PEMIKIR UMMAH

Tuesday 31 January 2012

Macam Ni La Yang Mahu



Bapa borek, anak rintik.

Begitulah juga dalam sesebuah negara, mahu lihat rakyatnya yang molek-molek, lihat pada pemimpin mereka dahulu.


Allahu Akbar!!!
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemenangan Ikhwan Muslimin mengusai parlimen Mesir. Siapakah wakil-wakil yang mewakili rakyat di parlimen mesir pada kali ini, setelah sekian lama di bawah pemerintah yang kejam dan zalim.

Ingin tahu? Bagaimanakah ciri-ciri yang ada pada mereka? :

Majlis Rakyat Mesir (parlimen Mesir) sekarang ini diwakili oleh wakil rakyat yang.................................

- lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Al-Quran.
- lebih 100 orang ahli Parlimen hafal lebih 10,000 hadith.
- lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih setengah al-Quran.
- lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran.
- lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta.
- lebih 350 orang ahli parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun.

Lebih kurang Keseluruhan kerusi Majlis rakyat Mesir adalah sebanyak 498 kerusi.

Erm.....yang selebihnya tuh yang sedikit lagi, mestilah dimenangi oleh parti-parti yang bersekongkol dengan Hosni Mubarrak yang tiada roh Islam dalam jiwa wakil-wakil dari mereka.

masyaAllah, beginilah pemimpin yang kita mahukan untuk mewakili rakyat dalam mengurus hal ehwal negara serta dalam mendidik masyarakat.

Inilah hasil perkaderan gerakan Islam di Mesir yang dipelopori oleh Ikhwanul Muslimin.

Tidak dilupakan jasa
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna
selaku mursyidul am yang pertama di dalam
Ikwanul Muslimin
Allahu Akbar!!! Bagaimana pula dengan pemimpin kita di Parlimen Malaysia???



Sunday 29 January 2012

Pujaan Mereka, Mari Kenali

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR.
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dalam bulan Islam sekarang ini di panggil bulan Rabiul Awwal. Memandangkan kita sekarang sedang berada di bulan Rabiul Awwal yang mulia ini dimana bulan seorang insan yang mulia Baginda Muhammad Rasulullah s.a.w telah lahir ke dunia.

Ingin saya perkenalkan kepada sahabat pembaca sebuah kitab yang mebicarakan akan kehidupan seharian serta susuk tubuh Baginda Rasulillah.

Lihat kepada remaja-remaja sekarang yang idola mereka adalah artis-artis, semestinya mereka akan mengenali artis tersebut dari pelbagai sudut. Bermula pakaian mereka, makan minum kegemaran mereka, umur mereka berapa, sudah kahwin ke belum, senang kata semua serba-serbi tahu akan kehidupan seharian artis pujaan mereka.

Bagaimana pula tahap pengetahuan mereka akan kehidupan dan susuk tubuh Bgainda Rasulullah yang telah menyampaikan wahyu kepada ummatnya sehingga kita masih dapat menikmati nikmat yang paling besar nikmat Iman dan Islam sehingga sekarang?

Baginda Rasulullah yang akan memberi syafaat di akhirat kelak tidak ingin dikenali.......tidak ingin dipujinya....tidak berusaha untuk mencintainya
Artis pujaan yang tidak akan membantu apa-apa di akhirat kelak dipujinya, dikenalinya....................... bukan di akhirat sahaja, di dunia lagi artis itu tidak pernah membantu kita, dan tidak akan dapat menolong kita ketika kesusahan?

Jadi di sini ingin ku perkenalkan kitab ini bagi yang masih tidak mengenalinya untuk membantu sahabat pembaca bersama mengenali lebih dekat Baginda Rasulillah.

Sebuah kitab yang bertajuk SYAMAIL MUHAMMADIYAH yang dikarang oleh IMAM TARMIZI.

versi Indonesia

versi Melayu
Di dalam kitab tersebut menerangkan serba serbi akan perihal Rasulullah, antaranya fizikal Rasulullah, rambut Rasulullah, kasut Rasulullah, lauk Rasulullah dan sebagainya.

Jadi, berharap sahabat pembaca dapat memperolehinya di mana-mana kedai buku. Eloklah sekarang kita berada di bulan kelahiran Baginda, maka dengan itu berazam untuk lebih mengenali baginda agar kita dapat mengikutinya dan akan lebih mencintai Baginda Rasulillah.

Setengah ulama’ mengatakan sesiapa yang meperolehi kitab ini di dalam rumahnya, ibarat dia menjemput baginda Rasulullah untuk hadir ke rumahnya. Tapi dengan syarat baca kitab tersebut, bukan beli dan simpan di almari sahaja........

Saturday 21 January 2012

Suara Dari Langit



‘Suara aneh dan menakutkan dari langit` yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini pada 11 dan 12 Januari 2012 telah menggemparkan bukan sahaja negara kita Malaysia, bahkan seluruh dunia.

Bagi orang Islam yang beriman dengan sebenar-benarnya mereka tidak akan menganggap perkara ini satu situasi yang boleh dibawa cerita kemana-mana tanpa mengambil iktibar akannya. Kerana ini mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini.

Setiap ummat Islam wajar mengambi iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini.

Setiap yang ganjil belaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua ummat Islam, mungkin ia adalah amaran kepada kita. Rasulullah juga ada menyebut kita ini ummat akhir zaman, banyak petanda yang sudah berlaku.

Kita perlu merenung diri bermuhasabah diri, terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita merupakan ummat paling maju dan bertamadun namun kita lupa Tuhan, kita semakin kufur pada-NYA, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ini.

Tidak menolak kejadian aneh tersebut adalah salah satu petanda akhir zaman, sudah banyak perkara-perkara lain yang disebutkan oleh Baginda Rasulullah telah berlaku.

Sudah banyak petanda akhir zaman berlaku, hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu juga sudah terjadi pada zaman sekarang.

Rasulullah ada menyebut, akan ada orang tenggelam dalam bumi, sudah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh, gempa bumi juga semakin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita mendapat berita pasti ada gempa bumi yang berlaku.

Anak-anak zina juga semakin ramai, sudah berpuluh-puluh ribu, dunia juga sudah ada angin ‘sar-sar`, angin ‘sar-sar` ini ialah angin batu, sekarang ini sudah berlaku bencana ini, pada zaman dahulu angin ‘sar-sar` ini diturunkan Allah kepada ummat Nabi Luth.

Justeru itu ummat Islam perlulah mengambil iktibar akan setiap kejadian yang berlaku dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

*************************
Ada potongan Hadith Rasulullah yang menyatakan tentang huru-hara besar akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan, di mana akan menyebabkan semua orang terjaga dari tidurnya.

Hadith ini menggambarkan akan ada suatu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan ia kiamat tetapi huru-hara tersebut akan melenyapkan ummat manusia di atas muka bumi ini sebanyak dua pertiga, yang tinggal hanya satu pertiga sahaja.

Adakah kita semua ini tergolong dalam satu pertiga itu? Peristiwa ini pasti akan berlaku mengikut hadith Rasulullah.

Hadith ini diriwayatkan daripada Nu’aim bin Hammad bahawa Rasulullah pernah bersabda : Bila tiba muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu.
Kami bertanya : suara apakah itu ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab : ‘suara keras` di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.
‘Jika kalian melaksanakan solat Subuh  pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian`.
‘Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah : Mahasuci Al-Quddus, mahasuci Al-Quddus, Rabb kami al-Quddus, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa`.

Thursday 19 January 2012

Masyarakat Hari Ini


Bersama kali ini ana ingin kongsikan suatu sikap.
Apa dia? Ha! Iaitu sikap masyarakat kita hari ini dengan akhlaknya.

Golongan yang terbesarnya terbahagi kepada dua :

Pertamanya golongan yang menyempitkan soal akhlak hingga akhlak itu terkhusus kepada beberapa masalah perbuatan yang tertentu sahaja, seperti dalam soal yang berhubung dengan sikap tidak taat kepada ibu bapa, berpakaian ala hippies dan beberapa perkara lain lagi.

Tetapi soal-soal akhlak yang tidak kurang besarnya dari perkara tersebut itu tidak dipedulikan, seolah-olah tidak penting dan tidak termasuk dalam masalah akhlak. Misalnya, dusta, tidak amanah, menyalahi janji dan sebagainya. Pada hal sudah sedia maklum akan hadis tentang sifat-sifat orang munafik itu mengikut hadis junjungan besar kita s.a.w.

Hasil dari penyempitan lingkungan akhlak ini, banyaklah amalan yang tidak berakhlak dilakukan dengan lumrahnya dalam masyarakat kita hari-hari hingga menyebabkan ummat kita semakin mundur. Kalau dalam bidang ekonomi bukan sedikit kedai-kedai orang Melayu kita yang terpaksa ditutup akibat dari keburukan akhlak orang kita sendiri, iaitu tidak mahu membayar hutang-hutang.

Begitu juga dalam bidang sosial, berapa banyak orang menceraikan isterinya tanpa nafkah dan pengawasan kerana tidak bertanggungjawab. Kesemua ini adalah masalah tiada akhlak iaitu tidak ada amanah dan tanggungjawab. Tetapi perkara-perkara ini semuanya dipandang sepi dan kurang diperkatakan sebagai soal akhlak yang harus diperbanyakkan.

Yang keduanya golongan sikap memandang soal akhlak itu suatu yang tidak ada hakikatnya. Sesuatu amalan itu dinilai baik dan buruknya mengikut pandangan diri perseorang dan mengikut tempat dan zaman.

Apa yang dipandang baik oleh seseorang maka itu adalah haknya dan baiklah pada sisinya walaupun buruk pada pandangan orang lain. Begitu juga yang dipandang baik pada sesuatu negeri atau zaman maka baik pada negeri dan zaman itu walaupun buruk pada negeri dan zaman yang lain.

Pandangan yang seperti ini telah muncul dalam arena pemikiran manusia dari semenjak kurun keempat Masihi lagi, iaitu tatkala timbulnya puak yang meruntuhkan hakikat akhlak dan menyatakan perkara nasbi mengikut pandangan perseorangan dan mengikut perubahan tempat dan zaman.

Pandangan terhadap akhlak seperti ini amatlah membahayakan dan meruntuhkan segala nila-nilai hidup. Akibat dari pandangan yang seperti inilah banyak orang sekarang mencari kebebasan mutlak dalam hidup tanpa mempedulikan sama ada perbuiatan atau tingkah-lakunya itu mengganggu orang lain.

Gejala-gejala yuang seperti in lahir tiap-tiap hari, seperti lari bertelanjang, hidup secara hippies dan sebagainya. Gejala-gejala ini adalah menunjukkan kehancuran pandangan akhlak dalam jiwa mereka dan akan membawa manusia sedikit demi sedikit ke arah hidup yang sebelum tamadun dan ke arah kebinatangan.

Maka sikap yang sihatnya adalah memandangkan akhlak sebagai perkara yang ada hakikatnya yang ditetapkan oleh agama.


Monday 16 January 2012

Jangan Terkeliru Dengan Istilah (Negara Berkebajikan))



That’s time ingin berkongsi bersama sahabat pembaca bagi membetulkan perspektif salah mengenai agenda yang ingin dibawa jemaah Islam di dalam Malaysia ini.

Selaku Ketua Penerangan Pas Malaysia, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS tidak sekali-kali keluar daripada landasan Islam kerana memperjuangkan konsep ‘negara berkebajikan’.

Negara Islam dan negara berkebajikan Cuma istilah. Sedangkan intipati serta tujuannya adalah sama. Jika sesuatu istilah itu membuatkan sesetengah pihak memberi perspektif negatif, maka menukar kepada istilah lain adalah strategik tepat selagi mana tidak menyalahi syarak. (Ingat ini wasilah ataupun strategik namanya, bukannya dasar).

Contoh yang dibawa, mengenai peristiwa perjanjian Hudaibiyah, apabila pihak Musyrikin Makkah enggan menerima perjanjian jika nama Muhammad Rasulullah ditulis.

Pihak Musyrikin Makkah meminta ditukar kepada Muhammad bin Abdullah dan ditentang oleh sesetengah sahabat. Rasulullah memberi pemahaman bahawa nama rasulullah dan Muhammad bin Abdullah ialah orang yang sama, maka tidak apa-apa masalah.

Sahabat yang menentang akhirnya faham dan menerima penjelasan itu. Bagaimana pula dengan kita yang berlagak lebih alim pulak? Tak nak terima.

Sunday 15 January 2012

Ikhtilat Di Internet


SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR

Kali ini, ingin berkongsi bersama sahabat pembaca nasihat berharga dari Sheikh Salman al-Audah.
Nasihat ini telah ditransletkan kepada bahasa ibunda, bagi memudahkan sahabat pembaca utnuk memahaminya.

Interaksi antara Lelaki dan Wanita di Internet - Beberapa Garis Panduan
oleh: Sheikh Salman al-Oadah

Terdapat banyak forum interaktif di Internet, termasuk laman sembang dan komuniti dalam talian. Kita perlu menangani soalan kritikal bagaimana lelaki dan wanita Muslim perlu menjalankan diri mereka sendiri apabila mereka bersentuhan antara satu sama lain semasa mengambil bahagian dalam forum ini.

Garis panduan berikut perlu dipatuhi oleh lelaki dan wanita Muslim apabila berinteraksi antara satu sama lain di Internet:

1. Jangan sekali-kali memaparkan gambar-gambar di mana-mana keadaan.
Sebagai permulaan, gambar-gambar tidak perlu. Perkataan bertulis adalah lebih daripada mencukupi. Kita juga perlu menghargai bagaimana gambar-gambar boleh menjadi satu peluang besar bagi syaitan untuk menggoda orang-orang dan membuat perbuatan busuk mereka seolah-olah adil kepada mereka.

Sesetengah orang mungkin menganggap berhati-hati itu tidak kena pada tempatnya. Walau bagaimanapun, orang-orang yang memahami bagaimana orang yang derhaka dan tergoda dan yang mempunyai pengalaman dalam menangani masalah-masalah ini, tahu bahawa tiada apa yang dibuat-buat. Selain itu, beberapa orang-orang yang mempunyai penyakit dalam hati mereka berjaya memperdaya dirinya sendiri dan lain-lain bahawa sesuatu yang benar-benar salah dan bukannya sesuatu yang baik dan yang didorong oleh niat yang ikhlas dan yang paling mulia.

2. Gunakan menaip dan mengelakkan cara yang boleh didengar komunikasi.
Jika, atas sebab-sebab tertentu, menggunakan media boleh didengar menjadi perlu, maka kita perlu mematuhi perintah Allah: "tidak terlalu suka menyenangkan orang bersuara, kalau-kalau salah satu orang yang ada penyakit dalam hatinya harus boleh bergerak dengan hasrat; tetapi bercakap satu ucapan yang adil."[Surah al-Ahzab: 32]

Ayat ini diturunkan berkenaan dengan isteri-isteri Rasulullah (saw). Jika ini adalah kes untuk mereka, kita boleh menghargai betapa banyak lagi perlu memohon kepada kami. Lebih-lebih lagi, yang pada zaman Nabi (saw) semasa kita hidup di zaman serba membolehkan dan pergaulan.

3. Mengekalkan nada yang serius dan fokus dalam perbualan.
Kita tidak harus terlibat dalam bercakap panjang lebar mengenai perkara-perkara yang tidak perlu dan tidak wajar. Sebenarnya, ramai orang mendapat keseronokan daripada hanya bercakap dengan jantina bertentangan, tidak kira apa subjek mungkin.Sesetengah orang yang adil suka mendengar suara yang cantik.Begitu juga, sejak wanita orang-orang adik-beradik yang penuh dengan lelaki, mereka juga mendapati sukacitanya bercakap dengan lelaki.

Nada kami perlu serius. Kita harus mengelak daripada segala yang diperlukan dan remeh.

4. Sentiasa berhati-hati pada setiap masa.
Orang-orang yang kami bertemu di Internet, bagi sebahagian besar, Apparitions. Lelaki datang pendirian dalam talian sebagai wanita dan wanita sering memberi gambaran yang salah diri mereka sebagai lelaki. Kemudian, terdapat begitu banyak perkara yang kita tidak tahu tentang orang lain. Apakah ideologi itu? Apakah latar belakang beliau? Apakah negara adalah dia dari? Apakah kerja? Apakah niat sebenar? Semua perkara-perkara ini tidak diketahui.

Saya ingin memanggil perhatian adik-adik kami yang dimuliakan kepada bahaya bahawa pengalaman telah menunjukkan kepada kita untuk menjadi yang pernah hadir dalam situasi ini.Kebanyakan wanita muda cepat untuk mempercayai apa yang orang lain beritahu mereka dan sangat mudah terpengaruh dengan kata-kata manis. Orang seperti ini menjadi mangsa mudah untuk pemangsa yang menyediakan perangkap beliau.Satu ketika, beliau adalah seorang penasihat yang ikhlas, satu lagi mangsa yang menangis untuk seseorang untuk menyelamatkan dia, maka dia adalah lelaki yang kesepian mencari seseorang dengan siapa untuk berkongsi sisa hidupnya, masa depan dia adalah orang yang sakit cari menyembuhkan ...

5. Wanita Islam yang bekerja dengan internet perlu sentiasa berhubung rapat antara satu sama lain.
Mereka perlu untuk membangunkan saluran komunikasi yang kukuh supaya mereka boleh mengeluarkan ijazah sokongan antara satu sama lain dalam bidang ini usaha yang penting dan mungkin berbahaya. Mereka perlu bekerjasama rapat dan berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka. kedudukan seorang sahaja lemah, tetapi berdiri dengan orang lain dia kuat.

Allah berfirman: "Demi masa! Sesungguhnya manusia kerugian.Kecuali bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. "[Surah al-Asar]

Abû Mulaykah al-Dârimî meriwayatkan: "Ia adalah amalan di kalangan sahabat Rasulullah saw, bahawa jika kedua-dua mereka bertemu, mereka tidak akan menyimpang daripada satu sama lain tanpa salah seorang dari mereka membaca surah al-Asar yang lain. Kemudian salah seorang daripada mereka akan menyambut lain dengan keamanan. "[Al-Mu` jam al-Awsat (5120) dan Shu `ab al-IM (9057)]

Saya juga menasihati saudara perempuan Islam kita untuk menumpukan perhatian dan usaha mereka untuk memanggil wanita lain kepada Islam dan menyuruh mereka kepada kebenaran. Mereka harus menggunakan medium berharga ini untuk membantu dan berkhidmat kepada saudara mereka dan pembaharuan mereka. Ini perlu dilakukan secara tidak langsung, halus, dan dengan kebijaksanaan. Terlalu mengarahkan pendekatan, apabila memberi nasihat, sering menyebabkan pihak lain untuk menjadi marah, berkonfrontasi, dan keras kepala. Ini adalah kerana orang yang memberi nasihat datang sebagai seolah-olah tangan tinggi dan sombong, sementara dinasihatkan merasa malu dan mempersendakan. Oleh itu, lembut dalam pilihan perkataan-perkataan, baik hati, perhatian, dan lagi penyabar. Ini menjadikan pihak yang menerima lebih sesuai bagi menerima nasihat dan kurang cenderung untuk memandang rendah.

p/s : magi mereka yang tidak berapa memahaminya, boleh melihat di skrip asal berbahasa inggeris di - http://lobaitampin.blogspot.com/2011/02/interaction-between-men-and-women-on.html

Nak Tegur Jugak



Katakan tetiba sahabat pembaca benar-benar tidak tahan dah, dan nak sangat menegur atau sound seseorang wanita Islam yang sedang memakai lenggings, atau memakai pakaian yang ketat, atau secara mudahnya pakai pakaian tetapi masih terlanjang. Apakah ‘ayat-ayat kreatif’ yang anda bakal lontarkan untuk menegur wanita itu? Huhuhu...

1- wah3.. cantik sluar.. Mesti mahal kn??

2- nice ass ..hahaha .

3- apesal akak pakai baju je ni?

4- cantik betissss...! 

5- xde duit ke nk beli sluar..kaki pakai balut dengan kain je...haha

6-cantikla keting awak..besor mucuk.. Tp kalu awak tutup elok2, wah! lebih terpelihara. Sepertimana emas dan permata yg trsembunyi. Semakin dalam tertanam, semakin tinggi nilainya..

7- akak nmpak x kaki kerbau hitam saya? heran gak..td pg ada 4 kaki..tetiba td tinggal 2 kaki...yg kaki belakang lepas mane tak tahu la...org cakap ada sekitar sini..kerbau hitam saya tuh hebat..siap pakai highheel lg..ada org ckp ada org perempuan pinjam kaki kerbau saya tuh..nampak x?

8- perghh cantik la akak..lg cantik kalau tak payah pkai ape2 kot, nmpk sama jer. mesti mahal kan seluar sekarangg ni.. (smbil buat2 ckp kt kwn sbelah) sampai tak mmpu orang nk beli. Haha..

9- kenape kamu berbogel..???

10- masya Allah..orang Somalia pon pakai kain kak..hehe

11- bestnya seluar

12-akak..pkai sluar ke? atau pakai sarung seluar..atau seluar dalam..baek bogel aje akak..senang,angin nak masuk..sejuk aje.tak payah cuci.. 

13- cik kak...atas dah cntik,tudung..tang bawah lak lg cantik...ketat2..

14- camtu baek tak payah pakai tudung..baju pakai tube je...one-set akak nye dose dapat..bru syok..

15- aduss kak..kurang pahala puasa saya arini tgk akak berpakaian sopan macam nie..kalau terjadi apa2 kt akak jangan salahkan lelaki yang memandang ye kak..akak pikir la sendiri~

16- baik takyah pakai ape2 kak.. 

17- pergi depan muke dia..."INNALILLAHHIWAINNAILAIHIROJIU'NNN........"

18- eeee mcm bodo lagi...... atas tudung bawah legging...hudoh piang, ketat la kak. Takde ketat lagi ke...?

19- (lenging hitam): pergh hitam gile kaki akak ...




Friday 13 January 2012

Kala Terbit Cinta



Kala Terbit Cinta sebuah drama bersiri yang disiarkan oleh TV Hijrah yang bersiaran setiap hari Isnin hingga khamis bermula  jam 2.30 petang sehingga  jam 3.30 petang. Sebuah drama yang menarik untuk dikongsikan bersama-sama sahabat pembaca.

Apa yang best sangat yerk?

Best ke tak best yang tu hal lain, tapi seronok juga. Apa nyer tidak, jarang sekali untuk bertemu dengan drama-drama sebegini, walaupun banyak cerita Islamik yang di import dari Indonesia, seperti filem ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih 1 dan 2. Ini berbeza sama sekali dengan apa yang ditekankan oleh pengarah (bagi pandangan ku), dalam cerita Kala Terbit Cinta ini berbanding dengan filem Islamik keluaran Indonesia.


Ceritanya sentiasa menekankan aspek aurat.....pemakaian yang cantik tetapi masih menutupi aurat. Memang tidak sempurna, tapi......... paling kurang lebih baik berbanding cerita-cerita lain yang mendedah aurat sana-sini. Sekalipun tidur, ke bilik air,  dan ketika sakit di hospital, tudung yang melebihi paras dada sentiasa dikenakan. Cerita keluaran Indonesia tidak sebegini rupa. Penekanan tabarruj  juga tidaklah berlebihan terlampau sangat.

Pemakain jubah dan baju kurung sahaja yang ditampilkan dalam cerita tersebut, walaupun permulaannya wanita tersebut berpakaian seluar dan t-shirt bagi membawa gambaran ketika dia dalam kejahilan (untuk seketika waktu sahaja). Bab ketika ini tidak dinafikan ia sama sekali adalah salah. Jika hendak dibandingkan filem Islamik lain, berpanjangan ia ditayangkannya. Tetapi masih memastikan wanita tersebut t-shit berlengan panjang, tidak menayangkan ketiaknya....yang selalu dipakai dalam drama-drama melayu yang lain.

Apa yang paling menarik minatku untuk berkongsi bersama sahabat pembaca dalam cerita ini, aspek MAHRAM juga ditekankan di dalam cerita tersebut. Itu pun bagi mereka yang ambil peduli atau cakna dalam menonton sesebuah cerita, bukan menonton sekadar untuk hiburan jiwa mereka.

Apa yang ditekankan mahram dalam cerita tersebut?

Ha! kalau menonton sekadar hiburan, mereka takkan jumpa punya. Iaitu dari segi bersalaman. Walaupun dalam cerita tersebut mereka adalah anak-beranak, tetapi aspek berpelukan da bersalaman sesama keluarga tidak diarahkan dalam cerita tersebut. Sekadar anak perempuan dengan ibu sahaja berpelukan dan bersalaman. Kalu anak lelaki dengan ibunya, tidak ada salam-salam lah.

Mesti terlintas dalam fikiran sahabat pembaca, ia akan menampakkan plot penceritaan itu akan jadi tidak beradab. Tidak sama sekali. Itu satu tanggapan yang salah.

Masih lagi boleh membawa mesej hormat pada ibu-bapanya, bercakap dengan nada yang rendah dan lembut, hormat ibunya. Mengangkat barang-barang ibunya. Minta izin hendak ke mana-mana. Jadi aspek bersalam dengan bukan mahram dapat dielakkan. Kerana apa ditekankan begitu oleh pengarah, semestinya diluar dari cerita tersebut mereka bukanlah ada hubungan satu keluarga pun. Jadi mereka bukanlah mahram.

Tahniah ku ucapkan kepada pengarah filem Kala Terbit Cinta kerana berjaya membawa penceritaan yang menarik tanpa menggadaikan syariat Allah. Berharap pengarah-pengarah sebegini yang diharapkan dapat dilahirkan dalam industri penfileman. Tahniah!!!

p/s : bagi mereka yang tidak dapat lihat di kaca televisyen boleh lihat (www.tvhijrah.com)



Thursday 12 January 2012

Kelekatu Yang Jatuh Ke Lantai

Litar kehidupan ini umpama litar di jalan raya. Di jalan raya akan kita temui pelbagai papan tanda dan lampu isyarat. Orang yang tidak siuman sahaja merasakan papan tanda dan lampu isyarat itu satu “sekatan” kepada pergerakannya.

Tidak!
Itu bukan sekatan sebaliknya itu hanya satu “kawalan”. Berbeza benar makna satu sekatan dengan satu kawalan. Sekatan adalah untuk menyekat pergerakan. Manakala kawalan adalah untuk menyelamatkannya.

Tanda-tanda jalan dan lampu isyarat adalah untuk menyelamatkan pemanduan. Apabila melalui jalan berbahaya, selekoh tajam atau jalan berliku-liku papan tanda berhati-hati dan memandu perlahan akan dipasang di tepi-tepi jalan. Syukur, kita terhindar untuk melakukan sesuatu yang membahayakan diri hasil mematuhi peraturan-peraturan itu.

Bayangkan apa yang akan terjadi di jalan bersimpang empat jika lampu isyarat rosak? Akibatnya semua kereta hendak bergerak lebih dahulu. Kita tahu akibatnya? Ya, berlakulah perlanggaran. Tanpa kawalan, pergerakan kita memang bebas....tetapi akan terbabas. Itulah akibatnya apabila masing-masing berpandukan fikiran dan perasaan masing-masing. Tidak ada “term of reference” yang disepakati bersama sedangkan jalan raya itu digunakan secara bersama.

Oleh itu, tidak dapat tidak, peraturan jalan raya itu sangat penting . Dan siapa yang melanggarnya, memang patut dihukum atau didenda demi kebaikan seluruh pengguna.

Maka begitulah juga litar kehidupan ini. Perlu peraturan dan tanda-tanda “jalannya”. Yang halal umpama lampu hijau, maka laksanakanlah, pasti selamat dan bermanfaat. Yang haram, lampu merah, jangan sekali-kali dilakukan, nanti buruk akibatnya. Sekalipun kekadang kita hendak segera ke tempat tujuan, lampu isyarat jangan diabaikan. Islam - Matlamat Tidak Menghalalkan Cara.

Maka begitulah dengan hidup ini. Adakalanya kita kesempitan, kekurangan atau kesusahan, namun yang haram jangan sekali-kali diambil dan dilaksanakan. Begitu juga dengan yang halal atau wajib, walaupun sukar, laksanakanlah.

Janganlah hendaknya kita buta hati daripada melihat apa yang terjadi pada manusia derhaka di sekeliling kita. Baik yang hidup pada zaman dahulu mahupun zaman sekarang.

Apa akibatnya orang yang melanggar perintah Allah?

Tenangkah mereka?

Bahagiakah mereka?

Kita sudah tahu jawapannya.

Kisah mereka banyak sekali diungkapkan dalam al-Quran. Tetapi mengapa kita tempuh juga jalan hidup songsang mereka? Apakah kita persis kelekatu yang terus melanggar sumber cahaya walaupun sudah banyak rakannya yang jatuh ke lantai sebagai korban? Tidak pernah mengambil itibar dari kejadian tersebut.

Manusia memang pandai tetapi itu bukan alasan untuk memandai-mandai. Kita tidak layak membuat hukum. Yang layak membuat hukum hanya Allah - Pencipta hidup dan kehidupan ini. Jangan diserahkan kepada manusia kerana dia cuma dihidupkan dan tidak layak membuat peraturan. Bayangkan jika kuasa membuat peraturan diserahkan kepada manusia, tentulah banyak peraturan yang berbeza-beza, berubah-rubah dan rapuh sepertimana ketidakstabilan akal dan perasaan manusia yang berjumlah tujuh bilion hari ini!

Bebas sebenarnya adalah terikat dengan hukum Allah. Biarlah hidup ini dikawal sepenuhnya oleh Allah, nescaya tidak ada yang dapat menyekat kita. Syariat adalah tanda kasih-sayang Allah kepada kita. Mereka yang merasakan hidupnya terbelenggu kerana perlu mematuhi peraturan Allah adalah manusia yang ‘bodoh sombong’ - pandainya tidak bleh diikut, bodohnya tidak dapat diajar.

Dia bodoh, kerana tidak mampu merasai kebesaran dan ketinggian ilmu al-Alim (Allah). Dia sombong, kerana merasakan dirinya lebih hebat daripada Penciptanya.

Inilah sejenak renungan buat individu-individu (ada di kalangan umat Islam sendiri) yang merengus, membebel, marah dan kekadang kecewa kenapa dan mengapa hidup sebagai seorang muslim begitu “cerewet” dan menyusahkan?

Hingga mereka merungut mengapa begitu sukar untuk menikmati makanan yang enak, apabila terpaksa terlebih dahulu memastikan halal haramnya. Mengapa terlalu rumit untuk meraih keuntungan daripada sesuatu pembelian saham atau perniagaan, sehingga terpaksa meneliti salur-salur pelaburan dan sumber kewangannya?

Sejenak rasakanlah....di sebalik semua peraturan itu ialah kasih sayang Allah. Itulah kasih yang tiada tandingan dan bandingnya. Jadilah orang yang bijaksana dengan mengakui kejahilan diri di hadapan kebijaksanaan-NYA. Jadilah orang yang mulia dengan merendah diri di hadapan keagungan-NYA. Kita hanya hamba ......di situlah ‘keagungan’ kita!

Sunday 8 January 2012

Bencinya Dengan Politik Nih!.


SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR
SOLLALLAHUALAIHIWASALLAM

Faktor usia tidak menghalang ia difikirkan.

Situasi pertama (perbualan umi dengan isteri kawan abi)
Macam-macam yang dibualkan sehingga ke topik anak-anak mereka. Bala...bla...bla....dan bla ku tertangkap satu topik perbualan mereka yang menarik minatku. Makcik tu habaq, keadaan apa-apa pun, dimana-mana anak dia belajar dia hanya mahukan keselamatan anaknya terjamin. Samada dalam perjalanan ke tempat pengajian mahupun pulang ke rumah. Lepas tu dia habaq, kita nih perempuan tak payah dok layan-layan dengan politik-politik nih. Tak berfaedah, asalkan keselamatan anak-anak dan keluarga dalam keadaan selamat.

Situasi kedua (di rumah ibu saudara)
Sedap duduk menyembang....cerita sana-sini. Maka sampai la masa bab harga barang. Kebetulan anak dia nak kahwin tak lama lagi, jadi banyak la kan barang nak dibeli. Ape lagi, dok cerita la barang ni mahal, barang tu mahal. Jadi ade la hamba Allah nih yang turut serta dalam perbualan nih, dia kate, senang je jawapannya ‘tukar je kerajaan’. Pe lagi mak saudara terus la menyampuk balik. ha! Hal-hal politik, kerajaan, aku tak mau dengau, kau jangan campur.

Situasi ketiga (bersama rakan-rakan)
Biase la da lame tak bertemu kawan-kawan sepersekolahan rendah dulu. Bila da bertemu, macam-macam la nak dibualkan. Jadi tiba masanya, keluar la sikit topik mengenai hal demonstrasi penduduk yang berdekatan dengan kampung kami semua. Mula-mula sorang tu sokong je, tapi tiba-tiba ade sorang tu, dia kate tak seronok r dok sembang politik-politik nih. Nih bukan tempatnya. Nak buat apa kita caro hal politik nih. Apa lagi yang lain pun sokong la. Segelintir sahaja yang berminta ingin mengetahui lebih lanjut.

Banyak lagi situasinya, tapi cukup sudah ku bawakan tiga ini sebagai gambaran kasar apa yang ingin disampaikan.

Semestinya ada sahabat pembaca terdetik di hati, ‘aku pun pernah mengalaminya juga’. Pernah itu memang pernah. Tetapi setakat mana kecaknaan dan tindakan yang diambil dari situasi-situasi berikut.

Jawapan yang memuaskan untuk mereka semua dalam situasi berikut amat-amt diperlukan. Sekadar jawapan lihat ke negeri pakatan rakyat memerintah, bagi peluang mereka memerintah dan lainnya yang sekadar nampak di mata kasar. Tidak memadai langsung dengan jawapan tersebut. Perlunya jawapan yang benar-benar menusuk di kalbu. Dengar saja perkataan politik atau kerajaan pun dah benci....apatah lagi untuk meneruskan kalam yang lain.

Ku terfikir, kenapa keadaan sebegini terjadi, sedangkan mereka semua adalh yang beragama Islam. Bangsa lain terutama masyarakat tiongha, begitu cakna akan setiap perkara yang berlaku dalam negara ini.

Minda ku tercari-cari apakah puncanya. Dengan izin-NYA terdetik di mindaku Antara punca utama perkara sebegini yang telah lama terperap bagi sesetengah kaum muslimin ini adalah kefahaman sebenar mereka terhadap apa dimaksudkan dengan politik ini.

Mana kan tidak, bila disebut sahaja politik, dibenak otaknya pasti menggambarkan pilihanraya, rasuah, caci-maki, fitnah-memfitnah, wakil rakyat yang tidak berguna, liar dan bermacam-macam lagi lah. Betul ke itu yang dinamakan politik? Dan inilah yang ku fikirkan antara punca sesetengah pihak membenci sangat-sangat dengan politik nih.

Dari dulu sehingga sekarang, itu saja yang digambarkan. Bagi golongan veteran, bagi ku biasa la, tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan remaja, mahasiswa juga ada yang masih berfikiran ketinggalan zaman, walaupun dunia serba canggih.

Dalam kerunsingan begini, ku berharap dapat memecahkan tembok pemikiran yang kolot ini. Ku cuba mencari tafsiran politik yang sebenarnya agar dapat diterima oleh mereka. Al-Quran dan Sunnah adalah diutamakan.

Dengan izin Rabbul Izzati, ku ditemukan dengan sebuah buku keluaran Indonesia yang bertajuk ‘Al-Jama’ah, Tafarruq dan Ikhtilaf’. Waima ia membicarakan tentang tafarruq dan ikhtilaf, tetapi tidak lupa ia juga memberi tafsiran ataupun dikenali taarif bagi politik itu.

Memudahkan sahabat pembaca untuk memahaminya, ku tampilkan dengan sebegini rupa :
TAARIF (PENGENALAN) – apa itu sebenarnya POLITIK?

- Politik dalam bahasa Arab dikenali dengan istilah ‘siyasah’.
- Diambil daripada kata ‘saa-saa’.
- Dalam bentuk failnya adalah ‘saa-is’ dan dalam bentuk masdarnya adalah ‘siyasah’.
- Serta erti daripada kalimah ‘saa-sa al-ummata’ adalah memerhatikan urusan umat.

DALIL : (RASULULLAH SAW SENDIRI MENGGUNAKAN KATA POLITIK (SIYASAH) DALAM SABDANYA)

“Adalah Bani Israil, mereka diurusi urusannya oleh para nabi (tasasuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi lain datang menggantikannya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah” - HR. Muslim –


Teranglah bahawa politik atau siyasah itu makna awalnya adalah mengurusi urusan masyarakat. Berkecimpung dalam bicang politik beerti memperhatikan kedudukan kaum muslimin dengan cara menghalang kezaliman penguasa yakni pemerintah pada kaum muslimin dan melenyapkan kejahatan musuh kafir dari mereka

Untuk itu perlu mengetahui apa yang dilakukan penguasa dalam rangka menguruskan urusan kaum muslimin, menginkari atau membantah keburukannya, menasihati pemimpin yang kejam terhadap rakyat jelatanya, serta memerangi pada saat terjadi kekufuran yang nyata (kufran bawahan) seperti ditegaskan dalam banyak hadith terkenal.

Ini adalah perintah Allah s.w.t. melalui Rasulullah s.a.w.. Berkaitan dengan persoalan ini Rasululah s.a.w bersabda :

“ Sesiapa saja yang bangun pagi dengan niatnya bukan kerana Allah maka ia bukanlah (hamba) Allah, dan siapa saja yang bangun pagi namun tidak memperhatikan urusan kaum muslimin maka ia bukan dari golongan mereka” - HR. Bukhari –

Ini sahaja yang dapat ku kongsikan bersama sahabat pembaca.
  
Setelah ku menerangkan serba sedikit akan maksud sebenar ini, Alhamdulillah sahabat-sahabat ku dapat menerimanya, bahkan tiada yang berani membantahnya. Kerana ini merupakan perintah Allah melalui Rasul-NYA. Bukannya perintah manusia menyuruh untuk sama-sama mengambil berat akan hal politik ini.

Bagi mendapatkan sedikit lagi info berkaitan tajuk ini boleh.(klik di sini) - menjadi politikus.


Thursday 5 January 2012

Menjadi Politikus?


SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR

selawat salam buat junjunag besar Nabi Muhammad S.A.W
kali ini ku santaikan antara
ingatan Imam Hasan al-Banna (bersama kita renungi)

Hasan al-Banna menyedari sikap para pemimpin di Negara Islam yang dipengaruhi Eropah yang telah memisahkan agama dari politik dan pemerintahan.

Dia memperingatkan bahaya kesalahan besar yang tidak dapat dimaafkan yang dilakukan para pemimpin ini dengan menjauhkan agama Islam dengan politik dan daripada urusan ummat Islam.

Hasan al-Banna menjelaskan bahawa para pemimpin politik dan pemerintahan di negara-negara Muslim telah merosakkan sentimen agama Islam dalam setiap kejadian yang menimpa mereka atau memberikan kenyataan dan perbuatan yang sentiasa menjauhkan antara ajaran agama dengan kebijaksanaan-kebijaksanaan politik.

Hasan al-Banna menyebutkan bahawa hal ini adalah permulaan kelemahan dan kerosakan.

Hasan al-Banna menjelaskan bahawa Islam adalah agama universal yang meliputi semua unsur kehidupan. Dia mengkritik perbuatan memisahkan agama dan politik.

Hasan al-Banna menjelaskan bahawa setiap gerakan Islam yang menjauhkan politik daripada cita-citanya tidak boleh dikatakan sebagai gerakan Islam dengan pemahaman yang universal terhadap ajaran Islam.

Dalam sebuah persidangan pelajar Ikhwanul Muslimin yang diadakan pada bulan Muharram 1357H, Hasan al-Banna mengatakan :

“ Dapat aku sampaikan dengan tegas bahawa seorang Muslim tidak akan sempurna agamanya kecuali jika dia menjadi politikus, memiliki pandangan yang jauh tentang permasalahan umatnya, memperhatikan urusan-urusan mereka dan bersedia membantu mencari jalan penyelesaiannya. Dapat aku katakan bahawa pembatasan dan meninggalkan terus agama ini adalah sikap yang tidak diakui oleh agama Islam. Maka kepada setiap organisasi Islam agar menjadikan keutamaan programnya dengan memerhatikan urusan politik umat Islam. Kalau tidak maka dia sendiri perlu untuk memahami kembali akan makna Islam. “

Benar sekali ungkapan yang menyatakan bahawa tidak ada kebaikan dalam agama yang tidak ada politiknya dan tidak ada kebaikan dalam politik yang tidak ada agamanya.

Politik seperti ini adalah politik kafir yang tidak dapat diterima.

Islam datang dengan membawa ajaran politik untuk membahagiakan manusia baik di dunia mahupun di akhirat iaitu politik yang memerhatikan urusan manusia semuanya.

Pada saat umat Islam menguruskan diri mereka sendiri dan menguruskan hal orang lain dengan politik seperti di atas maka manusia akan memperoleh kebahagiaan serta membahagiakan orang-orang yang hidup dalam lingkungan mereka. Mereka hidup dalam keadaan aman bagi jiwa mereka, harta mereka dan kehormatan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics