PEMIKIR UMMAH

Wednesday 21 March 2012

Ta'addud Jemaah


::Ini satu Analogi Bukan Satu Kias MengIstinbat Hukum::

Perumpaan Mereka yang Mengasaskan gerakan Islam baru sedangkan sudah wujud satu gerakan yang mendokong cita2 Islam secara syumul adalah sepertimembuat jemaah Solat baru di suatu masjid sedangkan sudah ada satu Jemaah sedang solat.

Maksud analogi ini:
1) Dalam kiasan di atas, yang menjadi isu asas adalah membuat jemaah solat baru danmelantik satu imam baru sedangkan sudah ada jemaah yang semestinya berimam.
KALAU tiada jemaah solat lagi dalam masjid, buatlah! tetapi kalau sudah ada, gabungkan diri sahaja!
TIDAK ADA celaan sedikitpun kepada orang2 itu kerana melakukan solat, atau berzikir, atau membaca ayat2 Quran.
* Malah digalakkan untuk sesiapa sahaja untuk banyakkan solat, bertakbir berzikir dan membaca quran dalam mana2 masjid.
YANG MENJADI ISU adalah membuat kelompok jemaah solat baru, sedang sudah wujud jemaah Solat.
## Maksudnya, isu yang seringkali disebutkan kami adalah mengapa perlu dibuat organisasi baru yang asing sepenuhnya daripada barisan kepimpinan yang telah sedia ada?
KALAU tiada gerakan Islam dalam sesuatu negara itu, maka buatlah! kalau sudah ada, gabungkan diri sahaja!
TIDAK ADA celaan sedikitpun untuk orang2 itu membuat dakwah, membuat kerja kebaikan, lantang menyuarakan pendapat atau apa2 amal Islami. Malah amat2 digalakkan untuk kalian buat itu semua; tiada kedengkian, tiada halangan, tiada hendak dominasi atau monopoli.
YANG MENJADI ISU adalah mengapa kalian harus melantik kepimpinan asing, membuat strategi sendiri lalu menjuzu’2kan kekuatan kaum Muslimin kepada kelompok2 yang tiada pemusatan organisasi?
===
2) Dalam kiasan di atas, jemaah yang lebih awal harus dipilih, Imam yang lebih berpengalaman, berilmu dan baik bacaannya hendaklah digabungkan diri.
KALAU wujud pun berbilang2 jemaah solat, yang lebih ramailah yang lebih afdhol.
DENGAN ramainya ahli jemaah, lebih ramai yang melaungkan ‘aameeen!’ bersatu padu, dan lebih ramai yang mungkin boleh menegur kesilapan imam, lalu mereka tampung menampung kekurangan!
MUNKINGKAH doa mereka yang ramai ini lebih diterima tuhan?
## Maksud inilah yang kami mahukan apabila menyatakan ciri2 jemaah yang harus dipilih adalah yang lebih awal diasaskan, yang banyak pengalaman dakwah pahit manisnya, yang dipimpin ulama’ amilin dan tepat pula bacaannya tentang hal ehwal masyarakat [kenal tahap mad3u]
KALAU pun wujud berbilang2 gerakan, bukankah yang lebih ramai ahlinya itu lebih afdhol?
DENGAN ramainya ahli gerakan dari berbagai2 latar belakang dan kepakaran, lebih hebatlah kerja2 yang dapat dilaksanakan, dan lebih ramai yang mungkin menegur kesilapan kepimpinan, lalu mereka saling tampung menampung apa2 kekurangan dalam bergerak!
MUNGKIN kah dengan kekuatan bersatu padu ini, kemenangan lebih dekat?
===
3) Dalam kiasan di atas, kami berpegang bahawa Jemaah solat yang diketuai oleh Imam pertama itu haruslah digabungkan diri oleh sesiapa yang terkemudian,MELAINKAN Imam itu jelas2 tidak reti solat, bacaannya terlalu teruk, atau masjid terlalu besar sehingga kita tidak perasan sudah wujud jemaah solat yang pertama.
KALAU dibuat juga jemaah solat baru, hendak juga diketahui apa kekurangan Imam Jemaah pertama sehingga perlu mufaraqah?kami mahu kesedaran juga, untuk ikuti yang lebih sohih!
[pastinya sang imam akan tertanya2, apa silap aku?]
## Maksudnya, apa yang kami pintakan, Jemaah Islamiah yang lebih awal wujud itu haruslah setiap Muslim gabungkan tenaga kepadanya, melainkan gerakan Islam itu dipimpin oleh yang tiada Fikrah Islamiah (politikus oppurtunis contohnya), atau fahamannya tentang Islam terlalu teruk (sekularis contohnya), atau di dalam satu kawasan yang disempadani sebagai negara lain.
KALAU diasaskan juga gerakan Islam baru, kami hendak tahu, apa kesalahan atau kecacatan jemaah pertama sehingga perlu mufaraqaH? kami mahu kesedaran juga, untuk ikut gerakan yang lebih sohih! [pastinya gerakan pertama akan tertanya2, apa salah kami?]
===
4) Dalam kiasan di atas, jika Imam itu bermazhab lain daripada kita, apakah kita lantas membuat jemaah solat baru yang terdiri daripada yang sama mazhab sahaja?
* ATAU apakah kita ikut solat bersama akan tetapi bertegas mengikut mazhab kita dengan lantang mengkritik basmalahnya (Imam) yang disenyapkan, tangannya yang tidak diletakkan di dada ketika qiam atau tidak membaca qunut dalam solat subuh lantas terang2 pula mengkritik arahan imam dan taksub dengan pegangan sendiri, lalu syadid tidak menerima khilaf dalam bermazhab?
* KETAHUI lah walaupun kita berkhilaf dalam mazhab, dan walaupun kekhilafan mazhab2 feqah itu hendaklah kita berlapang dada, TETAPI dari segi pelaksanaan solat jemaah dalam sesuatu masjid, kita hendaklah bersatu dengan satu imam sahaja!
## Maksud yang hendak kami sampaikan, walaupun kita mungkin berbeza2 aliran dan bermacam2 strategi dakwah, apakah setiap kali berbeza aliran pandangan kita akan buat jemaah baru dengan ahli2 yang sama pemikiran sahaja?
ATAU apakah kita akan menggabungkan diri bersama Jemaah pertama secara zahir tetapi berniat untuk mengubah jalan strategi yang diputuskan kepimpinan, kagum lagi taksub dengan pandangan sendiri dan keras tidak menerima khilaf dalam pandangan?
KETAHUI lah walaupun kalian berkata aliran kalian berbeza, walaupun kekhilafahan itu umpama bermazhab2 dan kita harus berlapang dada, tetapi dalamPELAKSANAAN AMAL ISLAMI di dalam satu negara, kalian hendaklah bergabung dan bersatu padu di bawah satu autoriti yang sama!
===
5) AKHIR sekali kami mengiktiraf khilaf ulama’ dan adanya ulama’ yang mengatakan SAH berbilang2 jemaah solat dalam satu masjid.
ALANGKAH baiknya jika berbilang2 jemaah itu wujud kerana sebab2 yang boleh diterima seperti jemaah yang awal solat Qasar, dan sebahagian yang lain perlu solat Jemaah Fardhu secara tamam, maka dibuat Jemaah baru.
KALAU perlu pun dipecah2kan sof, kerana sebab2 tertentu seperti untuk jaga keselamatan di pintu, atau untuk mendisiplinkan kanak2, atau datang lewat dan hendak ikut ruku’ walaupun jauh di muka pintu terpisah dengan saf yang teras, maka buatlah, tetapi JANGAN dipecahbelahkan Jemaah kepada yang lain2 dan berbeza2 tanpa mengikut imam yang satu (imam rukuk aku nak qiam panjang sikit, imam sujud lama aku nak cepat2 sahaja- seoalah2 egoistik sahaja)
## PENUTUPNYA, kami mengiktiraf khilaf ulama’ dan adanya ulama’ yang mengatakan HARUS berbilang2 gerakan dalam sesuatu tempat.
ALANGKAH baiknya jika berbilang2 jemaah itu wujud kerana jemaah yang lebih awal hanya gerakan kesufian/ gerakan keilmuan/ yang tidak syumul, lalu perlu pula dibuat satu gerakan umum yang menggabungkan kesemua front ini di bawah satu wadah tersusun.
KALAU pun perlu dibuat pelbagai platform, seperti untuk para professional, atau untuk mereka yang tidak mahu bersiasah kenegaraan, atau untuk strategi tertentu, maka buatlah, 
tetapi JANGAN ingkar kepada ketetapan jemaah induk [lihat komen pada 29/04/09] atau sengaja memecahbelahkan keseragaman gerakan mengikut rentak masing2 (aku ikut jalan aku, kau ikut jalan kau – ego dan tamak kepimpinan pula rasanya)
===
Kesimpulannya, ini adalah apa yang kami nampak, sedar dan perhatikan. Kami terpanggil untuk menyatakan pandangan ini, sebagaimana seseorang terasa perlu ditegur perpecahan jemaah solat; MAKA DENGARLAH! Kami melihat semua ahli kariah masjid yang sudi datang ke masjid sebagai orang yang berpotensi besar dan bakal memberi sumbangan besar. Maka jangalah kalian duduk di kalangan kelompok jemaah yang anda kenal rapat sahaja tanpa mahu bersama jemaah orang ramai yang umum!
[Oh ya, kami tidak setuju persoalan memilih jemaah itu diumpamakan seperti memilih sama ada hendak minum milo atau susu; terserah kepada citarasa dan kehendak pengguna. Ini kerana memilih atas dasar citarasa sahaja serupa memilih atas kehendak dan keinginan (NAFSU) sahaja. Maka apakah memilih jemaah itu atas citarasa, kehendak dan nafsu sahaja? Kami berpendapat proses memilih gerakan hendaklah mendahulukan akal yang lebih terutamanya ke atas citarasa; minuman yang paling sihat bernutrisi lagi berkhasiat dan tidak terlalu bergula bancuhannya! *Memilih isteri jangan semata2 ikut kecantikannya, nafsu dan kehendak hati, biarlah yang beragama terlebih utama!]

Muamalat Dengan Yahudi



1. Berurus niaga [muamalat] dengan individu Yahudi atau mana-mana pihak Yahudi yang terhad pada individu atau syarikat Sdn Bhd mereka, seperti Yahudi dari negara Eropah dan lainnya, maka pada hukum asalnya adalah harus justeru Rasulullah saw pernah berurus niaga dgn bangsa Yahudi.

2. Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini, Yahudi yang membunuh Ummat Islam Palestine lalu merampas tanah Palestine dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan ummat Islam Palestine, Yahudi yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan mereka keatas ummat Islam Palestine malah membunuh sewenangnya Ummat Islam Palestine, maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anut termasuk zionis.

3. Ulama' telah banyak memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr Yusuf al Qaradhawi, kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas Ummat Islam dan ianya masih berlarutan sehingga hari ini.

4. Fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina oleh para alim ulama' berasaskan kesan dan perkembangan politik dan ekonomi ummat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga dengan mereka menghasil sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung ummat Islam Palestine yang sedang berjuang mempertahan aqidah dan membebaskan tanahair mereka.

5. Fatwa itu dibina bukan kerana mereka dilahirkan berbangsa Yahudi tetapi disebabkan mereka melakukan satu jenayah besar ke atas ummat Islam dan jenayah itu masih berlarutan hingga ke hari ini. Demikian adalah hukum yang berkait dengan muamalah atau urusniaga.

6. Sementara kedudukan Yahudi secara umumnya di mata ummat Islam telah disebut secara jelas di dalam Al Quranil Karim. Bagaimana dendam dan semangat permusuhan mereka terhadap Islam yang didedahkan oleh Allah swt.

"Kamu akan dapati golongan yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang - orang beriman ialah Yahudi dan mereka yang mempersekutukan Allah swt".

"Dan sekali-kali tidaklah Yahudi dan Nasara Redha terhadap kamu sehingga kamu mengikut cara hidup mereka".

7. Banyak ayat seperti ini di dalam Al-Quran dan ia adalah pendedahan serta peringatan Allah swt kepada ummat manusia, khasnya kepada ummat Islam terhadap sikap dan bahaya yang dicetuskan oleh Yahudi berasaskan latar belakang dan sejarah mereka yang sering menipu, khianat, mungkir janji dan berdendam, biar apa pun fahaman yang dianut oleh mereka di sepanjang zaman termasuklah faham zionisme yang sememangnya telah mengisytiharkan protokol mereka yang jelas dan nyata memusuhi serta memerangi ummat Islam.

8. Justeru tiada pengiktirafan dan persekongkolan dengan Yahudi di atas peta politik dunia hari ini.

9. Ummat Islam tidak perlu panik dan usah resah dalam mengikuti perkembangan semasa berkait isu Yahudi, lantaran Perbahasan mengenai hukum muamalah adalah suatu yang berbeza dengan siasah. Keduanya mesti diteliti dengan cermat dan jelas.

10. Walaubagaimana pun terlebih aula dan wajar kita terus berfikir dan merancang untuk terus meningkatkan sokongan moral, politik dan ekonomi kita kepada ummat Islam di Palestine khasnya HAMAS untuk mereka terus membina masa depan mereka yang kebih baik berdepan kekejaman Yahudi Israel Alaihi Laknatullah berbanding kita berbincang dan berpolemik mengenai urus niaga kita dengan Yahudi.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Gambar 18sx ?

Gambar 18sx? ha betul ker...... Betul ler, ape yang tak betul nyer.. Orang yang tak tutup aurat dengan sesempurna yang mungkin, hah senang jer. Itulah gambar-gambar dan orang yang dikategorikan oleh ku gambar dan pelakon watak 18sx. Cayo dok? Cayo laaa..... Wat po tak cayo nyo........ 

Tak nanti gambar tuh keno seksi, keno gitu-gini, cukup sekadar tak tutup aurat mengikut syariat Islam, maka itulah gambar dan orang yang tak senonoh. SETUJU!!!

~ WANITA / PEREMPUAN / DARA / JANDA ~

Seluar nih orang tak pakai la diluar, buat malu jah, nih orang pakai di dalam cek kak oooiiiii..
tak kan nak tiru macam superman lak pakai di luar.
malu.....malu....

Keno ingat, kamu wanita bukan keno tutup rambut, tapi keno tutup aurat.
tak kesah la nak guno gapo-gapo pun, plastik ko, guni ko.
ASAL TUTUP AURAT

Aaiiii, makin kurus makin wat maksiat...
erm baik bior ler ko gemuk jer....
berat badan turun, berat dose bertambah.
atau
pilih la mano satu.

Innalillahiwainnailaihirajiuun...
Macam nih sekali ea fesyen sekarang...ayya.
macam nih lah, amek formula nih mudah sajer...

SETIAP PAKAIAN ADALAH FESYEN
TAPI TIDAK SEMUA FESYEN DIBENARKAN DALAM ISLAM
.
so, cukup panduan itu untuk mengenakan fesyen di badan anda

BOLEH buka lengan.
kalau lelaki laa.....

perempuan nak bukak lengan jugak...
BOLEH, no hal....
depan lelaki mahram je la yerk.
yang ajnabi jangan la plak dedah.
kang tak pasal-pasal keno bakar dek api neraka 

Jadi kesimpulannya, inilah cara dan etika pemakaian bagi
wanita solehah.

Paksalah juga diri kamu menutup aurat.
At least kesiankanlah mak, bapa, suami, abang kamu.
Kerana diorang juga menanggung dosa-dosa kamu jika kamu tidak menutup aurat dengan sempurna

Allah Maha Pengampun, Lagi Maha Pemurah.
Bertaubatlah mulai sekarang.
Gerenti tiada yang rugi
Sebesar mane dosa mu, InsyaAllah akan diampunkan-NYA

Walau dimana sekalipun berada, bekerja ape pun.
Aurat perlu dijaga, maruah kamu pasti terjaga

Sungguh ayu berseri wanita Malaysia kita ini kan.
Bersama kita doakan agar
 
diberi Hidayah dan Taufik buatnya
Ameen.

Pakai tudung, seluar baju plak ketat.
Herm, Kamu jadi fitnah sahaja kepada Islam.
Diri dah berdosa, tak tutup aurat sempurna.
Islam plak kena fitnah dek kamu.

Wanau'zubillahiminzalik

Hah lelaki plak, amboi-amboi korang ingat korang hidup senang? tak de aurat ea......boleh ikut suka nak dedah sane-sini. Mewah hidup..
Asyik dok komen wanita jer kate tak tutup aurat sane-sini. Molek r tuh, tak marah, bahkan bagus ler..wat gitu.
Tapi masalahnyo, kamu sendiri wahai kaum adam. Aurat kamu tutup tak?. kamu pun punyai bahagian-bahagian yang perlu ditutupi.

~ LELAKI / TERUNA / BUJANG ~

So! boleh cek sekarang tutup ker tak?
Kebanyakan time
SUKAN ramai yang dedah aurat.
selepas ni, berhentilah
.

MasyaAllah....
Tau tak antara syarat sah solat adalah menutup aurat.
habis tuh kalau macam gambar di atas nih, tutup tak aurat?
hah kalau tak tutup, wajib solat dia tak sah. batal solat nih.
Berapa ramai yang solat tapi sebenarnya tidak solat?

p/s : sekian sahaja dari ku... ilham yang datang hanya dari-NYA. Wallahua'lam

Tuesday 20 March 2012

Apa Hal Plak Dengan MC Donald Ni

Assalamualaikum w.b.t

YB / Datuk Seri / Dato’/ Tuan / Puan / Saudara /Saudari,

Status Halal dan Siapakah Pembekal MacFood Services Sdn Bhd untuk Mc Donald di Malaysia
MacFood Services Sdn Bhd adalah syarikat yang Bertanggungjawab mengimport daging/ayam dari luar (dikatakan dari Australia) untuk produk Mc Donald di Malaysia. Siapakah pembekal MacFood Services Sdn Bhd ini? dan Organisasi Islam manakah Yg mengeluarkan Sijil Halal kepada mereka? 

Perkara ini Telah diajukan kepada pihak JAKIM, namun malangnya Pihak JAKIM enggan mendedahkan semua ini atas alasan “confidential” (sulit) manakala pihak MacFood services Sdn Bhd, mereka tidak boleh mendedahkan perkara ini atas alasan ianya berkait dgn Mc Donalds, jadi perlu diadakan perbincangan dgn pihak Mc Donalds untuk mendedahkan “confidential”(sulit) ini. Karenah birokrasi dalam isu ini mencerminkan bahawa status “HALAL” kelihatan boleh “DIPERSOALKAN”

YB/Datuk Seri/Dato’/Tuan/Puan/Saudara/Saudari boleh hubungi pihak JAKIM (Bahagian halal JAKIM) 03-83150200 dan dan Macfood Services Sdn Bhd (bahagian executive Halal) 03-56330222.

Kenapa perlu kita tahu siapa Pembekal MacFood Services ini?

Kita perlu tahu kerana pembekal ini adalah dari luar Negara yang mana pihak berkuasa Malaysia tidak ada kuasa untuk memantau dan meletakkan syarat kepada mereka. Pembekal ini Beroperasi diluar malaysia, Bukan syarikat Malaysia dan bukan kepunyaan Muslim, tidak dikuasai oleh orang islam serta beroperasi dinegara Bukan Islam. Tentulah tuntutan ini amat KUAT. Ini adalah sebahagian dari HAK kita sebagai pengguna Islam untuk mengetahui siapakah pembekal dari luar tersebut. “HAK PENGGUNA ISLAM”

Kenapa Nama Syarikat Pembekal dari luar Negara ini di “Confidential” kan oleh JAKIM, MacFood dan Mc Donalds? Juga Kenapa Badan/Organisasi Islam Di Luar Negara Yang mengeluarkan Sijil “Halal” kepada Pembekal ini juga TURUT Di “Confidential”(sulit) Kan oleh MacFood Services Sdn Bhd?

Ingin sy jelaskan disini, Sy tidak Mempertikaikan Sistem/Prosedur "HALAL" JAkim. Tetapi sy Menuntut Sikap "Transparency"(ketelusan) Pihak Jakim dalam hal ini (Siapa Pembekal dan Badan yg Mengeluarkan Sijil Halal kepada Pembekal Tersebut).

Sekiranya JAKIM benar – benar yakin akan kejujuran pembekal ini, kenapa perlu menyembunyikan Nama Pembekal berkenaan.

Dimanakah Sikap "Transparency"(ketelusan) oleh pihak JAKIM dan dimanakah Tanggungjawab, Kredibiliti serta Keprihatinan JAKIM terhadap sensitiviti Umat Islam di Malaysia...

Harap Jasa Baik YB/Datuk Seri/Dato’/Tuan/Puan/Saudara/Saudari dapat ketengahkan perkara ini supaya rakyat Malaysia Jelas akan siapa pembekal dan Organisasi mana yg mengeluarkan sijil halal kepada mereka. Seperti dalam Sabda Rasulullah SAW:

Sabda Rasulullah SAW ;"Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas, tetapi di antara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) dan lebih baik dijauhi” (Riwayat: Bukhari dan Muslim)



Tuesday 6 March 2012

Kewajipan Baiah Dan Tuntutannya

PENGERTIAN BAI'AH

[ Baiah dari sudut bahasa: ]

· Baiah berasal dari huruf ( ب , ي , ع / ba' -ya' -ain ) , datang dengan kalimah baa'a ( باع ) atau bei' ( بيع )

· Dalam Mu'jam Alfaz Quran[1]:Al-baie mubadalatu maalin bimaal ( البيع مبادلة مال بمال ), kalimah ini digunakan biasanya dalam urusan jual beli. Kalimah ini digunakan juga pada hubungan perdamaian kerana di situ terdapatnya konsep pertukaran hak. ( mubaadalatul hak / مبادلة الحق ) sebagaimana pada jual beli ada ( mubaaya'atus syai' / مبايعة الشئ ) .

· Dalam Mufradat fi Gharib Quran lil Ashfahaani: Baie ( بيع ) adalah beri barang dan mengambil duit , sementara Syira' ( شراء ) ialah beri duit dan ambil barang dan dikatakan juga pada baie ( بيع ) itu Syira’ ( شراء ) dan pada Syira’ ( شراء ) itu baie. ( بيع ) Sebagaimana dalam hadis:

لا يبيع أحدكم على بيع أخيه

Tidak harus membeli seseorang kamu di atas belian saudaranya.

Hadis ini membawa makna أى لا يشتري على شرائه

Baiah dari segi bahasa meliputi 3 anasir utama:

1. Mesti ada dua pihak yang buat perjanjian .

2. Ada benda yang ditukar oleh kedua pihak pada perjanjian.

3. Redha antara keduanya,dengan makna kedua2 mereka merasakan bersetuju untuk sama ada jual atau beli benda tersebut.

[ Baiah dari sudut istilah Syarak: ]

Ibnu Khaldun[2]:

البيعة هي العهد علي الطاعة كأن المبايع يعاهد أميره على أن يسلم له النظر في نفسه فيما يكلفه به من الأمر على المنشط والمكره

Maksudnya : Baiah ialah perjanjian di atas ketaatan , seperti pembaiah memberi janji setia kepada pemimpinnya bahawa ia bersedia menerima segala tanggungjawab yang dipertanggungjawab ke atas dirinya samaada dalam keadaan cergas atau pun tidak . ( dalam keadaan suka ataupun tidak suka )

Golongan umat Islam apabila mereka beri baiah kepada ketua mereka,lalu diletakkan tangan mereka diatas tangan ketua sebagai bukti kepada perjanjian sepertimana keadaan pembeli dan penjual , dengan demikian jadilah baiah bersalaman tangan antara satu sama lain.

Dr Solehuddin Basyuni[3]:

البيعة إذن عقد بين طرفين أشبه بِما بين البائع والمشتري فالإمام طرف والجماعة الاسلامية الطرف الآخر.والخلافة هي موضوع البيعة.

Baiah ialah aqad ( perjanjian ) antara dua pihak . menyerupai aqad yang dimateri antara penjual dan pembeli . Justeru itu Imam ( pemimpin ) di satu pihak dan Jamaah islamiyyah di satu pihak yang kedua . Sementara Khilafah merupakan “tempat letak”nya baiah .

Dr Mohd Ab.Qadir Abu Faris[4]:

البيعة تعني إعطاء العهد من المبايع على السمع والطاعة للأمير في المنشط والمكره والعسر واليسر وعدم منازعة الأمر وتفويض الأمور إليه.

Baiah memberi maksud perjanjian oleh pembaiah atas tanggungjawab dengar dan taat terhadap pemimpin dalam situasi cergas dan lemah , sukar dan mudah tanpa mewujudkan pertelingkahan dan dan gangguan kelicinan arahan yang diberi .

Mohd Al-Mubarak[5]:

عقد وميثاق بين الطرفين,الأمير المرشح لرياسة الدولة والجمهور.أما هو فيبايع على الحكم بالكتاب والسنة والنصح للمسلمين,وأما الجمهور المبايع فعلى الطاعة في حدود طاعة الله ورسوله.

Perjanjian dan perlembagaan antara dua pihak . Pemimpin yang dicalonkan sebagai ketua Negara dan rakyat . Adapun pemimpin berbaiah atas pemerintahan yang berdasarkan Kitab , Sunnah dan Nasihat bagi sekelian muslimin . Adapun rakyat pula berbaiah atas ketaatan selama mana berada dalam batas ketaatan kepada Allah dan Rasul.

Baiah dalam sistem politik Islam ini terbahagi kepada 2 iaitu baiah khas dan baiah am:

1. Al-Baiah al-Khaassah ( البيعة الخاصة )

Iaitu Ahli halli wal aqdi menjalankan tugas memilih calon khalifah. Baiah ini mengiklankan calon yang dipersetujui oleh mereka. Ia adalah muqaddimah kepada baiah umum.

Baiah khusus ini hanya diiktiraf bila wujud kebebasan bagi memilih khalifah tanpa wujud paksaan.

2. Al-Baiah Al-Ammah ( البيعة العامة )

Iaitu baiah yang berlaku selepas baiah khusus. Ia adalah baiah bukan dari sebahagian orang tetapi dari seluruh masyarakat sama ada mereka memberi baiah secara langsung atau dengan menggunakan wakil.

Ia adalah ibarat menyatakan wala', taat dan iktiraf kepada kepimpinan dan tidak akan keluar daripada jemaah muslimin .

DALIL-DALIL PERSYARIATAN BAIAH

Firman Allah swt:

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً [6]

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang Yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka Hanya sanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). oleh itu, sesiapa Yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa Yang menyempurnakan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala Yang besar.

Ayat ini menunjukkan baiah yg diberikan oleh Sahabat kepada Rasulullah. Hakikat baiah kepada Rasul adalah juga memberi baiah kepada Allah.

Firman Allah lagi:

لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحاً قَرِيباً [7]

Maksudnya :Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang Yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa Yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) Yang ada Dalam hati mereka, lalu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka Dengan kemenangan Yang dekat masa datangnya;

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَى أَن لا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئاً وَلا يَسْرِقْنَ وَلا يَزْنِينَ وَلا يَقْتُلْنَ أَوْلادَهُنَّ وَلا يَأْتِينَ بِبُهْتَانٍ يَفْتَرِينَهُ بَيْنَ أَيْدِيهِنَّ وَأَرْجُلِهِنَّ وَلا يَعْصِينَكَ فِي مَعْرُوفٍ فَبَايِعْهُنَّ وَاسْتَغْفِرْ لَهُنَّ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
[8]

Maksudnya :Wahai Nabi! apabila orang-orang perempuan Yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, Bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta Yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara Yang baik, - maka Terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Al Mumtahanah. Ayat : 12

Sementara dalam Hadis dinyatakan:

أَنَّ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَكَانَ شَهِدَ بَدْرًا وَهُوَ أَحَدُ النُّقَبَاءِ لَيْلَةَ الْعَقَبَةِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَحَوْلَهُ عِصَابَةٌ مِنْ أَصْحَابِهِ بَايِعُونِي عَلَى أَنْ لا تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا وَلا تَسْرِقُوا وَلا تَزْنُوا وَلا تَقْتُلُوا أَوْلادَكُمْ وَلا تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ وَلا تَعْصُوا فِي مَعْرُوفٍ فَمَنْ وَفَى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعُوقِبَ فِي الدُّنْيَا فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا ثُمَّ سَتَرَهُ اللَّهُ فَهُوَ إِلَى اللَّهِ إِنْ شَاءَ عَفَا عَنْهُ وَإِنْ شَاءَ عَاقَبَهُ فَبَايَعْنَاهُ عَلَى ذَلِك

Bahawa Ubadah bin Shomit rha. dan beliau adalah ahli Badar juga salah seorang Nuqaba’ malam Baiatul Aqabah bahawa Rasulullah saw bersabda sedang sekelilingnya satu kumpulan dari para sahabatnya : Berilah baiah kamu kepada ku bahawa kamu tidak menyegutukan Allah swt dengan sesuatu , tidak mencuri , tidak berzina , tidak membunuh anak – anak kamu , tidak mengadakan dakwaan palsu di tengah – tengah masyarakat dan tidak ingkar dalam perkara makruf . Barangsiapa yang telah menunaikan ( janji setianya ) maka ganjaran terserah kepada Allah dan barangsiapa yang terjebak melakukan ( perbuatan mungkar yang disenaraikan ) maka dibalas di dunia sedang ia sebagai kaffarah baginya . Barangsiapa yang terjebak melakukan ( perbuatan mungkar yang disenaraikan ) kemudian di tutuplindung oleh Allah , maka ia terpulang kepada Allah . Jika Allah mahu , Allah ampunkannya dan jika Allah mahu , Allah timpakan akibatnya. Maka kami telah memberi baiah .

Dalam hadis lain:

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الْوَلِيدِ بْنِ عُبَادَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي الْعُسْرِ وَالْيُسْرِ وَالْمَنْشَطِ وَالْمَكْرَهِ وَعَلَى أَثَرَةٍ عَلَيْنَا وَعَلَى أَنْ لا نُنَازِعَ الأَمْرَ أَهْلَهُ وَعَلَى أَنْ نَقُولَ بِالْحَقِّ أَيْنَمَا كُنَّا لا نَخَافُ فِي اللَّهِ لَوْمَةَ لائِمٍ [9]

Dari Ubadah bin Al Walid bin Ubadah dari ayahnya dari datuknya telah berkata : Kami telah memberi baiah kepada Rasulullah saw untuk dengar dan taat dalam keadaan sukar dan senang, cergas dan lemah , bahawa kami tidak mempertikai urusan atau arahan yang diserahkan kepada ahlinya ( yang berkelayakan ) dan sesungguhnya kami akan berkata benar sekira – kira kami , demi agama Allah tidak sekali – kali gentar terhadap celaan mereka yang mencela.

Riwayat Imam Muslim .

Dalam hadis berikut:

عن عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي عُسْرِنَا وَيُسْرِنَا وَمَنْشَطِنَا وَمَكَارِهِنَا وَعَلَى أَنْ لا نُنَازِعَ الأَمْرَ أَهْلَهُ وَعَلَى أَنْ نَقُولَ بِالْعَدْلِ أَيْنَ كُنَّا لا نَخَافُ فِي اللَّهِ لَوْمَةَ لائِمٍ [10]

Dari Ubadah bin Shomit telah berkata : Kami telah memberi baiah kepada Rasulullah saw untuk dengar dan taat dalam keadaan kami susah , kami senang , kami cergas , kami lemah dan kami tidak mempertikai urusan ( arahan ) yang diberikan kepada ahlinya juga kami berkata dengan saksama bahawa di mana sahaja kami berada , demi agama Allah kami tidak takut celaan orang – orang yang mencela .

Riwayat An Nasaei .

ASAS-ASAS BAIAH

[ 1. Kerajaan Islam ]

· Menyampaikan Agama Islam kepada seluruh ummah dengan menegakkan hujjah tentang kebenaran Islam.

· Melaksanakan tuntutan Amar Makruf Nahi Mungkar.

· Menghapuskan fitnah daripada muka bumi serta memertabatkan Agama Islam dengan mengenepikan segala peraturan2 yg sesat barat.

[ 2. Orang yang dilantik menjadi Imam ( pemimpin ) ]

· Islam
· Berilmu
· Adil
· Punyai jiwa dan jasad yang sempurna dan sejahtera
· Berpengalaman dalam politik, peperangan dan pengurusan.
· Lelaki
· Bangsa Quraisy (sebagaimana yg diperselisihkan)

[ 3. Ahlu halli wal aqdi dan jumhur umat Islam. ]

BAIAH DAN PRINSIP MUSLIM DLM POLITIK ISLAM

Ada beberapa perkara yg perlu dilihat dalam konteks pembahagian kerajaan:

[ 1.Kerajaan Islam yang adil ]

· Beriltizam dengan Islam dan tuntutannya

· Pentadbirnya mentadbir mengikut kaedah yg ditetap olehIslam

· Manhaj diambil dari konsep pentadbiran Rasulullah saw

· Dasar luar dan dalam Negara adalah patuh dan tunduk kepada Allah secara mutlak

· Tujuan kerajaan ini adalah untuk melaksanakan hukum Allah dan menguatkuasa Syariat serta menghidupkan Syiar Islam

*Maka umat Islam WAJIB beri baiah dan wala sepenuhnya kepada kerajaan ini.

[ 2. Kerajaan Islam yg fasiq/zalim ]

· Kerajaan ini mengiktiraf kekuasaan Allah namun menghukum dengan peraturan selain Islam

· Pemimpin mereka Fasiq ( tidak melaksanakan hukum Allah . ) Al marhum Syeikh Said Hawa berkata : Banyak penyelewengan yg boleh dilihat dalam Negara Islam.

Antaranya pemimpin adalah zalim dan fasiq dan ia boleh ditakrifkan sebagai melantik anggota yg tidak layak atau bukan muslim untuk memimpin,tidak beriltizam secara sempurna dengan Syariat terhadap dasar Negara.

Maka dalam keadaan sebegini mengikut pandangan beliau;kita perlu menunggu dan mengawasi perkembangan semasa Negara. Jika ketua kerajaan mengakui kekuasaan Allah tapi yg diiktirafnya adalah nizom selain Islam, maka mereka adalah Fasiq. Oleh itu, sempadan antara kita dengan mereka adalah sembahyang.

Selagimana mereka masih menunaikan sembahyang ,maka mereka tidak boleh diperangi. Sekiranya kita mampu memisahkan diri dari mereka dengan jalan yg selamat, maka pisahkanlah dari mereka. Namun jika sebaliknya, iaitu mereka sudah tidak menunaikan sembahyang maka barulah mereka diperangi sehingga kita berpisah daripada mereka dan dapat kita jalankan hukum hudud dan hak Allah keatas mereka.[11]

*Jadi kerajaan Islam yang menyeleweng (nama kerajaan tersebut diletakkan berdasar peraturan yg dijalankan,sekiranya sekular maka kerajaan Sekular dan sebagainya ) ini perlu dinasihati, dalam perkara kebaikan boleh disokong dan dibantu akan tetapi dalam perkara mungkar dan kezaliman wajib dicegah. Pada ketika ini baiah tak wajib diberikan.

[ 3. Kerajaan kufur ]

· Negara yg tidak mengiktiraf hakimiyyatullah dan tidak tunduk kepada hukum Allah serta manhajnya.

· Adakalanya mereka memerangi hukum Allah dan umat Islam,adakalanya ,mereka berdamai.

*Baiah haram diberikan kepada kerajaan ini dan kepimpinannya. Namun dalam keadaan perdamaian dan diplomasi hendaklah dielak dari berlaku perang.

BAIAH DAN WALA' KEPADA HARAKAH ISLAMIYYAH

Baiah kepada jemaah Islam bukan untuk ketuanya berdasarkan sifatnya sebagai individu.

Ia adalah baiah untuk iltizam kepada asas-asas Islam dan keiltizaman kepada jemaah

Baiah kepada jemaah dan jihad adalah untuk mentahqiqkan (membenar dan mencapai ) matlamat Islam.

Baiah untuk berkorban dengan harta dan nyawa untuk mendapat redha Allah.

Baiah untuk wala' dan membantu sesama muslim atas wadah Jamaah yang Munazzamah.

Sesungguhnya baiah untuk amal Islami dan jihad fisabilillah adalah hakikat baiah dengan Allah taala.

Justeru itu:

Memberi baiah kepada jemaah yang memperjuangkan Islam untuk menegakkan Daulah Islamiyyah adalah WAJIB kerana Ulamak telah menegaskan bahawa Daulah Islamiyyah yang telah runtuh sekian lama hanya dapat ditegakkan dengan adanya jamaah .

( Justeru tidak mungkin individu boleh menegakkan Daulah Islamiyyah tanpa Jamaah yang Munazzamah disamping perjuangan secara solo / individu adalah mukhalafah sunnah. )

Namun apabila ada orang yg tidak mahu memberikan baiah kepada jemaah yang memperjuangkan Islam , maka beliau tidak dianggap bughah dan murtad yg harus diperangi, tetapi beliau berdosa kerana tidak berbaiah atau berjanji setia untuk berjuang dan berkorban demi agama Allah swt. (menjadi peranan kita untuk keluarkan manusia dari berbuat dosa) .

من خلع يداً من طاعة لقي اللَّه يوم القيامة ولا حجة له، ومن مات وليس في عنقه بيعة مات ميتةً جاهليةً

“Sesiapa yang merungkai ketaatannya (dari pemimpin yang adil), ia akan bertemu Allah di hari kiamat dengan tanpa hujjah baginya. Sesiapa yang mati dalam keadaan tiada bai’ah di tengkuknya, ia mati sebagai mati jahiliah”.

(Riwayat Imam Muslim dari Ibnu ‘Umar r.a.)

Pada zaman Rasulullah s.a.w., sekelian para sahabat memberi bai’ah mereka kepada Rasulullah s.a.w.. Adapun selepas zaman baginda, umat Islam wajib memberi bai’ah kepada pemimpin-pemimpin yang dilantik di kalangan mereka.

Perlantikan pimpinan .

Sabda Rasulullah s.a.w.;

إذا خرج ثلاثة في سفر فليؤمروا أحدهم

“Apabila keluar tiga orang dalam satu perjalanan, maka hendaklah mereka mengangkat salah seorang sebagai pemimpin”.

(Riwayat Imam Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

Jika dalam urusan duniawi (iaitu urusan musafir) Rasulullah mengarahkan supaya dilantik pemimpin, maka lebih-lebih lagi dalam urusan agama dan perjuangan Islam. Institusi kepimpinan amat penting kepada perjuangan dan gerakan Islam.

Justeru itu, menjadi kewajipan ke atas setiap ahli gerakan Islam untuk memberi bai’ah yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin jamaah.

Jika dilihat kepada bai’ah yang diambil oleh Rasulullah dari golongan Ansar (melalui bai’atul Aqabah pertama dan kedua), ada dua bentuk bai’ah yang mesti menjadi kelaziman setiap ahli harakah iaitu;

Bai’ah untuk sentiasa berpegang-teguh dan beramal dengan setiap ajaran Islam,

Bai’ah untuk bersungguh-sungguh memperjuang dan mempertahankan Islam hingga ke titisan darah yang terakhir.

Menurut riwayat Ubadah bin Shamit, salah seorang sahabat yang menyertai bai’atul Aqabah pertama pada tahun ke 12 nubuwwah; dalam bai’ah tersebut Rasulullah s.a.w. mengambil bai’ah dari Ansar dalam perkara berikut;

1. Tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu apa pun.
2. Tidak mencuri, berzina dan membunuh anak.
3. Tidak mengadakan dakwaan palsu di tengah-tengah masyarakat.
4. Tidak mengengkari Rasullullah di dalam perkara makruf.

Jelas bahawa bai’ah tersebut hanya menyentuh aspek pengamalan dengan ajaran Islam, tanpa melibatkan perjuangan atau peperangan. Namun dalam bai’ah berikutnya iaitu bai’atul ‘Aqabah kedua pada tahun ke 13 nubuwwah, kandungan bai’ah ialah;

Dengar dan patuh kepada arahan nabi s.a.w. sama ada diwaktu rajin atau malas. Memberi nafkah (kepada perjuangan) sama ada di waktu senang atau susah. Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar.

Bangun menegakkan agama Allah tanpa menghirau celaan sesiapa pun. Memberi pertolongan kepada Nabi s.a.w. apabila baginda sampai di Madinah dan mempertahannya sama seperti mempertahankan diri sendiri, isteri dan anak-pinak.

(Riwayat dari Jabir r.a.).

Nyatalah kepada kita bahawa tanggungjawab seorang muslim bukan hanya beramal dengan Islam, tetapi juga mempertahan dan mengangkat martabat Islam dengan segala pengorbanan yang ada. Jadi, bai’ahnya terhadap harakah juga semestinya merangkumi dua hal tersebut.

· Bai’ah untuk sentiasa berpegang-teguh dan beramal dengan setiap ajaran Islam,

· Bai’ah untuk bersungguh-sungguh memperjuang dan mempertahankan Islam hingga ke titisan darah yang terakhir.

[1] Majma' Lughah Arabiah,Hai'ah Masriyyah m.s 141
[2] Kitab karangan beliau,Muqaddimah,cetakan Mustafa Mohd,Mesir, m.s 209
[3] Al-Fikru As-Siasi 'indal Mawardi,cetakan Dar At-Thaqafah,m.s 189.
[4] An-Nizam As-Siasi fil Islam,Beirut,m.s 229
[5] Nizam Islam,Al-Hukm wad Daulah,dar Al-Fikr,m.s 30.
[6] Surah Al-Fath ayat 10
[7] Surah Al-Fath ayat 18
[8] Surah Al-Mumtahanah ayat 12
[9] Riwayat Imam Muslim no 3426
[10] Riwayat An-Nasaie no 4083
[11] Jundullah Thaqafatan wa Akhlaaqan

Disusun dan dibentang oleh :

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics