PEMIKIR UMMAH

Wednesday, 21 March 2012

Ta'addud Jemaah


::Ini satu Analogi Bukan Satu Kias MengIstinbat Hukum::

Perumpaan Mereka yang Mengasaskan gerakan Islam baru sedangkan sudah wujud satu gerakan yang mendokong cita2 Islam secara syumul adalah sepertimembuat jemaah Solat baru di suatu masjid sedangkan sudah ada satu Jemaah sedang solat.

Maksud analogi ini:
1) Dalam kiasan di atas, yang menjadi isu asas adalah membuat jemaah solat baru danmelantik satu imam baru sedangkan sudah ada jemaah yang semestinya berimam.
KALAU tiada jemaah solat lagi dalam masjid, buatlah! tetapi kalau sudah ada, gabungkan diri sahaja!
TIDAK ADA celaan sedikitpun kepada orang2 itu kerana melakukan solat, atau berzikir, atau membaca ayat2 Quran.
* Malah digalakkan untuk sesiapa sahaja untuk banyakkan solat, bertakbir berzikir dan membaca quran dalam mana2 masjid.
YANG MENJADI ISU adalah membuat kelompok jemaah solat baru, sedang sudah wujud jemaah Solat.
## Maksudnya, isu yang seringkali disebutkan kami adalah mengapa perlu dibuat organisasi baru yang asing sepenuhnya daripada barisan kepimpinan yang telah sedia ada?
KALAU tiada gerakan Islam dalam sesuatu negara itu, maka buatlah! kalau sudah ada, gabungkan diri sahaja!
TIDAK ADA celaan sedikitpun untuk orang2 itu membuat dakwah, membuat kerja kebaikan, lantang menyuarakan pendapat atau apa2 amal Islami. Malah amat2 digalakkan untuk kalian buat itu semua; tiada kedengkian, tiada halangan, tiada hendak dominasi atau monopoli.
YANG MENJADI ISU adalah mengapa kalian harus melantik kepimpinan asing, membuat strategi sendiri lalu menjuzu’2kan kekuatan kaum Muslimin kepada kelompok2 yang tiada pemusatan organisasi?
===
2) Dalam kiasan di atas, jemaah yang lebih awal harus dipilih, Imam yang lebih berpengalaman, berilmu dan baik bacaannya hendaklah digabungkan diri.
KALAU wujud pun berbilang2 jemaah solat, yang lebih ramailah yang lebih afdhol.
DENGAN ramainya ahli jemaah, lebih ramai yang melaungkan ‘aameeen!’ bersatu padu, dan lebih ramai yang mungkin boleh menegur kesilapan imam, lalu mereka tampung menampung kekurangan!
MUNKINGKAH doa mereka yang ramai ini lebih diterima tuhan?
## Maksud inilah yang kami mahukan apabila menyatakan ciri2 jemaah yang harus dipilih adalah yang lebih awal diasaskan, yang banyak pengalaman dakwah pahit manisnya, yang dipimpin ulama’ amilin dan tepat pula bacaannya tentang hal ehwal masyarakat [kenal tahap mad3u]
KALAU pun wujud berbilang2 gerakan, bukankah yang lebih ramai ahlinya itu lebih afdhol?
DENGAN ramainya ahli gerakan dari berbagai2 latar belakang dan kepakaran, lebih hebatlah kerja2 yang dapat dilaksanakan, dan lebih ramai yang mungkin menegur kesilapan kepimpinan, lalu mereka saling tampung menampung apa2 kekurangan dalam bergerak!
MUNGKIN kah dengan kekuatan bersatu padu ini, kemenangan lebih dekat?
===
3) Dalam kiasan di atas, kami berpegang bahawa Jemaah solat yang diketuai oleh Imam pertama itu haruslah digabungkan diri oleh sesiapa yang terkemudian,MELAINKAN Imam itu jelas2 tidak reti solat, bacaannya terlalu teruk, atau masjid terlalu besar sehingga kita tidak perasan sudah wujud jemaah solat yang pertama.
KALAU dibuat juga jemaah solat baru, hendak juga diketahui apa kekurangan Imam Jemaah pertama sehingga perlu mufaraqah?kami mahu kesedaran juga, untuk ikuti yang lebih sohih!
[pastinya sang imam akan tertanya2, apa silap aku?]
## Maksudnya, apa yang kami pintakan, Jemaah Islamiah yang lebih awal wujud itu haruslah setiap Muslim gabungkan tenaga kepadanya, melainkan gerakan Islam itu dipimpin oleh yang tiada Fikrah Islamiah (politikus oppurtunis contohnya), atau fahamannya tentang Islam terlalu teruk (sekularis contohnya), atau di dalam satu kawasan yang disempadani sebagai negara lain.
KALAU diasaskan juga gerakan Islam baru, kami hendak tahu, apa kesalahan atau kecacatan jemaah pertama sehingga perlu mufaraqaH? kami mahu kesedaran juga, untuk ikut gerakan yang lebih sohih! [pastinya gerakan pertama akan tertanya2, apa salah kami?]
===
4) Dalam kiasan di atas, jika Imam itu bermazhab lain daripada kita, apakah kita lantas membuat jemaah solat baru yang terdiri daripada yang sama mazhab sahaja?
* ATAU apakah kita ikut solat bersama akan tetapi bertegas mengikut mazhab kita dengan lantang mengkritik basmalahnya (Imam) yang disenyapkan, tangannya yang tidak diletakkan di dada ketika qiam atau tidak membaca qunut dalam solat subuh lantas terang2 pula mengkritik arahan imam dan taksub dengan pegangan sendiri, lalu syadid tidak menerima khilaf dalam bermazhab?
* KETAHUI lah walaupun kita berkhilaf dalam mazhab, dan walaupun kekhilafan mazhab2 feqah itu hendaklah kita berlapang dada, TETAPI dari segi pelaksanaan solat jemaah dalam sesuatu masjid, kita hendaklah bersatu dengan satu imam sahaja!
## Maksud yang hendak kami sampaikan, walaupun kita mungkin berbeza2 aliran dan bermacam2 strategi dakwah, apakah setiap kali berbeza aliran pandangan kita akan buat jemaah baru dengan ahli2 yang sama pemikiran sahaja?
ATAU apakah kita akan menggabungkan diri bersama Jemaah pertama secara zahir tetapi berniat untuk mengubah jalan strategi yang diputuskan kepimpinan, kagum lagi taksub dengan pandangan sendiri dan keras tidak menerima khilaf dalam pandangan?
KETAHUI lah walaupun kalian berkata aliran kalian berbeza, walaupun kekhilafahan itu umpama bermazhab2 dan kita harus berlapang dada, tetapi dalamPELAKSANAAN AMAL ISLAMI di dalam satu negara, kalian hendaklah bergabung dan bersatu padu di bawah satu autoriti yang sama!
===
5) AKHIR sekali kami mengiktiraf khilaf ulama’ dan adanya ulama’ yang mengatakan SAH berbilang2 jemaah solat dalam satu masjid.
ALANGKAH baiknya jika berbilang2 jemaah itu wujud kerana sebab2 yang boleh diterima seperti jemaah yang awal solat Qasar, dan sebahagian yang lain perlu solat Jemaah Fardhu secara tamam, maka dibuat Jemaah baru.
KALAU perlu pun dipecah2kan sof, kerana sebab2 tertentu seperti untuk jaga keselamatan di pintu, atau untuk mendisiplinkan kanak2, atau datang lewat dan hendak ikut ruku’ walaupun jauh di muka pintu terpisah dengan saf yang teras, maka buatlah, tetapi JANGAN dipecahbelahkan Jemaah kepada yang lain2 dan berbeza2 tanpa mengikut imam yang satu (imam rukuk aku nak qiam panjang sikit, imam sujud lama aku nak cepat2 sahaja- seoalah2 egoistik sahaja)
## PENUTUPNYA, kami mengiktiraf khilaf ulama’ dan adanya ulama’ yang mengatakan HARUS berbilang2 gerakan dalam sesuatu tempat.
ALANGKAH baiknya jika berbilang2 jemaah itu wujud kerana jemaah yang lebih awal hanya gerakan kesufian/ gerakan keilmuan/ yang tidak syumul, lalu perlu pula dibuat satu gerakan umum yang menggabungkan kesemua front ini di bawah satu wadah tersusun.
KALAU pun perlu dibuat pelbagai platform, seperti untuk para professional, atau untuk mereka yang tidak mahu bersiasah kenegaraan, atau untuk strategi tertentu, maka buatlah, 
tetapi JANGAN ingkar kepada ketetapan jemaah induk [lihat komen pada 29/04/09] atau sengaja memecahbelahkan keseragaman gerakan mengikut rentak masing2 (aku ikut jalan aku, kau ikut jalan kau – ego dan tamak kepimpinan pula rasanya)
===
Kesimpulannya, ini adalah apa yang kami nampak, sedar dan perhatikan. Kami terpanggil untuk menyatakan pandangan ini, sebagaimana seseorang terasa perlu ditegur perpecahan jemaah solat; MAKA DENGARLAH! Kami melihat semua ahli kariah masjid yang sudi datang ke masjid sebagai orang yang berpotensi besar dan bakal memberi sumbangan besar. Maka jangalah kalian duduk di kalangan kelompok jemaah yang anda kenal rapat sahaja tanpa mahu bersama jemaah orang ramai yang umum!
[Oh ya, kami tidak setuju persoalan memilih jemaah itu diumpamakan seperti memilih sama ada hendak minum milo atau susu; terserah kepada citarasa dan kehendak pengguna. Ini kerana memilih atas dasar citarasa sahaja serupa memilih atas kehendak dan keinginan (NAFSU) sahaja. Maka apakah memilih jemaah itu atas citarasa, kehendak dan nafsu sahaja? Kami berpendapat proses memilih gerakan hendaklah mendahulukan akal yang lebih terutamanya ke atas citarasa; minuman yang paling sihat bernutrisi lagi berkhasiat dan tidak terlalu bergula bancuhannya! *Memilih isteri jangan semata2 ikut kecantikannya, nafsu dan kehendak hati, biarlah yang beragama terlebih utama!]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics