PEMIKIR UMMAH

Showing posts with label LUAHAN VETERAN. Show all posts
Showing posts with label LUAHAN VETERAN. Show all posts

Wednesday, 20 February 2013

"Saya Kesal Apa Dilakukan Ke Atas Dr. Fadzilah"

Harakahdaily,20 Feb 2013

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan melahirkan kekesalan terhadap apa yang dilakukan ke atas pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

“Biarpun kita tidak bersetuju dengan pandangan dan kritikan beliau, namun janganlah sampai menghina dan mengaibkannya sedemikian rupa, itu bukan akhlak kita berjuang,” tulis beliau di Facebooknya.

Justeru, penegasan beliau buat kesekian kalinya, khas dihulurkan kepada semua rakan-rakan pimpinan, penceramah, facebooker, blogger, websiter dari Pakatan Rakyat agar tidak membalas hujah dengan kejian dan makian atau menyerang lawan dengan memburukkan peribadi dan hal anak beranaknya.

“Kekalkan rentak menentang penyelewengan, penipuan dan fitnah lawan atau mana-mana pihak dengan hujah yang berasaskan nas, fakta dan figure,” ujarnya lagi.

Tuesday, 15 May 2012

Palestin : Beri Kami Maruah Atau Kematian!


MAY 15TH, 2012

Bebaskan mereka!
Isu palestin kian menggugat hati saudara seakidah di Malaysia. Bukti yang jelas apabila perubahan warna pada di segenap sudut arus media. Sahabat-sahabat di laman sosial Facebook turut bersolidariti dalam menyatakan kebersamaan mereka terhadap isu ini.
Pemilihan warna coklat sejajar dengan warna pakaian yang dikhususkan oleh Penjara Israel terhadap tahanan Palestin. Pelbagai jenis serta paras rupa menggambarkan tahanan Palestin ini diterjemahkan melalui gambar profil sahabat.
Pihak berkuasa Israel mengamalkan budaya “tahanan pemerintah” ini telah membawa kepada tindakan mogok lapar oleh tahanan Palestin. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Mereka ditahan tanpa usul periksa, disumbat ke dalam sel-sel penjara tanpa bicara.
Susulan tindakan tersebut, mangsa tahanan ini melakukan mogok lapar sebagai bantahan mereka terhadap tindakan rejim kejam Israel. Lebih 1,600 orang daripada 4,800 orang warga Palestin bertindak membantah undang-undang dengan mogokan bermula 17 April yang lalu. Paling menyentuh hati, ada dalam kalangan mereka ini sudah mencecah 77 hari bertahan.
Hanya kerana tidak diberikan hak untuk menerima lawatan daripada keluarga serta beberapa layanan yang sewajarnya diberikan oleh pihak Israel. Meskipun mereka ditahan kerana dikhuatiri memberi ancaman kepada ‘negara’ Israel, namun undang-undang “tahanan pemerintah” tersebut hanya berkesan tidak lebih daripada 6 bulan.
Tahanan pemerintah ini dibawa ke hadapan hakim tentera, yang berkuasa menetapkan tempoh tahanan 6 bulan maksimum. Walaubagaimanapun, tempoh ini mungkin akan berulang setelah 6 bulan pertama tamat.
Sudah terang lagikan bersuluh, rejim zionis ini mencabuli hak asasi manusia. Meskipun kaedah penahanan pemerintah ini diterima di peringkat undang-undang antarabangsa, namun perkara ini terhad pada keadaan yang kritikal. Sebagaimana untuk mengelak daripada berlakunya sesuatu yang mengancam keamanan Israel.
Mereka bersolidariti terhadap mogok lapar tahanan Palestin
Hakikat yang perlu diterima, Israel cukup terkenal dengan sikap ‘keras kepala’. Mereka bertindak sesuka hati, bertunjangkan nafsu amarah mereka. Jelas sekali terpancar kebencian yang bernanah di segenap jiwa rejim Israel terhadap muslimin Palestin.
Pergelutan isu semasa di Malaysia tidak sedikit pun mengalih padangan barisan kepimpinan Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) untuk bersolidariti terhadap perkara ini. Isu ini bukan bermula semalam, tidak pula hanya mengisi cerita selingan di peringkat media antarabangsa. Palestin memerlukan sokongan masyarakat dunia terhadap setiap penindasan yang dikenakan ke atas mereka.
ISIUKM menyeru kepada masyarakat untuk celik mata terhadap isu penindasan ini. Bukan perkara baharu berlaku, tetapi mereka sudah berkali-kali diperlakukan sedemikian. Jelas bahawa suara mereka perlu didengari oleh masyarakat dunia.
Ayuh! Kita bersolidariti bersama, meskipun usaha yang dilakukan hanya menukar gambar profil di laman sosial mahupun perkongsian pandangan di laman blog peribadi. Mesej yang jelas adalah untuk membangkitkan semangat prihatin serta simpati masyarakat dunia terhadap tahanan Palestin. Diharapkan dengan usaha kecil ini mampu menyemarakkan lagi usaha setiap muslim di serata dunia untuk mendoakan kesejahteraan mereka.
Muhammad Razif bin Ahmad
Setiausaha Agong ISIUKM 2012/2013

Saturday, 11 February 2012

Sadis, Katenyer,... Sasterawan Negara



Tokoh Sastewanan Negara, Datuk A. Samad Said yang kini berusia hampir 77 tahun dan telah menghasilkan 63 karya tetapi hanya mempunyai wang simpanan dalam bank sebanyak RM400 sahaja, dibandingkan beliau dengan tokoh politik yang masih berkuasa dan ghairah mengaut harta untuk keluarga mereka.

Petikan di bawah ini, ku petik dari ucapan beliau ketika di Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin pakatan dan NGO, di Geliga, Kemaman baru-baru ini.

Beliau berkata jika Melayu tidak membuat perubahan bangsa Melayu akan terus menjadi miskin walaupun pemimpin negara dimonopolikan bangsa Melayu.

Pemimpin negara berbangsa Melayu sendiri yang mengatakan orang Melayu terancam, tetapi apa yang mereka lakukan untuk mengatasi perkara tersebut.

Selain itu, beilau mengakui golongan sasterawan tidak harus menjadi tukang tulis sahaja, tetapi perlu berada di tengah rakyat dan di sisi pimpinan untuk bersama-sama melakukan perubahan.

Oleh kerana pemimpin U.M.N.O terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris sahaja.

Dan dalam kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris.

Apakah hanya untuk mendapatkan undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan buang bahasa Melayu. KALAU ADA KEMPEN MEREKA, KITA PERLU BERANI MENJERIT KEPADA MEREKA, CAKAPLAH BAHASA INGGERIS.


peringatan :
nama penuh (^_^)
United Malays National Organisation (U.M.N.O)


sangat-sangat sesuai kan.

Sunday, 10 July 2011

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics