Alhamdulillah syukur kepada Allah dapat menyiapkan
serba sedikit perkongsian (ilmu yang diperoleh dari bengkel) mengenai 8
tuntutan yang masih tidak ditunaikan kerajaan U.M.N.O kita, serta selawat dan
salam buat junjunagn besar nabi Muhammad s.a.w.
Pada 9 Julai 2011, 50,000 rakyat
Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil.
Kerajaan tidak patut menangguhkan masa dalam
melaksanakan 8 tuntutan BERSIH 2.0 demi pilihanraya bersih dan adil.
8 tuntutan segera BERSIH 2.0 harus dilaksanakan
sebelum Pilihanraya Utama Ke-13 (PRU-13)!
1.BERSIHKAN
SENARAI UNDI
Senaraikan undi harus dibersihkan dengan segera
untuk menyinkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
Pendaftaran pengundi secara automatic yang
diselaraskan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan
masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2.MEREFORMASIKAN
UNDI POS
Semua pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi
melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu
tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas
haruslah mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Wakil parti
politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3.GUNAKAN
DAKWAT HITAM
Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang
(atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4.TEMPOH
KEMPEN MINIMA 21 HARI
Tempoh yang lebih lama diperlukan untuk calon
menyebarkan maklumat,terutamanya dikawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya
pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi tempoh kempen 10 hari sahaja.
Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya
mempunyai tempoh kempen selama 42 hari, manakala semasa Pilihanraya umum ke-12
pada 2004, tempoh kempen 8 hari sahaja.
5.AKSES
MEDIA YANG BERSIH DAN BEBAS
RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai
oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk
semua parti yang bertanding.
Parti politik harus dibenarkan untuk membuat
pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
Ini adalah mengenai keadilan! Semau media perlu
memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif
terhadap mereka.
6.KUKUHKAN
INSTITUSI AWAM
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak
berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus
direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi
hak asasi manusia.
Contohnya :
SURUHANJAYA
PILIHANRAYA (SPR)-hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
BADAN
KEHAKIMAN-harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan
undang-undang tanpa gentar atau memihak.
PEGUAM
NEGARA-perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan
kepentingan rakyat.
SURUHANJAYA
PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA-harus bertindak dengan adil dan menghentikan
pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
POLIS DIRAJA
MALAYSIA-perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan
menegakkan kedaulatan undang-undang.
7.HENTIKAN
RASUAH
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk
kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan
miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan! Akta Kesalahan
Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8.HENTIKAN
POLITIK KOTOR
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk
menghentikan politik kotor.
Rakyat tidak tertarik dengan politik kotor. Rakyat
hanya hanya tertarik kepada DASAR-DASAR yang melibatkan kepentingan sejagat.
APAKAH YANG
ANDA BOLEH LAKUKAN UNTUK PILIHANRAYA YANG BERSIH,BEBAS DAN ADIL?
1.Semak nama anda
Pastikan maklumat anda dalam daftar pemilih adalah
tepat.Semak daftar pemilih di laman web: http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/atau
dengan memanggil SPR di o3-88856666.
2.Mengadu kepada SPR
Sekiranya maklumat anda tidak tepat,sila mengadu
kepada SPR dan berikan maklumat terperinci kepada kami di info@bersih.org atau faks kepada
03-77844978.(Contoh: Kawasan mengundi anda telah ditukar tanpa pengetahuan atau
nama anda dilampirkan dalam daftar pemilih walaupun belum mendaftar)
3.Daftar untuk mengundi
Sekiranya anda masih belum mendaftar untuk mengundi
,daftar di pejabat-pejabat pos yang berdekatan segera!
4.Pastikan anda mengundi
Jangan mengabaikan hak mengundi anda ketika
pilihanraya nanti.
~BANGKITLAH WAHAI ANAK MUDA MALAYSIA MENENTANG KEZALIMAN~