PEMIKIR UMMAH

Tuesday, 25 October 2011

Luahan Resah Seksa Rakyat Marhaen


Kemana pergi subsidi kami?
Kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari kalian beritahu,
Wang mesti dicatu, kita menuju maju...
Kalian kata :
Jika tidak, semua menderita,
Habis harta Negara...
Kalian berbahasa :
Bukan barang naik harga,
Cuma subsidi turun sahaja...
Kami orang desa, mungkin tidak pandai kira wang berjuta-juta,
Kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta,
Jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
Tapi dapatkah kami dibohongi,
Tentang suapan saban hari?
Apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
Papa semakin parah?
Wang semakin lelah?
Jika semalam berlauk, hari ini Cuma berkuah...
Kerana kerajaan kita sedang susah?
Maka subsidi kita terpaksa diserah...
Jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh kerana barang makin angkuh,
Wang papa makin rapuh...
Apa yang dapat dibisik pada anak yang berkopiah ke madrasah?
Makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
Jika mereka bertanya siapa yang bawa lari,
Kepada siapa patut kami tuding jari?
Janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
Akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini...
Atau kami jadi insan curang....
Kami beritahu :
Cuma subsidi sahaja yang kurang?
Tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...
Dengar sini wahai yang tidak memijak bumi !!!
Pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
Pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
Kami yang semput bagai melukut di kota kedekut,
Kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa,
Bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja,
Pernahkah kau merasa?
Rumah bocor yang lanjut usia...
Baju dan kasut anak yang koyak,
Tinggal dalam rumah yang berasak-asak,
Siang kami sebak, malam kami sesak...
Sedangkan kalian manusia angkasa...
Istana permata dibina,
Kereta berjuta dirasa...
Elaun serata,
Dari isteri sehingga seluruh keluarga...
Hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran Negara...
Tapi kami masih disini...di teratak ini...
Dengan lauk semalam...
Dengan hidangan yang tidak bertalam...
Dengan rumah yang suram...
Dengan wang yang hampir padam...
Tiada istana lawa...
Tiada kereta berharga...
Tiada layanan diraja...
Tiada baju bergayati...
Tiada kediaman seperti menteri...
Tiada hidangan VIP...
Tiada persen di sana-sini
Tiada bahagian anak dan bini...
Tiba-tiba kalian kata :
Kamilah beban Negara...
Aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
Kalian yang belasah, kami yang bersalah...
Kalian buat untung, hutang kami tanggung...
Kalian mewah melimpah, kami susah parah...
Kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
Kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
Kalian makan isi, kami dijadikan abdi...
Lantas kalian rampas lagi subsidi...
Ke mana wang itu pergi nanti?
Jika kalian berhati suci,
Wajib mengganti buat kami...
Tapi makin kejam sehari-hari
Heboh mengiklan buat gula konon merbahaya,
Mengapa tidak beras diturun harga?
Jika tidak untuk minyak kereta...
Mengapa tambang tidak potong sahaja...
Sehingga bila keadaaan in akan berakhir.....
Keluhan sebegini dapat didengari atau tidak,
Golongan mewah bertelinga kecil, berangan setinggi gunung,
Hasil mahsul rakyat habis digunakan,
Apa yang dapat ku perbuat,
Hanya kupanjat setinggi doa kehadrat ilahi,
Agar keluhan resah ku ini didengari oleh maha pencipta,
Pemberi balasan seadil-adilnya...

Nukilan - ??? deringan merah fiq economic

Sunday, 16 October 2011

Facebook Rugikan Pakatan Rakyat (Jangan Biarkan Ia Berlanjutan)


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Terlalu ramai penyokong Pakatan Rakyat yang bersemangat menyokong PR dan memerangi BN, tetapi hanya membazir tenaga dan masa dalam FB dalam kerja yang nampaknya bersungguh benar tapi hakikatnya hanya 'merosakkan' sokongan terhadap PR. Di samping terdapat segolongan besar lagi yang malas memanfaatkan peluang menyebarkan maklumat secara mudah yang terhidang dalam FB.

Saya ingin mengguna kesempatan ruangan ini untuk membetulkan golongan yang hanya bekerja keras (work hard) tetapi tidak bekerja secara baik (work smart) di FB.

Berikut adalah senarai KESILAPAN yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR:
  1. Kesilapan terbesar jurukempen alam siber ialah tidak memokuskan tugas utamanya iaitu cuba mengubah minda sasaran. Ramai yang berminat menyindir, mengutuk, menghina, memperlekeh dan merendahkan pihak lawan. 

    Pihak lawan membalas balik dengan serangan yang lebih ganas, memaki hamun, mencarut, memberi gelaran buruk. Atau pihak lawan yang memulakan dan kita memberi reaksi serupa. Apa hasilnya? Kita adalah penyokong PR tegar manakala mereka adalah penyokong BN tegar. Tiada siapa akan berubah. 

    Yang akan terubah persepsi ialah rakan-rakan atas pagar yang melihat kedua belah pihak sama saja, 2x5, 5x2. Jadi, betulkan nawaitu serta tujuan kita: Hendak mempengaruhi orang ramai atau hendak melepas geram.
  2. Jangan termakan provokasi lawan. Berhujah dengan lunak berasaskan dalil dan fakta. Hujah kita akan dinilai oleh golongan yang rasional. Biarkan pihak lawan melakukan serangan kotor kerana semakin celupar mereka 'berhujah' semakin hilang wibawa mereka. Kita yang untung.
  3. Jangan guna gelaran buruk untuk lawan. Contoh: Najis Tun Razak, Wak Sembab (Muhyiddin Yasin), Hisham Aww, Khir Toyol. Ingat tugas anda ialah mempengaruhi golongan atas pagar dan golongan rasional. Pihak lawan sering menggunakan N.ajis, Pork Nick, Aljuburi, Peliwat Tegar, Anugay, Mat Sabun, Mat Shabu, DAPig, hamPAS.. Biarkan, kerana ia 'sangat membantu' kita.
  4. Jangan memaki hamun, eg. Babi, anjing, bodoh, bengap, keldai, haramjadah, celaka. Jangan mengejek, eg. Wakakaka, perghh, huahhh. Jangan mencarut. Tiada sasaran yang akan terpengaruh dengan maki hamun dan ejekan, tetapi manusia terpengaruh dengan hujah dan fakta.
  5. Jangan menyerang penyokong atau pengikut. Tahap kesetiaan penyokong mana-mana parti adalah berbeza. Penyokong yang lemah dan rasional mempunyai keupayaan untuk berubah tapi jika kita menyerang penyokong BN secara borong, yang lemah pun akan terasa kuat. 

    Jadi elakkan mengguna perkataan puak-puak tu, penganut UMNO, pengikut buta tuli UMNO, geng songkok tinggi dll. Yang mesti diserang ialah para pemimpin mereka di semua peringkat.
  6. Bagi segolongan rakan FB dari kalangan penyokong PR, mereka hanya gemar menjadi pembaca, langsung tidak mahu berperanan sebagai penyebar maklumat. Di luar sana, kita sibuk menyalahkan BN kerana media yang berat sebelah tetapi di alam siber yang beratnya berbelah-belah kita tidak memanfaatkan peluang yang terhidang. Jadilah pencetus dan pengkomen, bukan hanya sekadar pembaca.
  7. Masing-masing pemegang akaun FB mempunyai rangkaian rakannya tersendiri. Terlalu banyak bahan kempen yang sampai berupa nota, banner, kartun ataupun klip video. Lakukan 'share' (kongsi), hanya dengan satu sentuhan beribu rangkaian rakan kita akan memperolehnya. Lagi banyak maklumat yang sama disebarkan, lagi teguh kepercayaan orang terhadapnya. Sangat mudah untuk dilakukan mengapa tidak buat?
Hari ini ceramah tidak lagi mendapat sambutan seperti satu atau dua dekad lalu. Maklumat yang mudah diperolehi dari media baru mungkin menjadi sebab. Tenaga dan masa yang diperlu untuk mengatur satu program ceramah sangat besar. Tapi Tuan Guru Nik Aziz boleh 'berceramah' kepada lebih 400 ribu rakan mayanya hanya dengan sentuhan jari.
Kelebihan FB ialah rangkaian rakan-rakannya adalah golongan menengah dan terpelajar dalam masyarakat. Cakap mereka berwibawa dan didengari. Pengaruhi mereka, lalu biarkan mereka mempengaruhi masyarakat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics