PEMIKIR UMMAH

Tuesday, 7 February 2012

Kesesatan Kerna Pengambilan Zahir Sahaja

Nau'zubillaahiminzalik, minta berlindung dari Allah agar dijauhkan dari bala malapetaka menimpa diri. Memandangkan sekarang pelbagai macam fitnah dan mempermainkan agama sudah banyak berlaku.


Gambar di atas adalah antara yang cuba menggunakan Hadith Rasulullah ditafsir mengikut kepala otak dia sendiri. Dan sekarang sudah ramai yang share di laman facebook tanpa mempedulikan tafsiran para ulama' muktabar sebagaimana tafsiran yang ingin disampaikan maksud Hadith tersebut.

Dalam Islam setiap perkara adalah "matlamat tidak menghalalkan cara". Ini dikupas dalam hadith 40 Imam Nawawi bab yang pertama berkaitan dengan niat. Setiap matlamat yang dikehendaki mestilah cara untuk mencapainya adalah halal begitu juga dengan matlamatnya mestilah halal. Secara mudahnya, mestilah kedua-duanya adalah halal.

Pada masa sekarang, ramai yang menggunakan matlamat untuk menghalalkan cara, sekalipun perkara itu adalah haram. sebagai contoh :

- Seorang lelaki yang menyimpan rabut panjang, kononnya ingin mengikut sunnah, sedangkan niat di hati mahu rambut macam perempuan.

- Seseorang yang pergi berenang, kononnya ingin mengikut sunnah Baginda Rasulullah, sedangkan pergi berenang tanpa menutup aurat.

Jadi berharap sahabat pembaca dapat fahami apa yang ingin disampaikan. Jangan jadi diri kita sebagai sesetengah puak yang menerima pakai Zahir Hadith tanpa mengetahui maksud yang ingin disampaikan.

Thursday, 2 February 2012

Konvoi Penerangan PAS Jelajah Seluruh Negara

Objektif
1- Menggerakkan gelombang menghadapi PRU-13
2- menyebar risalh dan maklumat kepada setiap rakyat yang ditemui.
3- Menggerakkan jentera penerangan negeri dan kawasan.
4- Momentum gerakan tawan Putrajaya.
5- Motivasi kepada petugas penerangan negeri dan kawasan.

Tarikh dan Masa (sepanjang bulan Februari)
04hb Feb - Kelantan
05hb Feb - Terengganu
06hb Feb - Pahang

17hb Feb - Negeri Sembilan
18hb Feb - Melaka
19hb Feb - Johor

23 & 24hb Feb - Kedah/Perlis
25hb Feb - Pulau Pinang
26hb Feb - Perak

Tentatif Program
1- Taklimat dalaman kepada petugas penerangan negeri dan kawasan
2- Sebar risalah di tempat awam
3- Jamuan teh dan santai bersama rakyat
4- Kuliah maghrib
5- Ceramah Perdana

p/s : untuk penerangn lebih detail lihat di
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics