PEMIKIR UMMAH

Saturday 2 February 2013

Cerai Tetap Cerai



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertegas bekas Nasharudin Mat Isa digugurkan secara sah walaupun bekas Naib Presiden Pas itu mendakwa sehingga sekarang belum menerima surat perlucutan jawatan dalam Majlis Syura Ulama parti itu.

Nik Abdul Aziz berkata, soal tidak terima surat itu soal nombor dua kerana yang pentingnya 'lafaz cerai' sudah berlaku.

"Lafaz cerai sudah dibuat, kalau surat cerai tak sampai pun ia tetap dah cerai... surat tak sampai tu soal nombor dua," katanya kepada pemberita semalam.

Ketika diminta mengulas tindakan Nasha mempertikaikan Majlis Syura Ulama Pas, Nik Abdul Aziz berkata, hal itu tidak mendatangkan masalah kepada parti.

"Dia nak pertikai, pertikailah... saya pengerusi (yang mempengerusikannya mesyuarat),  ia adalah keputusan muktamad Majlis Syura dan saya sebagai pengerusi majlis itu tetap dengan keputusan itu," katanya.

Nasha sebelum ini menjelaskan beliau masih belum menerima surat berhubung perlucutan jawatannya secara rasmi dan menganggap pengguguran itu tidak mengikut prosedur.

Nasha berkata, beliau mengetahui mengenai penggugurannya sebagai ahli Majlis Syura Ulama yang dikatakan diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari lalu itu melalui media.~ Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics