Selesai pun belum sudahnya bulan Ramadhan, orang ramai sibuk menanti kehadiran bulan Syawal. Begitu ghairah dengan persiapan untuk menyambut hari raya, dengan baju, kain, langsir barunya, dengan kuih rayanya yang beraneka jenis, sehingga terlupa untuk berlumba-lumba dalam membuat kebajikan di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda diberikan Allah kepada hamba-hambanya yang membuat amalan kebajikan.
Sirahnya sudah kita ketahui bahawa ulama-ulama dahulu kala apabila tibanya bulan Ramadhan, itulah merupakan bulan yang begitu gembira bagi mereka ini sehinggakan ada sesetengah dari mereka yang tidak tidur kerana ingin membuat kebajikan dan amalan-amalan yang dilakukan atau diajar oleh Rasulullah, seterusnya kembali bersedih apabila bulan Ramadhan ini kembali pergi meninggalkan mereka. Tetapi keadaan sebaliknya, bagi kita yang begitu lalai dan leka dengan dunia ini.
Al-Hadis
“ Amatlah Malangnya Orang Yang Tidak Mendapat Keampunan Allah Di Bulan (Ramadhan) Yang Agung Ini. Kenanglah Dengan Rasa Lapar Dan Hausmu, Kelaparan dan Kehausan Di Akhirat. Bersedekahlah Kepada Kaum Fukara’ Dan Masakin “
Perkara yang ingin difokuskan di sini tertumpu kepada sepotong hadis yang berikut, : amatlah malangnya orang yang tidak mendapat keampunan Allah di bulan Ramadhan yang agung ini. Dapat kita fahami secara borong (umum dan jelas) sepotong hadis ini memberitahu bahawa teramat rugilah, malanglah, tidak bernasib baiklah bagi mereka (orang-orang yang berpuasa) ini yang tidak mendapat keampunan serta kemaafan dari tuhan Rabbul Jalal atas kesalahan-kesalahan mereka sendiri apabila berlalu perginya bulan Ramadhan begitu sahaja.
Marcapada, apa yang berlaku dalam kalangan ummat Islam masa kini adalah tidak memperdulikan apa yang diajar oleh Islam yakni memohon kemaafan di bulan Ramadhan yang mulia ini atas segala kesilapan yang dilakukan.
Sayangnya, apa yang terlintas di benak fikiran mereka adalah ingin memohon keampunan apabila menjelang tibanya Syawal, tidak hairanlah ini telah menjadi adat bagi kebanyakan ummat Islam. Situasi ini tidak menjadi satu kesalahan untuk memohon keampunan di bulan Syawal, kerana tiada waktu yang dikhususkan untuk memohon keampunan bagi setiap kesalahan yang dilakukan.
Apa yang menyedihkan, adalah ramai dikalangan ummat Islam itu sendiri tidak mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang agung ini untuk memohon kemaafan di bulan Ramadhan ini, dikuatiri akan tergolong dalam golongan orang-orang yang malang(celaka) apabila pergi hilangnya bulan Ramadhan hal keadaan diri masih tidak mendapat keampuan atas segala dosa-dosa dan kesilapan.
Sedarlah Wahai Ummat Islam Sekalian......
Tidak menjadi satu tegahan di dalam Islam bagi semua penganutnya untuk mengamalkan adat selagi tidak menyalahi apa yang ditetapkan oleh Alah s.w.t dan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Letakkan Al-Quran dan As-Sunnah dihadapan sebagai asas rujukan dan penyuluh jalan kehidupan, bukannya meletakkan adat melebihi dari yang sepatutnya. Berubahlah, wahai ummat Islam sekalian, agar sentiasa menjadi ummat nabi Muhammad yang dikatakan khairul ummah yakni sebaik-baik ummah.
Pohon lah keampuan terhadap Rabbul Alamin atau sesama manusia itu sendiri di dalam bulan Ramadhan (sebaik-baiknya) kerana Ramadhan merupakan bulan maghfirah (keampunan) atas segala salah-silap serta dosa-dosa yang pernah dilakukan sama ada secara sengaja mahupun tidak.
~ Jangan Biarkan Bulan Ramadhan Berlalu Pergi Dalam Keadaan Kita Tidak Mendapat Keampunan lagi Atas Dosa-dosa Yang Dilakukan. Rebutlah Peluang Ini !!! Hanya Setahun Sekali ~
assalamualaikum syafiq. :)
ReplyDeletesetuju. bulan ini kita berusaha sedaya boleh beramal sekuatnya demi ganjaran dan kemapunan dari Maha Pencipta dan Maha Penyayang.
teruskan menulis, ana menyokong dari jauh. :)
ingat, bukan sahaja kemaafan
ReplyDeletebahkan hendak memberi duit raya kepada anak2/ budak2 afdhal di bulan RAMADHAN berbanding di bulan SYAWAL