmu Sejak Kamu Di Dalam Buaian Hingga Ke Liang Lahad (kubur)”.

Ilmu yang diperolehi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, seterusnya adalah untuk membantu masyarakat memahami situasi atau keadaan sekarang, tidak seperti dahulu lagi.

Idealisme

Ini merupakan salah satu cara untuk mahasiswa menafaatkan ilmu yang diperolehi.
Ilmu yang diperolehi hendaklah diolah dengan mengeluarkan idea-idea yang bernas mengikut situasi tertentu.

Contohnya :, apabila berlaku peristiwa BERSIH 2.0, maka mahasiswa sepatutnya orang yang pertama mengambil bahagian mendahului golongan veteran. Seperti, mahasiswa yang mengambil coast ekonomi, berbincanglah dengan rakan pelajar yang sama coast  mengenai keadan ekonomi peniaga-peniaga sama ada akan untung atau mendapat untung yang berlipat kali ganda apabila demonstrasi jalanan diadakan.

Bagi yang mengambil coast syariah atau usul fiqh, buatlah penyelidikan akan hukum demonstrasi, kemudian keluarkan kenyataan umum mengenai hukum demonstrasi, agar rakyat yang beragama Islam tidak merasa was-was untuk turut turun padang bersama.

Mahasiswa yang mengambil coast pengurusan dan sosial, bolehlah berbincang mengenai keadaan negara apabila demonstrasi jalanan diadakan, sama ada boleh menjejaskan keamanan negara atau tidak.

Dengan ilmulah akan membolehkan mahasiswa mengeluarkan idea sedemikian.

Aktivisme

Sebagai orang muda yang gagah perkasa, sepatutnya mestilah lebih bergerak aktif dalam mendepani cabaran semasa berbanding golongan veteran.

Lihat sahaja apabila kota konstantinopel dibuka, remaja bukan? Kerajaan rejim hosni mubarak, ditumbangkan dengan demonstrasi anak-anak remaja bukan?.

Apabila remaja sudah mempunyai banyak ilmu, mampu mengeluarkan idea-idea yang realistik dan konpetitif, kenapa tidak sahaja untuk bersama masyarakat.

Apa yang di inginkan, bukan sahaja bersama, tetapi mengepalai setiap permasalahan-permasalahan yang dihadapi masyarakat.

" Tidak pernah kami lihat ataupun dengar hal seajaib ini. Muhammad al-Fateh menukar darat menjadi lautan dan melayarkan kapalnya di puncak gunung, bukannya di ombak lautan. Muhammad al-Fateh dengan usahanya mengatasi Maharaja Dunia Alexander The Great "

 (kenapa kita mesti tidak boleh lakukan lebih dari ini)

~ MAHASISWA PENCETUS REFORMASI GERAKAN RAKYAT ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics