PEMIKIR UMMAH

Friday, 26 October 2012

Pengorbanan Cipta Kemenangan Tanpa Terburu-buru


Assalamualaikum wbt..

Saudara-saudari muslimin muslimat yang dihormati sekalian..

Sempena dengan hari raya korban @ Aidil Adha ini, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan kepada saudara-saudari sekalian, bagaimana contoh perjuangan untuk menegakkan hukum Allah, dari kalangan mereka yang terdahulu daripada kita terutamanya para nabi dan para rasul a.s.

Dalam peristiwa Aidiladha ini, ada 3 watak yang selalu disebut-sebut, yang telah menunjukkan betapa komitmennya mereka terhadap perintah Allah SWT, iaitu Nabi Allah Ibrahim a.s, anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar.

Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya meninggalkan anak dan isterinya yang tercinta berduaan di Mekah, tempat yang kering kontang dan panas terik.

Nabi Ibrahim lantas meninggalkan isteri dan anaknya tanpa mengendahkan panggilan isterinya. Sehinggalah isterinya bertanyakan kepadanya: "Adakah ini adalah perintah dari Allah?". Lantas Nabi Ibrahim berpaling dan menjawab: "Ya". Siti Hajar menjawab dengan tenang: "Pergilah dengan urusan Tuhanmu itu".

Ini adalah satu pengorbanan demi agama Allah SWT. Maka dengan sebab itu, kita yang datang selepas dari para anbiya itu, hendaklah mencontohi mereka dari sudut prinsip dasar dan perjuangan.

Dalam memperjuangkan Islam ini, kita perlu sabar dan tidak perlu gopoh untuk mendapat kejayaan yang terburu-terburu, tetapi kita hendaklah berwaspada dalam pergerakan kita ini. Ianya adalah supaya kita tidak melencong dan terseleweng daripada landasan yang telah digariskan oleh Allah SWT.

Kita tidak boleh mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh para anbiya itu adalah perkara-perkara lapuk yang tidak dapat kita menggunakan pada masa atau zaman ini.

Malahan kitab-kitab Allah dan Hadis-hadis Nabi itu terus berkuatkuasa selagi mana adanya manusia di atas muka bumi ini. Syariat Islam berkuatkuasa sepanjang zaman dengan keadaan bahawa ianya dikenali dengan satu keistemewaan bahawa Islam itu adalah bersifat 'As-Sabat wal Murunah'. Ianya tetap, tetapi anjal. Tetap itu bermakna, kita tidak boleh keluar dari landasan Islam walaupun ianya bersifat anjal.

Maka saudara-saudara sekalian, kita hendaklah berpegang teguh kepada prinsip dan ajaran Islam, sehingga kita berjaya ataupun mati syahid di dalam perjuangan Islam. Wallahu a'lam.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, walillahilhamd

Datuk Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Wednesday, 13 June 2012

PM! Melayu? Cina? India?... Apa Pula Pendirian PAS?


Bila PAS sebut terima cina jadi PM, habis kecoh seluruh negara....
haha, jenis Melayu Islam yang tak faham agama, beginilah jadinya. PAS da kate tak kesah dari bangsa mana  PM asalkan Islam. (ini satu kenyataan yang patut ummat Islam fahami betul-betul.)

Satu lagi, orang Melayu nih takut sangat jika BN kalah. Itu tidak mustahil laa...
Apa nak ditakutkan sangat. Jika BN kalah, mestilah PAS yang menang kan. Bukan ker, PAS tuh Melayu, lagi pula Islam tulen plak, mengamalkan syariat. Apa nak takutnya. Sepatutnya lagi sokong. Janganlah mikir cam l**b*.

Takpe, sekarang jangan runsing, PAS dan Pakatan Rakyat telah menyetujui PM nih, siapa yang layak.


PAS memegang asas bahawa Perdana Menteri bagi sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi adalah ditentukan berdasarkan kaum yang paling besar dan pengaruh di Negara itu.

Katanya Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, begitu juga di Malaysia, di mana realitinya Melayu Islam adalah kaum terbesar.

Mengikut kaedah politik yang berasaskan demokrasi, kepimpinan hendaklah dari kaum yang paling besar pengaruh.

Sehingga kini, semua kaum di Malaysia menerima hakikat bahawa Melayu Islam adalah kaum terbesar.

Kononnya DAP mahu menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih putrajaya-katanya United Myanmar Nepal Organisation (u.m.n.o).

Lim Guan Eng sendiri pernah menyatakan yang dia, mahupun DAP tiada hasrat nak jadi PM.

Dia pun tahu realiti Malaysia bahawa orang Melayu paling besar.

Telah sepakat dalam mesyuarat majlis Pakatan Rakyat bahawa Perdana Menteri adalah Melayu Islam asalkan bukan u.m.n.o BN. - ABU

PAS dan Pakatan Rakyat sekali lagi menegaskan akan menjunjung apa yang termaktub perlembagaan negara. Perkara ini telah dipersetujui bersama dalam resolusi Pakatan Rakyat.

Ianya termasuk soal Islam sebagai agama persekutuan, hak Bumiputra, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta raja sebagai ketua negara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics