PEMIKIR UMMAH

Wednesday 25 April 2012

Garis Panduan Bersih 3.0 > 28 April

Garis Panduan Bersih 3.0 – 28 April » Bersih

Garis Panduan Bersih 3.0 – 28 April

*Penting! *
*Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 3.0 *
TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN PERLU dgn KWN2.

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH

Tuntutan Bersih 3.0 :

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 :
Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.
CONTACT
Setiausaha Bersih 3.0 

H/P: 016 9670921; 
Email: media@bersih.org
==============================

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 3.0
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan 8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0.

*Perkara yang tidak dibenarkan*
1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya.
6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 tidak dibenarkan.
8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

****************************

*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*
1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan – Dataran Merdeka.
10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
13. Jangan memakai baju Bersih 3.0 sebelum perhimpunan bermula.

*************************
*Semasa perhimpunan 
dan perarakan*
1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan di Dataran Merdeka dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email / talipon: Setiausaha Bersih 3.0.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

****************************
*Selepas perhimpunan*
1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 3.0.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 3.0.

***********************************
*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 3.0 buat Provokasi*
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*
1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

***********************************
*Apa yang anda perlu buat 
jika ditahan*

APABILA DISOAL OLEH POLIS
1. PengenaIan Anda
2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
3. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? ”
BILAKAH ANDA DITAHAN?
4. Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab “ya” pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis apabila anda digari
5. Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.
BILAKAH ANDA TIDAK BOLEH DITAHAN
6. Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).

*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
====================================
*Perhatian!*
1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.
Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 dan 9 Julai 2011 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.
Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Monday 16 April 2012

Apabila Taqwa Dicabuli Haqnya


InsyaAllah pada kali ini dibawakan satu topik yang ringkas dan padat. Bersama kita muhasabah akan diri kita.

Kita sering kali pada hari Jumaat diingatkan oleh khatib atas mimbar agar kita bertaqwa kepada Allah swt. Tetapi sedarkah kita, apakah maksud sebenar taqwa yang dimaksudkan itu?

Sesungguhnya taqwa secara umumnya adalah perkara yang telah lama hilang dari ummat Islam. Ia berlaku sejak 700 tahun dahulu bermula dari kejatuhan empayar Islam. Sebab itu, melalui peristiwa tersebut, ummat Islam terhina dimana-mana.

Bukan kita tidak berjuang, bukan kita tidak berusaha dan bukan kerana kita tidak berani, tetapi hasilnya yang kita dapat dari perjuangan dan usaha kita itu tidak padan dengan tenaga kita curahkan dan tidak berbaloi.

Ibarat orang yang menanam padi beratus ekar, hasilnya hanya beberapa guni sahaja sedangkan dalam Islam ada qaedah untuk mendapat hasil yang berlipat-ganda. Kita boleh tanam padi satu ekar dengan hasilnya berpuluh-puluh guni. Inilah rahsia tersirat yang mesti kita bongkar. Kita kena kaji kenapa ada orang menanam sedikit tetapi hasilnya banyak berlipat ganda. Dan ada pula orang menanam banyak tetapi hasilnya sedikit sahaja.

Ummat Islam mesti mengubah cara berfikir. Kita mesti ingat, bahawa dalam ajaran Islam, syariat mahupun bantuan yang datang dari tuhan ada yang berbentuk zahir dan ada yang berbentuk batin. Selama ini kita hanya tahu dan mengkaji yang zahir sahaja. Kalaupun kita dapat bantuan dari Allah swt, kita hanya dapat yang berbentuk zahir iaitu sedikit sahaja. Hanya setakat 10 % maksimum. Bantuan yang bersifat batin dan ghaib yang nisbahnya 90% kita tidak dapat.

Padahal inilah kelebihan ummat Islam terdahulu di zaman sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in dan salafus soleh. Mereka banyak dibantu dengan bantuan-bantuan batin dan bantuan-bantuan berbentuk ghaib. Mereka tahu rahsia dan mereka tahu qaedahnya. Iaitu mereka bersandar kepada Allah swt dengan mengusahakan diri menjadi orang yang bertaqwa. Mereka hanya berbuat 10% peratus yang 90% lagi Allah swt yang mencukupkan.

Banyak ayat Al-Quran dan hadith Nabi Muhammad saw yang menceritakan tentang hal ini dan tentang janji-janji Allah swt kepada orang yang bertaqwa. Disebutkan bahawa orang bertaqwa rezekinya tidak diketahui dari mana sumbernya.

Dilepaskan dia dari masalah hidup. Diberi ilmu dan dipermudahkan urusan dan berbagai-bagai lagi. Kemudian di waktu susah, waktu dharurat, waktu tercabar walaupun berlaku juga ujian, namun ia sebagai didikan yang tidak berpanjangan. Allah swt akan beri jalan kepada orang bertaqwa untuk terlepas dari ujian ini.

Justeru, di sebalik semua ujian pasti mengandungi 2 perkara tersebut :

1- bagi orang yang bertaqwa, ujian yang mencemaskan adalah untuk mendidik. Kerana dalam waktu cemas itu ada dididkan.

2- selepas itu, Allah swt akan segera lepaskan dia dari ujian itu supaya terasa bantuan Allah swt. Itu adalah hiburan bagi orang bertaqwa.

Kesusahan itu pelbagai bentuk seperti kesusahan ditimpa sakit, musibah, konspirasi musuh dan lain-lain. Kalau ada bala bencana di tempat kita, itu juga termasuk kesusahan.

Kalau waktu itu ada orang jahat dan baik(bertaqwa), pasti kita boleh lihat orang yang baik segera dilepaskan dari kesusuahan itu. Orang jahat mungkin selepas itu akan bertimpa-timpa lagi kesusahannya. Didatangkan berkat pada orang bertaqwa dalam pelbagai aspek, sama ada harta, keluarga, perjuangan, pendidikan, kebudayaan, pentadbiran dan lain-lain.

Friday 6 April 2012

Wanita Menjadi Imam?


Syeikh Dr. Faisal Mawlawi

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sesetengah pihak alhamdulillah kerana mengambil cakna akan hukum penglibatan wanita menjadi pemimpin. Itu amatlah bagus. Tetapi segelintir pula cuba mencari hukum untuk dipolemikkan, dipolitikkan bagi kepentingan sesetengah pihak.

Itu yang geramnya....
Okkey, wanita menjadi imam (pemimpin)?

Dalam keadaan semasa kita dapat membahagikan pemimpin kepada dua dalam konteks mentadbir negara.
First : Jawatan kepimpinan tertinggi negara seperti PM dan Menteri Pertahanan di sini ulama bersepakat (Ijma’) haram bagi wanita memegang jawatan ini kecuali dahrurat berserta dengan syarat-syaratnya.

Adapaun yang kedua : Jawatan kepimpinan di bawah seperti menjadi wakil rakyat di parlimen @ dun, di sini ulama’ berselisihan pendapat yakni (khilaf) sama ada dibenarkan atau tidak.

Penambahan sedikit :
Persoalan wanita menjadi pemimpin. Telah dibahaskan secara panjang lebar oleh para ulamak. Ada yang kata boleh dan ada yang kata tidak boleh. Kemudian ada perinciannya. Jika sebagai ahli parlimen bagaimana? Jika sebagai menteri bagaimana? Jika sebagai pemimpin tertinggi bagaimana?
Jika sebagai ahli parlimen, ada khilafnya. Jika sebagai imam/pemimpin tertinggi, menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili tidak dibenarkan. Menurutnya ia adalah ijmak ulamak. (lihat al-Feqh al-Islami, vol. 7)


Jadi selanjutnya di bawah InsyaAllah diterangkan lebih detail bagi situasi keadaan yang kedua dimana mempunyai khilaf ulama dalam ketetapan hukumnya.

Awlawiyyat (Keutamaan) Amal Saleh bagi Wanita Muslimat


Walaupun muslimat dipertanggungjawabkan dengan kewajipan-kewajipan syarak sebagaimana kaum lelaki, namun terdapat juga awlawiyyat-awlawiyyat (priority) bagi lelaki dan wanita apabila bertembung dengan kewajipan yang lain kerana tidak mungkin ia dapat dilaksanakan semuanya kecuali dengan mengurangkan atau melepaskan sebahagiannya. Oleh kerana fokus perbincangan kita tentang muslimat maka kita perturunkan di sini awlawiyyat bagi golongan wanita.

Dalam satu pertemuan antara Asma binti Yazid al-Ansoriyyah dengan Rasulullah saw, beliau berkata : “wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah utusan bagi seluruh wanita muslimat di belakangku, seluruhnya mengatakan sebagaimana yang aku katakan dan seluruhnya berpendapat sesuai dengan pendapatku. Sesungguhnya Allah swt mengutuskanmu bagi seluruh lelaki dan wanita, kemudian kami beriman kepadamu dan membai’ahmu. Adapun kami para wanita terkurung dan terbatas gerak langkah kami. Kami menjadi penjaga rumah tangga kaum lelaki, dan kami adalah tempat memenuhi syahwat mereka, kamilah anaka-anak mereka, akan tetapi kaum lelaki mendapat keutamaan melebihi kami dengan solat jumaat, menghantar jenazah dan berjihad. Apabila mereka keluar untuk berjihad kamilah yang menjaga harta mereka yang mendidik anak-anak mereka, maka apakah kami juga mendapat pahala sebagaimana yang mereka dapat dengan amalan mereka?”

Mendengar pertanyaan tersebut, Rasulullah saw menoleh kepada para sahabat dan bersabda : “ Pernahkan kalian mendengar pertanyaan seorang wanita tentang Deen(agama) yang lebih baik dari apa yang dia tanyakan?”

Para sahabat menjawab : “ Benar, kami belum pernah mendengarkannya ya Rasulullah saw!.”

Kemudian Rasulullah saw bersabda : “Kembalilah wahai Asma’ dan beritahukanlah kepda para wanita yang berada di belakangmu bawaha perlakuan baik salah seorang diantara mereka kepada suaminya, dan meminta keredhaan suaminya, mengikuti (patuh terhadap) apa yang disuruhnya (selagi tidak melanggar syara’), itu semua setimpal dengan seluruh amal yang kamu sebutkan yang dikerjakan oleh kaum lelaki.”


Tanpa pertikaian lagi bahawa awlawiyyat dalam gerak-kerja muslimat ialah kewajipan dalam rumahtangga. Akan tetapi, adakah awlawiyyat ini mengugurkan kewajipan-kewajipan lain yang di luar rumah?

Inilah perkara yang jarang disentuh oleh sesiapa pun. Sedangkan sepatutnyalah muslimat itu menseimbangkan dan mengharmonikan tugasannya yang pelbagai itu disamping menjaga dengan sebaiknya kewajipan dalam rumahtangganya jika berlaku pertembungan atau pertindihan dengan kewajipan-kewajipan lain.

Kita telah menyaksikan dalam sirah hidup Rasulullah saw bagaimana muslimat kelaur bersama para mujahidin merawat pejuang-pejuang yang luka malah mereka membunuh musuh ketika perlu. Itulah dia Rufaidah, Nusaibah, Khaulah, Ummu Sulaim dan ramai lagi. Al-Bukhari mengkhususkan dalam kitab sahihnya satu bab bertajuk ; (Wanita yang keluar bersama-sama pejuang-pejuang di jalan Allah). Terdapat satu riwayat dari salah seorang sahabiyah (sahabt dari kalangan wanita) mengatakan :

“kami telah ikut berperang bersama Rasulullah saw dan bertugas melayani dan memberi minum tentera-tentera (yang luka) dan menghantarkan jenazah dan orang-orang luka ke madinah.”
Riwayat Bukhari, Hadith No. 2576, Kitab al-Tibb

Keluar kerana berjihad di jalan Allah tidak difardhukan ke atas wanita kerana ia sibuk denga tugasan melayani dan memenuhi hak suami serta rumahtangganya sebagaimana pendapat ahli-ahli feqah. Akan tetapi jika ia mendapat keizinan suaminya atau suaminya sendiri mengajaknya untuk sama-sama turun berjihad, ia bukanlah satu kesalahan atau dosa, bahkan kedua-duanya mendapt pahala oran-orang yang berjihad di jalan-Nya. Malah jika musuh sudah mula menyerang negeri ummat Islam, jihad sudah menjadi fardhu ain bagi setiap individu. Pada ketika itu para wanita diharuskan keluar berjuang tanpa keizinan suami sebagaimana keharusan seorang anak keluar tanpa keizinan bapanya. Perkara ini memang tidak ada bercanggahan di kalangan ulama feqah.

Muslimat yang keluar dari rumahnya kerana solat berjemaah bersama kaum muslimin di masjid adalah satu perkara yang syari’e. Di dalam satu hadith sahih daripada Ibnu Umar ra bahawa rasulullah saw telah bersabda :

“Apabila para wanita kalian meminta izin kepada kalian pada waktu malam hari untuk ke masjid maka izinkalah mereka”
Riwayat Bukhari, Hadith No. 822, Kitab al-Azan, Bab Khuruj al-Nisa ila al-Masjid bi al-lail

Rasulullah saw bersanda di dalam hadith lain:
“Janganlah kalian melarang hamba-hamba perempuan Allah dari masjid-masjid Allah”
Riwayat Muslim, Hadith No 673, Kitab asl-Solah

Memang benar kaum wanita lebih afdhal menunaikan solat di dalam rumahnya berdasarkan satu hadith daripada Abdullah Ibnu Mas’od ra bahawa rasullah saw bersabda :

“Solat seorang wanita di salah satu ruangan rumahnya lebih utama daripada di bahagian tengah rumahnya dan solatnya di biliknya lebih utama daripada (ruangan lain) di rumahnya”
Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang Sohih

Akan tetapi perlu diingat bahawa solat berjemaah di masjid bagi kaum wanita adalah suatu yang diharuskan oleh syarak. Di samping itu Rasulullah saw menegah kaum lelaki daripada melarang kaum wanita ke masjid jika mereka hendak pergi ke situ. Para ulama menganggap tegahan (dari melarang wanita) ini sebagai tegahan yang tidak membawa kepada haram, kerana menurut pandangan jumhur ulama tidaklah suatu yang haram bagi si suami melarang isterinya daripada keluar ke masjid, kerana itu adalah haknya agar isterinya menetap dan melayaninya di rumah dan wajib bagi isterinya menunaikan hajat suaminya. Pada ketika itu si isteri tidak boleh meninggalkan suaminya atas tujuan ututk mendapatkan kelebihan solat jemaah.


Adapun jika isteri keluar dari rumahnya bertujuan untuk melaksanakan perkara yang diwajibkan oleh syarak, maka suami tidak berhak melarangnya sebagaimana kelauranya dia kerana berjuang di jalan Allah dalam suasana musuh menyerang masuk ke dalam negara ummat Islam. Sebagaimana yang telah disebutkan, para ulama memang telah bersepakat bahwa keadaan ini seluruh umat Islam wajib keluar berjihad dan wanita boleh dobolehkan kelaur tanpa keizinan suaminya.

Sesungguhnya kita mempersoalkan : Jika pencerobohan berlaku ke ats negara umat Islam pun boleh mewajibkan wanita keluar berjihad, tidakkah pula dengan pencerobohan ke atas Islam itu sendiri, menguatkan lagi kewajipan wanita keluar rumah demi mengembeling tenaga mempertahan Islam? Ketika mana syariat Allah tergendala, kemungkaran bermaharajalela, undang-undang ciptaan manusia dan jahiliyyah dijulang, tidakkah menjadi satu kewajipan bagi wanita keluar rumah bagi menjalan kerja menyeru manusia kepada Allah swt dan usaha amar makruf nahi munkar?

Kita mengatakan dengan sejelas-jelasnya : Bahawa Islam pada hari ini terdedah dengan bahaya. Umat Islam seluruhnya juga terdedah dengan bahaya. Kewajipan amar makruf nahi mungkar, kerja dakwah ke jalan Allah dan usaha untuk membangunkan semula kehidupan islam dengan menegakkan syariat Allah adalah antara kewajipan yang paling penting yang menuntut komitmen seluruh umat ini sama ada lelaki dan wanita. Muslimat mempunyai peranan yang sangat besar dalam bidang ini yang mewajibkan ke atasnya untuk keluar dari rumahnya. Diwajibkan ke atas suaminya memberi keizinan kepanya untuk terlibat menyumbang tenaga dan memainkan peranannya dalam membina masyarakat wanita muslimah yang merupakan sebahagian dari masyarakat  Islam yang sempurna yang di cita-citakan.

Di sini kita hanya membicarakan tentang keharusan wanita kelaur rumah kerana terlibat denga gerak-kerja islah amal islami yang diredhai Allah. Kita tidak mahu keharusan dan kebenaran syarak ini disalahfaham dan diambil kesempatan oleh segelintir wanita untuk keluar dengan sewenang-wenangnya tanpa tujuan dakwah, merwka keluar semata-mata menghadriri aktiviti yang penuh denga gosip, mengumpat dan cakap-cakap kosong. Ini adalah isu amanah dan risalah. Sewajibnyalah para muslimat memantapkan memahami dengan betul bahawa kewajipan utamnya di rumah. Apabila dia keluar rumah bermakna dia hendak menunaikan kewajipan lain yang hanya diredhai oleh Allah swt pemilik sekalian alam ini.

Bidang-bidang Pengibatan Wanita di Medan Amal Islami

Telah diputuskan bahawa telah dipertanggungjawabkan ke atas wanita kewajipan syarak di luar rumah mereka. Maka wajib ke atasnya untuk keluar bagi melaksanakan kewajipan tersebut dan wajib ke atas suaminya memberi keizinan kepadanya. Telah diumpamakan perkara ini dengan kerja jihad yang menjadi fardhu ain apabila berlaku pencerobohan musuh terhadap negara umat Islam.

Persoalan penting dari resolusi di atas ialah apakah tasawwur atau gamabran kita terhadap peranan muslimat di medan amal Islami hari ini, agar isu wanita keluar rumah kerana aktif di medan amal Islam ini dapat ditetapkan sama ada ia wajib atau sunat atau harus dari sudut hukum syarak.

Suatu yang diketahui bahawa matlamat bagi gerak kerja Islam masa kini ialah menegakkan hukum Allah swt di atas muka bumi ini. Matlamat ini selari dengan sejumlah matlamat di setiap peringkat iaitu membina peribadi muslim, rumahtangga muslim, masyarakat Islam dan daulah Islamiyyah.

Apakah Wanita Mempunyai Peranan Dalam pentarbiyahan Masyarakat?


Untuk menjawab persoalan ini pertamanya kita mestilah menetukan siapakah individu muslim yang dikehendaki. Adakah ia hanya orang lelaki sahaja atau termasuk juga orang perempuan. Adakah memadai bagi menegakkan hukum Allah swt di atas muka bumi ini dengan hanya mempersiapkan barisan muslimin sahaja atau sepatutnya mempersiapkan juga wanita muslimat? Kita tidak berhajat untuk membahaskan atau mencari hujjah bagi memastikan hakikat ini iaitu bahawa Islam itu pada dasarnya di tujukan kepada semua golongan lelaki dan wanita secara saksama. Selamanya ia menuntut persediaan dari muslimin dan muslimat bagi mendirikan masyarakat muslim yang melaksanakan syariat Allah swt. Allah swt telah mengiringkan muslimat di samping muslimin dalam banyak sifat-sifat terpuji yang dikehendaki olehNya di dalam firman :

“sesungguhnya orang Islam lelaki dan perempuan, dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, dan orang yang taat lelaki serta perempuan dan orang lelaki serta orang perempuan yang benar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang sabar, dan orang lelaki dan orang prempuan yang khusyuk, dan lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan nereka dan orang lelaki serta orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah swt, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampuanan dan pahala yang besar”
(A-Ahzab : 35)

Kesimpulannya, individu muslim yang dikehendaki di sini ialah merangkumi seluruh ummat Islam sama ada lelaki dan juga wanita.

Bagaimana kita akan dapat mencapai matlamat ini? Adakah mungkin golongan lelaki sahaja menjalankan kerja-kerja tarbiyyah untuk semua golongan muslimin dan muslimat? Sepatutnya kita menyatakan bahawa muslimat sebenarnya berkemampuan menjalankan kewajipannya dalam mentarbiyyah orang lelaki dan wanita agar mengahayati Islam. Inilah tanggapan yang hampir tepat sekali. Sekiranya ada pandangan yang menanggap bahawa golongan lelaki sahaja yang perlu menjalankan kewajipan ini, pandangan ini tidak dapt diterima akal kerana dalam banyak keadaan, peranan muslimat memang tidak dapat dinafikan lagi terutamanya dalam aspek pentarbiyyah dan mempersiap anak-anaknya sama ada lelaki dan perempuan agar muncul sebagai wanita dan lelaki muslim yang sejati.

Bagaimana mungkin muslimat itu dapat memainkan peranannya jika dirinya sendiri tidak memiliki dan memahami banyak dari fikrah-fikrah dan akhlak Islamiyyah serta jahil mengenai hukum hakam syariat. Sudah menjadi keperluan bagi muslimat untuk keluar rumah kerana menuntut ilmu agama adalah suatu yang wajib. Perkara inilah yang akan menolongnya kelak dalam menjalankan kewajipan ini. Bahkan dia (muslimat berilmu ini) jugalah yang selayaknya dan berkemampuan dalam menyampaikan amanah risalah terutanya dalam rumahtangga.

Terlalu kecil bilangan dari golongan lelaki yang mampu mengajar isteri-isteri mereka sebahagian dari ilmu-ilmu syariat. Angka kecil ini tidap dapat menampung keperluan medan pentarbiyyahan kerana jika mereka mampu pun untuk berbuat demikian secukupnya serta sepatutnya untuk diluangkan ke arah itu sebagaimana kenyataan yang kita lihat hari ini. Kita ulangi lagi, adakah tidak perlu muslimat itu melibatkan diri dalam medan pentarbiyyahan dan mempersiapkan para wanita muslimat yang lain? Jika sekiranya suami tidak mampu mempersiapkan atau membentuk isterinya sebagai muslimah yang hakiki, adalah bukan suatu kewajipan perkumpulan atau organisasi wanita Islam yang menjalankan program-program tarbiyyah untuk isteri ini. Siapakah yang lebih mampu untuk menjalan kewajipan ini selain dari wanita juga? Bukankah sewajarnya muslimat sendiri yang akan mengajar para isteri kewajipan yang bersangkut paut tentang halal haram sesuatu perkara serta mentarbiyyah mereka agar beriltizam dengan akhlak Islamiyyah?

Ingin juga difahamkan di sini bahawa perkumpulan wanita Islam seperti ini tidak akan dapat didirikan melainkan dengan penglibatan wanita muslimat itu sendiri dan lebih dari itu para muslimat ini tidap mampu melaksanakan kewajipan ini melainkan dengan keluar dari rumahnya.

Adakah Wanita Mempunyai Peranan Dalam Politik Islam?


Hukum asal wanita itu adalah pemimpin di dalam rumah suaminya dan ia menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan yang hanya bersesuaian dengan sifat semulajadinya sahaj jika keadaan kekeluargaannya membenarkan ia berbuat demikian. Adapun kerja politik pada asalnya tidak bersesuaian dengan fitrah wanita. Ini dapat dikuatkan dengan amalan yang dilakukan oleh kebanyakan negara barat yang membuka ruang yang luas kepada wanitanya mencebur diri dalam medan politik, namun beberapa orang sahaja yang berani terjun ke dalam medan ini? Tidak syak lagi bilangan mereka sangat sedikit yang menguatkan lagi bahawa kerja politik tidak sesuai dengan sifat semulajadi wanita. Manakala menurut Islam pula, penglibatan di medan politik ini akan membawa kepada pelbagai perlanggaran syariat yang didorong oleh beberapa method amalan politik masa kini.

Namun demikian hukum asal menerima pengecualian ketika timbul perkara darurat sebagimana hukum berperang yang pada asalnya adalah urusan kaum lelaki dan ia tidak sesuaid engan fitrah wanita. Sebaliknya Islam mengharuskan bagi muslimat untuk keluar rumah dengan tujuan jihad daan boleh terlibat secara langsung di dalam peperangan jika sekiranya Islam terdedah kepada bahaya.


Berdasarkan kepada faktor ini sewajarnyalah muslimat melibatkan diri dalam medan politik Islam serta gerak kerja yang melibatkan suasana yang lebih sukar dengan syarat hendaklah ia menjaga adab-adab yang telah ditetapkan oleh syarak. Jika penglibatan muslimat termasuk dalam hukum dharurat , maka sudah masyhur di kalangan para fuqaha bahawa menjaga agama adalah sebahagian daripada perkara yang dharuri. Oleh yang demikian penglibatan muslimat dalam gerak kerja politik Islam yang bermatlamatkan untuk menjaga agama dan melaksanakan syariat menjadi harus dan kemungkinan menjadi satu tuntutan dalam menghadapi ‘sepak terajang’ dunia politik yang lebih besar dan mencabar lagi. Namun perlulah ditekankan di sini bahawa kewajipan jihad dan gerak kerja politik  di bahu muslimat adalah termasuk dalam perkara istisna’ (pengecualian) daripada hukum asal dan ia wajib sentiasa berada dalam lingkungan adab-adab yang ditetapkan oleh syarak.

Ketetapann Syarak Yang Wajib Diperhalusi Dalam Gerak Kerja Muslimat di Medan Amal Perjuangan

1. Peranan dan kerja-kerja muslimat di rumahnya adalah kewajipan yang paling utama. Penglibatannya di medan amal islami di luar rumah juga satu kewajipan. Semestinta muslimat mengharmonikan kedua-dua kewajipan ini.


Sewajarnya suami atau pihak muslimin memberi ruang kepada isterinya untuk melibatkan diri dalam gerak kerja yang berkaitan dengan kewanitaan Islam. Ini bukanlah satu sedekah yang sunat diberikan kepada isteri tetapi ia adalah wajib syari’e. Hukum ini diqiaskan kepada perintah Rasulullah saw kepada golongan lelaki supaya jangan melarang wanita-wanita mereka keluar rumah kerana hendak ke masjid. Wanita keluar rumah kerana terlibat dalam gerak kerja Islam adalah kewajipan syara’ berdasarkan kepada kaedah feqhiyyah :

Maksudnya : tidak sempurna suatu kewajipan melainkan dengan perkara itu maka perkara itu juga (hukumnya) menjadi wajib.


2. Berdasarkan kepada penglibatan muslimat bersama-sama wanita-wanita lain di medan amal Islami akan memberi pulangan yang baik kepada mereka, rumahtangga dan suami jua. Justeru apabila keluar rumah, itu bermakna mereka belajar tentang Islam atau mengajarkannya, mentarbiyyah orang lain atau diterbaiyyah agar mentaati Allah swt dan menuntut keredhaanNya.

3. Jika suami enggan memberi keizinan kepada isterinya daripada keluar rumah untuk terlibat dengan gerak kerja Islam ini, maka wajib si isteri mentaati suaminya dalam apa jua keadaan walupun tujuan keluarnya sesuatu yang dharuri mahupu wajib, kerana mentaati suami lebih utama dari kewajipan lain apabila berlaku pertembungan atau pertindihan. Jika suami melarang isterinya kerana sebab-sebab munasabah tidak mengapa, tetapi jika laranga itu kerana alasan-alasan yang tidak sepatutunya atau sebab yang tidak memadai, maka suami berdosa melarang isterinya daripada terlibat dengan amal Islami. Dalam banyak keadaannya pihak isteri tidak boleh bertentangan dengan suami.


4. penglibatan muslimat dalam gerak kerja organisasi Islam yang memberikan amanah atau jawatan tetentu adalah satu perkara yang disyara’kan. Rasulullah saw sendiri telah menerima bai’ah daripada wanita. Ini merupakan komitmen yang paling tinggi darjatnya. Jika terdapta sekumpulan muslimat yang saling bersepakat dan bermesyuarat untuk melaksanakan gerak kerja islam maka ia adalah termasuk dalam perkara yang disyara’kan. Namun msulimat hendaklah meminta keizinan terlebih dahulu daripada suaminya untuk terlibta kerana hak suaminya mestilah didahulukan. Jika suaminya tidak mengizinkan dengan alasan-alasan yang tidak sepatutunya maka suami berdosa tetapi isteri tetap wajib mentaatinya. Jika suami mengizinkannya secara sederhana iaitu penglibatan yang tidak berapa aktif maka wajib ke atas isteri melibatkan diri dalam runag lingkup yang dibenarkan sahajya yang diizinkan oelh suaminya.

Syarat-syarat yang ditetapkan oleh syara’ ini bertujuan agar tiada ruang lingkup pertelagahan antara suami isteri. Jika dakwah dan jihad di jalan Allah swt adalah matlamat perkahwinan mereka,  mereka boleh saling memahami dan proses mengharmonikan pertembungan dalam pelbagai tanggungjawab menjadi lebih mudah. Dalam apa keadaan punk ewajipan utama suami ialah mentaati suaminya. Begitu juga kewajipan utama suami ialah menyantuni isterinya denga lembut agar berkekalan kasih sayang dan kebahagiaan rumahtangganya. Jika perkara ini dapt direalisasikan dengan harapan untuk mendapatkan redha Allah swt maka ia adalah amalan yang beroleh barakah dan suami isteri mendapat pahala darinya.
InsyaAllah.


p/s : ini sekadar perkongsian ilmu yang dapat ku kongsikan bersama sahabat pembaca. Sebarang kekhilafan boleh bertanya dengan tuan guru tuan guru yang lebih a'lim lagi dalam ilmu siyasah ini. Jangan bertanya dengan orang yang bukan a'lim dengan ilmu ini. Nampak sama tapi berbeza walaupun sedikit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics