PEMIKIR UMMAH

Tuesday 29 November 2011

Bagaimana Dengan 8 Tuntutan ??? Tindakan..


Alhamdulillah syukur kepada Allah dapat menyiapkan serba sedikit perkongsian (ilmu yang diperoleh dari bengkel) mengenai 8 tuntutan yang masih tidak ditunaikan kerajaan U.M.N.O kita, serta selawat dan salam buat junjunagn besar nabi Muhammad s.a.w.

Pada 9 Julai 2011, 50,000 rakyat Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil.
Kerajaan tidak patut menangguhkan masa dalam melaksanakan 8 tuntutan BERSIH 2.0 demi pilihanraya bersih dan adil.
8 tuntutan segera BERSIH 2.0 harus dilaksanakan sebelum Pilihanraya Utama Ke-13 (PRU-13)!

1.BERSIHKAN SENARAI UNDI
Senaraikan undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyinkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
Pendaftaran pengundi secara automatic yang diselaraskan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2.MEREFORMASIKAN UNDI POS
Semua pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas haruslah mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Wakil parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3.GUNAKAN DAKWAT HITAM
Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4.TEMPOH KEMPEN MINIMA 21 HARI
Tempoh yang lebih lama diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat,terutamanya dikawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi tempoh kempen 10 hari sahaja.
Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai tempoh kempen selama 42 hari, manakala semasa Pilihanraya umum ke-12 pada 2004, tempoh kempen 8 hari sahaja.
                                                             
5.AKSES MEDIA YANG BERSIH DAN BEBAS
RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
Ini adalah mengenai keadilan! Semau media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6.KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR)-hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
BADAN KEHAKIMAN-harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
PEGUAM NEGARA-perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA-harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

POLIS DIRAJA MALAYSIA-perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7.HENTIKAN RASUAH
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan! Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8.HENTIKAN POLITIK KOTOR
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Rakyat tidak tertarik dengan politik kotor. Rakyat hanya hanya tertarik kepada DASAR-DASAR yang melibatkan kepentingan sejagat.

APAKAH YANG ANDA BOLEH LAKUKAN UNTUK PILIHANRAYA YANG BERSIH,BEBAS DAN ADIL?

1.Semak nama anda
Pastikan maklumat anda dalam daftar pemilih adalah tepat.Semak daftar pemilih di laman web: http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/atau dengan memanggil SPR di o3-88856666.

2.Mengadu kepada SPR
Sekiranya maklumat anda tidak tepat,sila mengadu kepada SPR dan berikan maklumat terperinci kepada kami di info@bersih.org atau faks kepada 03-77844978.(Contoh: Kawasan mengundi anda telah ditukar tanpa pengetahuan atau nama anda dilampirkan dalam daftar pemilih walaupun belum mendaftar)

3.Daftar untuk mengundi
Sekiranya anda masih belum mendaftar untuk mengundi ,daftar di pejabat-pejabat pos yang berdekatan segera!

4.Pastikan anda mengundi
Jangan mengabaikan hak mengundi anda ketika pilihanraya nanti.


~BANGKITLAH WAHAI ANAK MUDA MALAYSIA MENENTANG KEZALIMAN~

Sunday 6 November 2011

Angry Birds


salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple
yang dimain oleh aku sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal
semuanya suka bermain game ini
tidakkah anda pernah tertanya-tanya?
Kenapa?
Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka
sedar x kita...
jawapannya sebab....
Angry Birds....
dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan):
antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban
menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka
iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan
mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri
tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?
yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!
yang putih pula?
sanggup mengorbankan anaknya!
itu bukanlah satu pengorbanan yang senang
menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad
segala-galanya untuk mencapai satu matlamat
menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."
(At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie:
dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh
burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan
malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan
maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah
untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun:
tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?
tidak
diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza
setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza
jadi diorang susun
sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu
kenapa?
sebab Saidina Ali mengatakan
"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil):
bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?
diorang susun dengan menilai
bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu
maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya
yang reti potong kayu pergi serang kayu
yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu
dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka
untuk detect, apakah kelemahan musuh kita
dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza
bagaimanakah kita ingin menyusun strategi
untuk mencapai ustaziyatul alam
eh silap
untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat

5) Taat:
dan sebagai qiyadah
perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang
adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas
dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan
pasti tidak ada orang yang nak main
dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh
jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas

6) Ukhuwah:
lastly
kena faham
bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat
itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang
mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya
mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka
kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara
seperti mana kita umat Islam bersaudara
jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya
dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita
daripada musuh yang nampak di dunia
dan juga musuh yang tidak nampak
yang menarik kita ke api neraka
kenapa?
sebab kita menyayangi saudara kita
sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang
kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam
tidak akan wujud game Angry Birds
jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka
begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam
malahan mustahil akan menang gerakan Islam
jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"
(An-Nasr 110:1-3)

sedarlah
pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam
dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna
semua yang korang baca tadi
adalah pengajaran daripada Angry Birds
tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat
iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih
kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza
dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...
"Ukhuwah Teras Kegemilangan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics