PEMIKIR UMMAH

Showing posts with label PERINGATI DARI YANG ESA. Show all posts
Showing posts with label PERINGATI DARI YANG ESA. Show all posts

Tuesday, 21 February 2012

Kemenangan Milik Allah s.w.t

Alhamdulillah...
Dua hari pulang ke kampung, diilhamkan Allah untuk menyediakan sebuah artikel pada kali ini with the begin word 'kemenangan'.

Buat masa sekarang ramai yang mahukan kemenangan-kemenangan, tidak terlepas juga yang berjihad di jalan Allah SWT. 

Ketahuilah........

Kemenangan adalah milik Allah SWT. Jika Dia belum mahu memberikannya kepada kita, maka kita takkan pernah memperolehnya. Kita selalu tertipu. Merasakan bahawa kemenangan itu milik kita, hak kita, bahawa dengan segala amal dan usaha yang kita lakukan, kita pasti menang. Sehinggakan kita terkeliru, tersilau mata. Memfokuskan kepada kemenangan, bukan pada amal dakwah yang berterusan.

Kita harus memahami realiti dakwah. Ia bersifat Robbani. Kita menyeru manusia kepada Allah SWT, menegakkan hukum-hukum Allah SWT. Dakwah ini bukan milik kita, ia adalah amanah. Amanah yang wajib kita sandarkan kepada-Nya. Apabila Dia menentukan bahawa sudah tiba masanya kita menang, maka pasti tidak ada yang dapat menghalang. Jika masih belum nampak bibit-bibit kemenangan, kita harus terus beramal dan berjihad tanpa sedikitpun meragui akan kehendak Allah SWT.

Maka kemenangan, adalah sebuah anugerah Allah SWT. Apabila Allah SWT memberikannya kepada kita, itu bererti sudah selayaknya kita memperolehnya.  Jika belum, ertinya kita belum layak memperolehnya. Boleh jadi kesediaan kita belum cukup untuk menggalas segala amanah-amanah pasca kemenangan tersebut.  Maka masa, bukanlah sebuah indikator sesebuah kemenangan. Sekalipun sebuah perjuangan itu memakan masa puluhan tahun, bahkan ratusan tahun, belum menjadi penguat bahawa kita harus menang kerana ia adalah sebuah ketentuan Allah SWT!

Kita tahu bahawa kita bukan pemula sebuah perjuangan menegakkan agama Allah SWT. Kita adalah penerus kepada tali-tali rantainya. Dan hujungnya belum tentu kita. Kita mungkin akan bisa merasa kemenangan tersebut, atau kita mungkin mati sebelum tertegak agama ini di seluruh pelusuk bumi. Apa yang paling penting, kita mengambil posisi penerus dakwah yang tidak kenal henti berjuang dan tidak menggantungkan usaha kepada hasil.

Taujih Robbani itu selalu menyeru kita agar ikhlas dalam perjuangan. Tidak merasa besar dengan amal kita, tidak menggantungkan kekuatan pada jumlah kita. Lihat sahaja dalam kisah perang Hunain ketika Umat Islam itu ramai, namun Allah memberikan pelajaran dengan menangguhkan kemenangan untuk Umat Islam. Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu diwaktu kamu menjadi bongkak karana banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai."
[At-Taubah: 25]

Sudah tiba masanya kita tidak bermain-main dalam melaksanakan dakwah kerana Allah SWT. Ketika Allah memilih kita untuk diberikan nikmat besar ini, janganlah kita mengabaikan dan menolaknya lalu menjadikannya sebagai tugas sampingan. Takut-takut apabila sampai masa kemenangan, kita tidak berada bersama-sama dalam angkatan yang memperjuangkannya.

Bersyukurlah, apabila Allah SWT terus memberikan kesempatan dan ruang untuk kita beramal. Jangan dirisaukan akan kemenangan dan jangan dijadikan ia pelemah kepada amal, kerana KEMENANGAN ADALAH MILIK ALLAH SWT!

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat".
[An-Nasr: 1-3]

Kemenangan besar yang kita semua inginkan adalah kita mati dalam keadaan Allah meredhai kita, bahkan lebih istimewa kita gugur ketika sedang melaksanakan tugas-tugas dakwah.

Wallahu ta’ala a'lam...

Saturday, 21 January 2012

Suara Dari Langit



‘Suara aneh dan menakutkan dari langit` yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini pada 11 dan 12 Januari 2012 telah menggemparkan bukan sahaja negara kita Malaysia, bahkan seluruh dunia.

Bagi orang Islam yang beriman dengan sebenar-benarnya mereka tidak akan menganggap perkara ini satu situasi yang boleh dibawa cerita kemana-mana tanpa mengambil iktibar akannya. Kerana ini mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini.

Setiap ummat Islam wajar mengambi iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini.

Setiap yang ganjil belaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua ummat Islam, mungkin ia adalah amaran kepada kita. Rasulullah juga ada menyebut kita ini ummat akhir zaman, banyak petanda yang sudah berlaku.

Kita perlu merenung diri bermuhasabah diri, terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita merupakan ummat paling maju dan bertamadun namun kita lupa Tuhan, kita semakin kufur pada-NYA, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ini.

Tidak menolak kejadian aneh tersebut adalah salah satu petanda akhir zaman, sudah banyak perkara-perkara lain yang disebutkan oleh Baginda Rasulullah telah berlaku.

Sudah banyak petanda akhir zaman berlaku, hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu juga sudah terjadi pada zaman sekarang.

Rasulullah ada menyebut, akan ada orang tenggelam dalam bumi, sudah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh, gempa bumi juga semakin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita mendapat berita pasti ada gempa bumi yang berlaku.

Anak-anak zina juga semakin ramai, sudah berpuluh-puluh ribu, dunia juga sudah ada angin ‘sar-sar`, angin ‘sar-sar` ini ialah angin batu, sekarang ini sudah berlaku bencana ini, pada zaman dahulu angin ‘sar-sar` ini diturunkan Allah kepada ummat Nabi Luth.

Justeru itu ummat Islam perlulah mengambil iktibar akan setiap kejadian yang berlaku dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

*************************
Ada potongan Hadith Rasulullah yang menyatakan tentang huru-hara besar akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan, di mana akan menyebabkan semua orang terjaga dari tidurnya.

Hadith ini menggambarkan akan ada suatu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan ia kiamat tetapi huru-hara tersebut akan melenyapkan ummat manusia di atas muka bumi ini sebanyak dua pertiga, yang tinggal hanya satu pertiga sahaja.

Adakah kita semua ini tergolong dalam satu pertiga itu? Peristiwa ini pasti akan berlaku mengikut hadith Rasulullah.

Hadith ini diriwayatkan daripada Nu’aim bin Hammad bahawa Rasulullah pernah bersabda : Bila tiba muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu.
Kami bertanya : suara apakah itu ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab : ‘suara keras` di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.
‘Jika kalian melaksanakan solat Subuh  pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian`.
‘Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah : Mahasuci Al-Quddus, mahasuci Al-Quddus, Rabb kami al-Quddus, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa`.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics