PEMIKIR UMMAH

Monday 10 December 2012

Gambar-gambar Sekitar Himpunan Kebangkitan Ummah Pahang



Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggarkan kira-kira 40,000 hadir pada perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Kerdau, malam ini.


Meskipun pada masa yang sama berlangsung perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki peringkat separuh akhir antara Malaysia dengan Thailand.


Ini, kata Tuan Ibrahim menunjukkan bahawa isu rakyat dilihat lebih penting oleh orang ramai walaupun mereka minat kepada sukan bola sepak.


Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, Malaysia hanya seri 1-1 di mana gol pasukan negara dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-49 manakala Thailand oleh Teerasil pada minit ke-78.


“Saya pun minat bola, tetapi isu rakyat lebih penting daripada apa yang kita lihat (bola),” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Beliau juga menjelaskan bahawa PAS Pahang mempunyai komitmen yang tinggi untuk menyelesaikan isu tanah tapak rumah rakyat yang tidak mempunyai tanah.

Katanya, Pakatan Rakyat mendapat mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, masalah tersebut dapat diatasi.

Ini, katanya kerana Pahang mempunyai tanah  yang luas, justeru tidak ada masalah bagi Pakatan Rakyat untuk memberikan tanah tapak rumah kepada rakyat negeri ini yang masih tidak bertanah.



Hampir semua penceramah sejak petang sehinggalah malam ini menggunakan kiasan Adnan berjanji akan potong telinga dan terjun Sungai Pahang sekiranya Pakatan Rakyat menang di parlimen Bentong secara selang-seli untuk menghiburkan para hadirin.



“Sebagai rakyat Pahang, kita ambil ini sebagai cabaran untuk menawan Bentong dan Pahang,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man..

Pada sebelah petangnya..
Ketika program belum bermula, ribuan sudah menanti dihadapan pentas.
Ustaz Fadzil Noor Abdul Karim memimpin solat hajat dan munajat selepas solat Mghrib
Sabar menanti biarpun tiada upah yang dijanji

Semakin ramai memenuhi di hadapan pentas
Lagu Kebangsaan sedang dinyanyikan..
Kadir Sheikh Fadzir sedang berucap
Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir
Wakil dari kumpulan Anti Lynas sedang berucap
Tuan Haji Mohammad Sabu
DS Anwar Ibrahim baru tiba..



DS Anwar Ibrahim
Puluhan ribu sedang mendengar
Tak perlu disediakan bas atau nasi bungkus.. ribuan sudi hadir


Berikut adalah tawaran Pakatan

TAWARAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEPADA RAKYAT NEGERI PAHANG

Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negeri Pahang pada PRU 13 nanti maka kami akan :

PERTAMA

Menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung  Baru dan Kampung Tersusun.

KEDUA

Menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

KETIGA

Mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

KEEMPAT

Memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.

KELIMA

Menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil  hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan.

KEENAM

Sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri sebagaimana yang dilaksanakan di negeri negeri pakatan rakyat.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,Pesuruhjaya PAS Pahang.
Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang
Yb Leong Ngah Ngah, Pengerusi DAP Pahang

9 Disember 2012

TAWARAN KERAJAAN PERSEKUTUAN (PAKATAN RAKYAT ) UNTUK NEGERI PAHANG

Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Malaysia pada PRU 13 nanti maka :

PERTAMA

Menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, Bekas anggota Polis dan Tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.

KEDUA

Memberikan Royalti minyak sebanyak 20% setahun (bukannya 5%) kepada Kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi nanti.

KETIGA

Memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai seperti Jalan Jerantut – Benta, Jerantut – Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara 2 negeri seperti Kuantan – Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang, Kuantan – Segamat dan Kuala Lipis – Raub - Bentong – Seremban dan Jerantut – Ulu Tembeling – Dungun dengan perlaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR       
Yb. Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP Kebangsaan
Tuan Hj. Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS


Wednesday 21 November 2012

Perang Siber Ke Atas Israel Sempena Konflik Gaza

Terjemahan Mohamad Yahya,21 Nov 2012


(Imej yang muncul di kebanyakan laman web Israel yang dilaporkan telah digodam oleh Anonymous)



JERUSALEM: Lebih daripada 44 juta cubaan penggodaman telah dibuat ke atas laman web kerajaan Israel sejak Israel mula melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza hampir seminggu lalu.

Angka tersebut yang dikeluarkan oleh kerajaan Israel menunjukkan bahawa cubaan tertinggi adalah ke atas laman web berkaitan pertahanan, manakala 10 juta percubaan telah dibuat ke atas laman web presiden, tujuh juta percubaan ke atas kementerian luar dan tiga juta percubaan ke atas laman web Perdana Menteri.

Menteri Kewangan Israel, Yuval Steinitz berkata hanya satu cubaan penggodaman yang berjaya ke atas laman web yang tidak akan dinamakan, tetapi ia berfungsi semula selepas 10 minit.

Anonymous, sebuah kumpulan aktivis siber antarabangsa, telah mengepos ke internet  satu senarai mengandungi hampir 700 laman web Israel yang didakwa telah disasarkan, dirosakkan dan diganggu dalam tindak balas kepada serangan udara ke atas Gaza.

Salah satu sasaran paling utama kempen "OpIsrael" adalah program pembangunan antarabangsa Kementerian Luar, Mashav.

Dalam satu pengumuman di Twitter, Anonymous mendakwa telah mengganggu pangkalan data dalaman laman web tersebut.

Pada pagi Khamis, Anonymous mengeluarkan kenyataan yang memanggil penggodam lain untuk membantu melumpuhkan dan merosakkan laman web yang berkaitan atau dimiliki kerajaan atau tentera Israel.

Antara sasaran berprofil tinggi kumpulan Anonymous adalah laman web Parti Kadima di Israel, yang berada di luar talian sejurus selepas digodam, dan juga Bank of Jerusalem.

Kebanyakan laman web yang digodam memaparkan imej tiada paparan, tetapi selebihnya memaparkan imej dan mesej pro-Palestin.

Seorang jurucakap kementerian Israel berkata bahawa walaupun serangan muncul dari serata dunia, namun serangan tinggi muncul dari Israel dan wilayah Palestin.

"Jabatan komputer kementerian akan terus menghalang jutaan serangan siber," ujar Steinitz katanya. "Kami sedang menikmati hasil pelaburan kami beberapa tahun kebelakangan ini dalam membangunkan sistem pertahanan berkomputer."

Steinitz telah mengarahkan kementeriannya untuk beroperasi dalam mod kecemasan untuk menangani percubaan melemahkan laman web kerajaan.

Kedua-dua pihak dalam konflik Gaza, terutamanya Israel, menggunakan media sosial sebagai salah satu alat peperangan.

Tentera Israel telah muncul di hampir setiap platform yang wujud, manakala pejuang Palestin aktif di Twitter.

"Peperangan ini berlaku dari tiga segi. Yang pertama adalah fizikal, yang kedua ialah dalam dunia rangkaian sosial dan ketiga adalah siber," kata Carmela Avner, ketua pegawai maklumat Israel.

Friday 9 November 2012

Syria: Rakyat Mangsa, Pemimpin Berlaga, Musuh Untung

TG Abdul Hadi Awang,05 Nov 2012


Republik Arab Syria (selepas ini ditulis Syria) adalah termasuk dari kalangan negara Arab di Asia Barat, bersempadankan Lubnan dan Laut Mediterranean di sebelah barat, Turki di utara, Iraq di timur, Jordan di selatan dan negara haram Israel di sebelah barat dayanya. Syria adalah termasuk di kalangan negara Arab yang turut menerima arus perubahan kebangkitan rakyat.

Umum menyangkakan bahawa sepatutnya perubahan akan lebih mudah berlaku di Syria berbanding negara lain kerana rakyat majoriti besarnya iaitu 74% adalah muslim-sunni manakala kerajaannya pula dikuasai oleh golongan minoriti Alawi (lebih kurang 3 % – 4 %) berideologikan sosialis Parti Ba’ath paling kiri di kalangan negara Arab.

Dari segi hubungan dengan negara jirannya, terdapat tanda-tanda sejak awal yang menunjukkan adanya hubungan sulit antara Syria sendiri dengan negara Barat dan negara haram Israel, walau pun secara zahir sikapnya menunjukkan keras terhadap mereka khususnya Israel. Namun yang nyata ialah sejak awal sehingga kini, Syria tidak menjadi sasaran serangan terbuka daripada Israel seperti yang dialami oleh Lubnan, Iraq dan Sudan.

Sebenarnya sudah terang lagi bersuluh, bahawa adanya kerjasama melalui beberapa tindakan membantu pihak Barat apabila menghalang dengan keras terhadap pengaruh politik Islam yang menjadi ancaman terbuka kepada Israel dan Barat, disamping Syria mendapat dukungan kuasa besar Rusia dan China.

Kebangkitan rakyat berlaku sejak awal 80-an yang dipimpin oleh gerakan Islam Ikhwan Muslimin. Pada ketika itu, Bandar Hama yang paling kuat pengaruh Islam menjadi mangsa kekejaman. Puluhan ribu rakyat menjadi korban mangsa kezaliman kerajaan Parti Ba’ath Alawi pimpinan Presiden Hafez al-Assad (1970 – 2000). Media tidak membuat liputan, manakala negara Arab lain dan jirannya diam membisu. Maklumat hanya melalui berita kecil dalam ruang yang sempit. Majoriti rakyat bermazhab Sunni bernaung dan berpijak di atas bara yang membakar. Kalangan ulama yang berani dan pemimpin anti kerajaan terpaksa menjadi mangsa dipenjara, ada dibunuh dan ada yang hidup dalam buangan di luar negara. Hanya kalangan yang menyembunyikan diri atau membisu boleh menyelamatkan diri. Adapun kalangan pengampu mendapat liputan yang sebaik-baiknya dan diletak ditempat penting dalam urusan agama Islam untuk menjadi topeng melindungi kesesatan dan kezalimannya.

Mantan diplomat Amerika yang menulis makalah mengenai Fundamentalisme di Asia Barat sejak dua puluh tahun lalu, mendedahkan pengetahuan Barat yang mendukung demokrasi dan hak asasi manusia, bahawa mereka tahu dan faham kedudukan di Syria. Pihak Barat menyedari bahawa kerajaan minoriti Alawi Parti Ba’ath menguasai majoriti golongan Sunni yang kuat beragama dan betapa Hafez al-Assad dan anaknya berlakon sembahyang dan berbagai ibadat yang tidak ada dalam ajaran Alawi, demi menghalang kumpulan Islam yang menjadi ancaman paling bahaya kepada Israel dan kepentingan Barat.

Dalam senario sebegini, Bashar al-Assad pula bermain politik talam banyak muka, apabila dari satu sudut dilihat membenarkan para pejuang Palestin daripada Hamas dan Jihad, membenarkan Syria menjadi laluan bantuan pihak tertentu kepada Palestin dan Hezbollah dengan bebas, bahkan diberi kemudahan membuka pejabat, pusat latihan dan kemudahan yang lain; manakala di satu sudut yang lain mempunyai hubungan sulit dengan Barat dan Negara haram Israel. Adapun seluruh negara Arab yang lain tidak memberi tempat dan peluang sepertinya. Sebaliknya pula Bashar al-Assad mengharamkan kumpulan Islam yang sama sekiranya terdiri daripada rakyat Syria sendiri.

Kebangkitan rakyat yang berwajah Islam, secara demonstrasi aman pada awalnya mendapat sambutan rakyat. Tiba-tiba mendapat perhatian dunia luar khususnya negara Barat yang ada kepentingan masing-masing dan Israel, sama ada pergantungan sumber tenaga petrol dan gas, atau pergantungan dengan negara Zionis yang berpengkalankan di negara haram Israel. Dua perkara yang dianggap rukun hidup kepada barat : Minyak dan Israel.

Setiap pengamat politik yang insaf wajib melihat kepada aspek yang penting tersebut, sebelum menentukan sikap yang adil dan istiqamah. Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama parti-parti Islam di negara lain mengadakan wacana khas bagi menangani isu ini.

Kami berpendapat bahawa Regim Bashar wajib diturunkan oleh rakyat Syria dan digantikan dengan kumpulan Islam tulen dengan proses demokrasi yang sebenarnya dan adil. Campur tangan asing hendaklah ditentang habis-habisan. Kerajaan Islam Iran juga hendaklah menarik sokongannya terhadap regim yang zalim itu, demi menjaga maruah negara itu kepada umat Islam. Negara-negara Arab dan berjiran seperti Turki pula jangan menjadi hamba kepada negara Barat yang menjaga keselamatan Israel, minyak dan gas, dan bukannya ikhlas terhadap rakyat Syria yang dizalimi. Barat bukan sahaja dilihat bahkan terus bertindak dengan menunjukkan usaha mereka yang jelas untuk mencari pemimpin pro Barat yang lebih menjaga kepentingan mereka selain daripada Bashar, dan bukannya melihat kepada kepentingan 74% umat Islam di Syria. Selagi pemimpin yang dikehendaki oleh pihak Barat ini tidak berhasil, maka Bashar akan terus dikekalkan, kerana mereka berpendapat bahawa kedudukannya lebih baik di kalangan yang zalim itu daripada yang lain.

Negara Arab, Turki dan Iran pula sepatutnya bersatu menghadapi negara haram Israel, bukannya berkhilaf dalam isu Syria sehingga terperangkap dengan agenda musuh timur dan barat. Semua pihak perlu kembali kepada sejarah secara ikhlas, meninggalkan kepentingan mazhab, fanatik perkauman dan kerusi singgahsana masing-masing. Ingatlah bahawa semua negara besar itu turut terlibat dalam penubuhan negara haram Israel tahun 1948, dan masih terus mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sehingga kini. Mereka jugalah yang terus membuat desakan supaya negara Arab dan Islam untuk menerima Penyelesaian Two State Solution, antaranya menerusi Persidangan Annapolis pada November 2007; yang membahagiakan dua negara iaitu satu untuk Zionis dan satu untuk Arab Palestin (satu pembahagian yang zalim dan khianat).

Sekiranya negara-negara Arab, Iran dan Turki saling menyatukan sumber tenaga manusia, sumber semula jadi di perut bumi dan teknologi yang sudah mencapai kemampuan menghadapi cabaran, maka sudah tentu ancaman negara haram Israel ini dapat diatasi.

Hingga kini kita masih terus menunggu setakat mana pencapaian Resolusi Makkah daripada sidang kemuncak OIC yang berlangsung pada bulan Ramadan lalu. Penyelesaian sebenar hanya akan dicapai apabila OIC dibebaskan dari berkiblat ke arah kuasa asing dan mula berkiblatkan Kaabah di Makkah. Perhatikan sehingga mana usaha penemuan susulan OIC di kalangan empat negara penting terdekat dengan masalah yang sedang berlaku iaitu : Mesir, Turki, Arab Saudi dan Iran. Atau adakah Syria akan atau sedang turut menjadi medan ujian senjata kuasa barat dan timur, di mana negara-negara jiran menjadi pengkalan bekalannya, dibayar pula dengan duit dan minyak Arab, akhirnya yang kalah menjadi abu dan yang menang menjadi arang.

Penyelesaiannya ialah memperkasakan OIC, supaya benar- benar mewakili umat Islam. Syria adalah medan paling sesuai supaya dipulangkan hak kepada rakyat dengan pilihanraya adil secara langsung di bawah kendalian OIC. Pemimpin negara menjadi ujian sama-sama beramanah atau bersedia jadi pengkhianat dan menerima hukum Allah Yang Maha Adil.

Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

Wednesday 31 October 2012

Kejar Yang Sana, Yang Sini Ditinggalkan (Wahabi's Issue)

Sekarang heboh pulak isu dalam bab mengwahabi-wahabi kan orang...
(kena pada tempat tak pa la., nih bukan pada tempatnya.)


Kenapa "antum2" (yang ku akui ke a'limannya) nih suka sangat menaikkan isu ni...
Apa motif mereka... siapa yang ajar? mereka sedar atau tidak??


mereka terlalu sibuk membicarakan dalam hal mengenai kedudukan seorang ulama' besar kita 
(TG Bentara Setia Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat) yang JELAS2 MASIH ADA PENDAPAT YANG MENERIMANYA kata2 beliau. 



tapi.......!
mana "mereka2" nih yang nampaknya hero..
dimana mereka
dalam mengatakan isu yang jelas2 boleh membawa kepada "KEKUFURAN"
terutama dalam bab pensyariatan Allah swt ini. 
1 Contoh mudah : apa yang Mantan PM dan PM kamu sekarang dalam berkata bab HUDUD... APA pendirian mereka???
sangat jelas pendirian mereka dan mreka tidak pernah mEnarik balik kata2 mreka!
KENAPA PERKARA INI TIDAK PULA "ANTUM2" NIH MERPERKATAKAN TENTANG ISU INI! 
jadi apa motif mereka???

kalu lah betul motif mereka! bagaimana pula dengan cara mereka, adakah benar sama sekali???
 

KIRI KANAN ramai lagi yang tidak mengenal Allah Rabbul jalal. Kenapa tidak dipedulikan? Tidak pula diperhebohkan?
Selingan : (^_^)

Selepas sahaja penulis post mengenai tajuk ini. Ada sahabat yang 'komen'

s : Sory mencelah,bg saya wasatiah adalah jalan terbaik. Aqidah diutamakan, Syariat dtegakan. Kalau aqidah salah,nescaya akan rosaklah syariat. etc: syiah dan muktazilah. Aqidah ibarat akar manakala syariat bula ibarat dahan pokok.jika rosak akar,maka rosak pokok tersebut keseluruhannya

p : benar....
tapi ia masih diterima..(tidak sampai tahap yang membawa kepada keku**ran)
yang satu lagi tuh bila habaq tak da dalam al-quran nah..
bahkan menghina apa yg Allah firmankan(syariatkan)... tak ka itu kedudukan aqidah terjejas. (macam mereka meletakkan aqidah yg Allah tid*k Maha Mengetahui)????


p : jadi benarlah apa yang sudara (S) katakan bila mana aqidah selaku akar rosak, maka pokoknya selaku syariat pasti rosak...
so.....siapa yang melaksanakan syariat dalam keadaan yang rosak???

dan pERNAH TAK SAPA2 yang hero nih pernah bertanyakan pendirian aqidah depa2 nih???
pernah atau tidak?
kalau pernah bagaimana dengan aqidah mereka?


________________________________________

tidak perlulah kita bercakap dalam keadaan taksub pada sesiapa.
Berbicaralah dalam konteks ilmu yang berpandukan sumber2 Islam.

Benar sekali bilamana seseorang itu mempelajari ilmu yang sebenarnya. Sudah pasti yang jahil dan sesat terbuang dengan sendirinya. Tapi maksure kena pastikan, bukanlah dengan mempelajari suatu2 ilmu tertentu sahaja.

Akhir kalam..... (mereka secara jelas yakni ummat Islam itu sendiri akan menjadi Penentang apa yang mereka jahil(Tidak mengetahui) akan mengenai perkara itu)

SMILE ALWAYS (^_^)

CONTOHILAH AKHLAK PEWARIS NABI YAKNI ULAMA'-ULAMA', WALAUPUN MEREKA BERBEZA PENDAPAT, TETAPI MEREKA SANGAT MENJAGA AKHLAK DAN ADABNYA
SIAPA KITA NAK DIBANDINGKAN DENGAN MEREKA???







Friday 26 October 2012

Pengorbanan Cipta Kemenangan Tanpa Terburu-buru


Assalamualaikum wbt..

Saudara-saudari muslimin muslimat yang dihormati sekalian..

Sempena dengan hari raya korban @ Aidil Adha ini, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan kepada saudara-saudari sekalian, bagaimana contoh perjuangan untuk menegakkan hukum Allah, dari kalangan mereka yang terdahulu daripada kita terutamanya para nabi dan para rasul a.s.

Dalam peristiwa Aidiladha ini, ada 3 watak yang selalu disebut-sebut, yang telah menunjukkan betapa komitmennya mereka terhadap perintah Allah SWT, iaitu Nabi Allah Ibrahim a.s, anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar.

Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya meninggalkan anak dan isterinya yang tercinta berduaan di Mekah, tempat yang kering kontang dan panas terik.

Nabi Ibrahim lantas meninggalkan isteri dan anaknya tanpa mengendahkan panggilan isterinya. Sehinggalah isterinya bertanyakan kepadanya: "Adakah ini adalah perintah dari Allah?". Lantas Nabi Ibrahim berpaling dan menjawab: "Ya". Siti Hajar menjawab dengan tenang: "Pergilah dengan urusan Tuhanmu itu".

Ini adalah satu pengorbanan demi agama Allah SWT. Maka dengan sebab itu, kita yang datang selepas dari para anbiya itu, hendaklah mencontohi mereka dari sudut prinsip dasar dan perjuangan.

Dalam memperjuangkan Islam ini, kita perlu sabar dan tidak perlu gopoh untuk mendapat kejayaan yang terburu-terburu, tetapi kita hendaklah berwaspada dalam pergerakan kita ini. Ianya adalah supaya kita tidak melencong dan terseleweng daripada landasan yang telah digariskan oleh Allah SWT.

Kita tidak boleh mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh para anbiya itu adalah perkara-perkara lapuk yang tidak dapat kita menggunakan pada masa atau zaman ini.

Malahan kitab-kitab Allah dan Hadis-hadis Nabi itu terus berkuatkuasa selagi mana adanya manusia di atas muka bumi ini. Syariat Islam berkuatkuasa sepanjang zaman dengan keadaan bahawa ianya dikenali dengan satu keistemewaan bahawa Islam itu adalah bersifat 'As-Sabat wal Murunah'. Ianya tetap, tetapi anjal. Tetap itu bermakna, kita tidak boleh keluar dari landasan Islam walaupun ianya bersifat anjal.

Maka saudara-saudara sekalian, kita hendaklah berpegang teguh kepada prinsip dan ajaran Islam, sehingga kita berjaya ataupun mati syahid di dalam perjuangan Islam. Wallahu a'lam.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, walillahilhamd

Datuk Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Wednesday 13 June 2012

PM! Melayu? Cina? India?... Apa Pula Pendirian PAS?


Bila PAS sebut terima cina jadi PM, habis kecoh seluruh negara....
haha, jenis Melayu Islam yang tak faham agama, beginilah jadinya. PAS da kate tak kesah dari bangsa mana  PM asalkan Islam. (ini satu kenyataan yang patut ummat Islam fahami betul-betul.)

Satu lagi, orang Melayu nih takut sangat jika BN kalah. Itu tidak mustahil laa...
Apa nak ditakutkan sangat. Jika BN kalah, mestilah PAS yang menang kan. Bukan ker, PAS tuh Melayu, lagi pula Islam tulen plak, mengamalkan syariat. Apa nak takutnya. Sepatutnya lagi sokong. Janganlah mikir cam l**b*.

Takpe, sekarang jangan runsing, PAS dan Pakatan Rakyat telah menyetujui PM nih, siapa yang layak.


PAS memegang asas bahawa Perdana Menteri bagi sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi adalah ditentukan berdasarkan kaum yang paling besar dan pengaruh di Negara itu.

Katanya Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, begitu juga di Malaysia, di mana realitinya Melayu Islam adalah kaum terbesar.

Mengikut kaedah politik yang berasaskan demokrasi, kepimpinan hendaklah dari kaum yang paling besar pengaruh.

Sehingga kini, semua kaum di Malaysia menerima hakikat bahawa Melayu Islam adalah kaum terbesar.

Kononnya DAP mahu menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih putrajaya-katanya United Myanmar Nepal Organisation (u.m.n.o).

Lim Guan Eng sendiri pernah menyatakan yang dia, mahupun DAP tiada hasrat nak jadi PM.

Dia pun tahu realiti Malaysia bahawa orang Melayu paling besar.

Telah sepakat dalam mesyuarat majlis Pakatan Rakyat bahawa Perdana Menteri adalah Melayu Islam asalkan bukan u.m.n.o BN. - ABU

PAS dan Pakatan Rakyat sekali lagi menegaskan akan menjunjung apa yang termaktub perlembagaan negara. Perkara ini telah dipersetujui bersama dalam resolusi Pakatan Rakyat.

Ianya termasuk soal Islam sebagai agama persekutuan, hak Bumiputra, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta raja sebagai ketua negara

Tuesday 29 May 2012

Gejala 'Mohon Share'


Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar.


Sebelum anda meneruskan bacaan, dahului saya maklumkan, tiada diri ini ingin menawarkan permohonan maaf bagi pihak pendapat si dia (soutul mujahid) untuk mereka-mereka yang terasa/terguris/tersentuh dengan apa yang diutarakan.
..................................................................
Sesungguhnya tidak ku mengerti dari mana datangnya istilah 'MOHON SHARE'. Sejak bila, ku pun tak tahu. Segenap ceruk facebook ada istilah mohon share, lebih-lebih lagi kat gambar yang best-best. Persoalannya sekarang, perlu ke mohon share? Lebih memeningkan kepala, bila dah tertera ayat "sila sebarkan", "spread this message", dan seumpama dengannya, masih ada yang mohon share.

Pada ku, memang tak wajar langsung mintak izin untuk share perkara kebaikan. Lagi pun, memang tiada disediakan borang permohonan untuk permohonan ini. Kalau nak tunggu permohonan diluluskan, memang lambatlah. Sebab tulah kebangkitan umat Islam ni lambat dan lengai. Lambat, sebab orang takut-takut nak sebarkan kebaikan. Dan mintak izin untuk sebarkan kebaikan.

Kepada yang selalu sangat mohon share, maaf lah. Sebab takde borang permohonan untuk anda. Yang ada hanya butang share. Hanya perlu klik sahaja. Nak klik berkali-kali sampai mouse rosak pun aku tak peduli. (^_^) Yang aku peduli adalah mesej kebaikan tu sampai kepada ummat dan menjadi pemangkin kepada kebangkitan umat.

Mungkin juga, ada beberapa faktor kenapa orang kita selalu sangat mohon share
1. Kesantunan orang Melayu
2. Takut untuk menyebar kebaikan
3. Sikap kedekut orang kita. Kalau tak mintak izin, kena maki hamun
4. Hakcipta terpelihara. Pada hal, tiada hakcipta dalam Islam. Hakcipta hanya milik Allah
5. Tidak tahu memanfaatkan butang share
6. Tidak tahu ganjaran berupa keredhaan Allah apabila menyebar kebaikan
Dan last
7. Saja nak komen tulis “Mohon Share” sebagai nak penuh saje2 ruang kolum komen, nak tunjuk diri prihatin dan yang dia tuh baca status tuh.

Lepas ni, harap-harap, tersentaplah dikau wahai pemohon-pemohon share. Permohonan anda tidak akan dilayan kerana anda tidak sepatutnya memohon. Selepas tersentap, harap-harap tiada lagilah istilah mohon share di facebook page mana-mana pun. Anda hanya perlu klik butang share sahaja, tak perlu mohon ye :D

p/s : walaupun pendapat yang diutarakan ini, ada pro kontranya....ambillah yang jernih sahaja, agar boleh dibuat AMAL.

Wednesday 23 May 2012

Eh, Ada Debat La Dalam Islam


gambar sekadar hiasan (^_^) santai

Dakwah adalah suatu kewajiban yang telah Allah swt pesankan kepada seluruh ummat manusia yang beragama Islam. Tidak terbagi apakah dia laki-laki ataupun perempuan. Dakwah juga tidak terbatas oleh tempat dan waktu. Dakwah juga tidak dibatasi oleh wasilah yang digunakan untuk menyampaikan seruan Allah swt. Dakwah adalah kewajiban mulia yang dijalankan oleh para Nabi dan Rasul, lalu dilanjutkan oleh para pewarisnya dari kalangan para ulama dan kaum muslim semuanya.

Salah satunya adalah metode dakwah ialah yang disebut dengan debat (jidal), yang tak lain adalah suatu cara untuk berdakwah dan itu diperbolehkan Allah swt, sebagaimana yang disampaikan-Nya dalam al-Qur’an,
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik” (an-Nahl [16]: 125)

Selain memperbolehkan wasilah debat ini, Allah swt dan rasul-Nya pun telah menentukan aturan-aturan dalam melakukan debat ini. Secara garis besar anjuran debat dalam Islam ini adalah :

1. Debat dilakukan dalam tataran ide yang sedang diperdebatkan
Debat dilakukan dengan menyerang dan menjatuhkan argumentasi-argumentasi yang batil, lalu memberikan argumentasi-argumentasi yang jitu dan benar, berdasarkan kajian hingga sampai pada suatu kebenaran. Karena itu, seperti telah disebut, debat mengandungi dua sifat, iaitu merobohkan dan membangun; menjatuhkan dan menegakkan argumentasi-argumentasi.
Di antara teladan cara debat yang diajarkan al-Quran adalah:
Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) karena Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan:
“Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan,” orang itu berkata: “Saya dapat menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu heran terdiamlah orang kafir itu; (QS al-Baqarah [2]: 258)
(maka berdebat dengan orang kafir untuk menyatakan kebenaran Islam itu dibenarkan)

2. Debat dilakukan dengan cara yang baik (ahsan) sebagaimana yang diperintahkan Allah
Maksudnya dilakukan dengan menggunakan dalil yang sama, iaitu al-Qur’an dan al-Hadits. Bukan berdalilkan pada “pokok”nya, atau “kata”nya, ataupun dengan akal pikiran. Kalaupun menggunakan akal, maka haruslah dengan menggunakan pemikiran yang rasional, bukan persangkaan ataupun firasat.
“Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam”(HR.Bukhari,Muslim)
“Amma ba’du: ‘sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah, dan sebaik-baik petunjuk, adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam ‘(HR. Tirmidzi, Ibnu Majah)”


3. Menghindari berkata yang buruk, keji, mencaci atau memaki individu
Ketika berdebat, kita benar-benar harus mengingat bahwa yang kita debat adalah idea yang disampaikan, bukan individu yang menyampaikan, sehingga kita tidak boleh menyerang secara individual dan menggunakan kata-kata yang tidak mencerminkan keimanan kepada Allah.
“Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji” (HR. Tirmidzi)

4. Tidak mencari-cari perdebatan atau senang dengan perdebatan
Al-Qur’an telah menjadikan debat sebagai salah satu cara dalam menyampaikan kebenaran Islam, tapi bukan bererti al-Qur’an memerintahkan kita untuk senang dalam berdebat atau mencari-cari perdebatan. Seorang mukmin seharusnya memahami bahwa perdebatan adalah salah satu bahagian dari dakwah dan jalan terakhir dalam dakwah.
“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” (al-Anfaal [8]: 46)
(amat jauh sekali debat yang dilaksanakan oleh siaran liga ilmu : debat ustzah pilihan vs imam muda, sama sekali tidak bertepatan dengan aturan yang Islam gariskan, kerana membincangkan isu yang tidak patut di perdebatkan melainkan cukup dahulu hanya untuk diforumkan / diskusi.)

5. Perhatikan siapa yang menjadi partner debat
Pertama-tama kali yang harus diperhatikan adalah siapa partner debat atau diskusi kita, kerana partner debat seharusnya seseorang yang memang menginginkan dan mencari kebenaran, bukan hanya menyenangi (suka-suka) untuk berdebat atau menjadikan debat untuk memperolok-olok agama Islam.

“Tidak ada satu kaum yang tersesat setelah mendapat petunjuk, melainkan karena mereka suka berdebat” Kemudian Rasulullah saw membaca ayat: “Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah saja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar. [Az-Zukhruf [43]: 58]” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Selain itu, tidak semua manusia yang diseru dengan ayat-ayat al-Qur’an akan bertambah keimanannya, Allah memperingatkan bahawa ada juga yang justeru bertambah kekafirannya ketika dibacakan ayat-ayat Allah. Maka ayat Allah tidak layak dibacakan untuk orang seperti ini.

Dan adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, di samping kekafirannya (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir (at-Taubah [9]: 125)

Dan bila sudah kita pastikan bahawa partner debat kita adalah termasuk orang munafik ataupun kafir yang memang bukan mencari kebenaran dalam debat, maka segeralah meninggalkan orang yang semacam ini lalu beristighfar pada Allah karena kita telah melakukan hal yang tidak bermanfaat.

“Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika setan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang lalim itu sesudah teringat (akan larangan itu)” (al-An’am [6]: 68)

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam” (an-Nisaa [4]: 140)

Maksud “duduk bersama/beserta” adalah berada dalam suatu forum, sehingga seolah-olah dengan adanya kita disitu menjadi legitimasi dalam proses memperolok ayat-ayat Allah.
Imam asy-Syafi’i sendiri berkata perihal berdebat dengan orang semacam ini; “Aku tidak mendebat ahli kalam kecuali sekali. Dan setelah itupun aku beristighfar kepada Allah dari hal itu”. Sedangkan Imam Malik berkata; “Termasuk merendahkan dan meremehkan ilmu jika seseorang membicarakan ilmu di hadapan orang yang tidak mentaati ilmu itu”.Dan al-Auza’i juga menyampaikan; “Jika Allah menginginkan kejelekan pada satu kaum, maka Allah akan membuka atas mereka jidal, dan menghalangi mereka dari beramal.”
(jelas kita lihat dengan tepuk sorak penonton yang melihat debat imam muda vs ustazah pilihan, suatu perkara yang dipermainkan)

6. Perhatikan apa yang akan diperdebatkan
Seorang mukmin tidak akan menceburkan dirinya dalam perkara-perkara yang seharusnya tidak diperdebatkan, dalam perkara yang tidak bermanfaat, dan juga dalam perkara-perkara yang tidak akan meningkatkan keimanan ketika mendebatnya.
Dalam berdebat, kita hanya boleh membahas hal-hal yang telah Allah perbolehkan untuk menperdebatkannya, dan menjauhi perkara yang telah dilarang atau dimakruhkan untuk menperdebatkannya. Termasuk perkara ini adalah mendebat Allah swt dan ayat-ayat-Nya.
“dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia-lah Tuhan Yang Maha keras siksa-Nya.”
(ar-Ra’du [13]: 13)
(tajuk yang dibwa dalam debat imam muda vs ustazah pilihan, sama sekali tidak patut diperdebatkan...kerana lelaki dan perempuan saling ada kaitannya...)antara contoh tajuk yang diperdebatkan : MENJAGA IBU BAPA TANGGUNGJAWAB LELAKI ATAU PEREMPUAN?
Jadi Kenapa perlu mempersalahkan di sebelah pihak, dan memenangkan sebelah pihak. Sepatutnya cukup ia diforumkan mencari jalan penyelesaian dengan masalah yang timbul, dengan konklusinya sama ada pihak lelaki perlu bertindak begitu, dan pihak perempuan perlu bertindak begini.

Wallahu ta’ala a’lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics