PEMIKIR UMMAH

Tuesday, 24 December 2013

Ahli PAS Mesti Berilmu

Bersama Ustaz Idris Ahmad :

Antara ciri Tarbiyyah yang penting adalah ilmu. Dengan manusia boleh memahami dan mengetahui ciri-ciri Islam dan perjuangan Islam.

Islam marah kepada manusia yang hanya ikut cara membuta tuli sahaja tanpa bersandarkan kepada ilkmu. Firman Allah swt mafhumnya : “jangan kamu berpendirian kepada perkara yang kamu tidak ketahui”.

Allah swt Maha Adil : Allah swt tidak menyiksa dan memberi taklif (bebanan) kepada hamba-NYA yangtidak berakal. Kita sebagai hamba yang berakal wajib belajar tanpa jemu0jemu. Menjadi suatu hikmat Allah swt telah menurunkan ayat di dalam surah al-Alaq yang mafhumnya : “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Allah swt yang menciptakan (sekalian makhluk)”…ila akhiril ayat.

Menjadi hikmah Allah swt menurunkan ayat yang pertama mengenai ilmu. Oleh itu baginda Nabi Muhammad saw menitikberatkan kepada para sahabat untuk menuntut ilmu sama ada bermukim atau musafir. Ketika senang atau susah. Ketika berseorangan atau ramai. Baginda menjadikan rumah Al-Arqam bin Abi Arqam sebagai pusat pengajian pada peringkat awal.

Hendak berjuang bersama PAAS mesti kita ada ilmu dan bermaklumat bukan ikut secara membuta tuli semata-mata. Kefahaman tidak akan wujud jika kita tidak belajar. Belajarlah dengan ulama yang beramal dengan ilmunya, semoga datang keberkatan daripada Allah swt. Menuntut ilmu daripada sumber yang benar dan orang yang mengajar juga mesti benar-benar beramal dengan ilmunya. Kita tidak boleh belajar dengan daripada orang yang mengatakan lihat apa yang dia kata, jangan lihat siapa saya. Sumber ilmu seperti juga sumber air. Jika di hulu airnya keruh, maka hilir juga akan keruh.

Kita mesti memahami Islam melalui jalan yang sebenar bukan secara ikutan semata-mata. Mengetahui daripada sumber yang sebenar, bukan melalui jalan yang tidak benar kerana kaan membawa satu penyelewengan.

Memahami Islam dalam tasawwur Islam yang lengkap daripada perkara akidah, ibadah, akhlak. Wajib mengetahui perkara akhidah, syirik dan perkara yang membatalkan akidah. Kita tidak mahu ahli PAS hanya mengetahui perkara membatalkan puasa, membatalkan wuduk, membatalkan solat, tetapi tidak memahami di sana ada perkara yang membatalkan Islam.

Perlu memahami Islam sebagai Din Wa Daulah. Orang lebih senang memahami Islam dalam bentuk ritual semata-mata. Tetapi menolak Islam dalam bentuk kenegaraan. Ini semua kesan daripada penjajahan pemikiran yang sudah bertapak lama di negara kita. PAS mengambil masa hampir 40 tahun sejak 1951 untuk memberi kefahaman bahawa dalam Islam  terdapat politik. Sekarang tidak lagi kedengaran bahawa dalam ajaran Islam tidak ada ajaran politik,. Slogan politik suku, agama suku sudah tidak kedengaran lagi. Terima kasih kepada ulama dalam PAS yang tidak jemu-jemu menerangkan konsep Islam Din Wa Daulah kepada masyarakat.

Apabila belajar hendaklah beramal. Beramal dengan bersungguh0sungguh tanpa penat lelah. Belajar tidak ada had pencen. Ilmu tidak bertepi dan tidak terbatas. Jadilah kita orang yang berilmu dan memperjuangkan Islam yang kita pelajari.

Apabila kita alim, maka hendaklah kita semakin tawaduk, bukan semakin angkuh dan sombong. Ikutlah resmi padi semakin berisi, semakin tunduk ke bumi. Kerana ilmu yang kita miliki amat kcil berbanding dengan ilmu Allahs wt. ikut lah akhlak ulama mazhab yang muktabar, mereka tidak angkuh dengan ilmu malahan semakin tawaduk. Berilmu menjadikan seorang ahli PAS berakhlak dengan akhlak Islam. Orang yang berilmu mesti tunduk dan patuh kepada Alllah swt dan tawaduk di dalam hidup.

Ilmu menjadikan seorang itu kenal musuh dan kawan. Apabila kita ada maklumat maka barulah musuh tidak boleh mempermainkan kita. Oleh itu budaya ilmu mesti disuburkan di dalam PAS. Realiti dalam masyarakat, tempat yang subur dengan majlis ilmu, kekuatan PAS akan bertapak di situ. Maka berlaku sebaliknya jika tempat yang suram dari segi majlis ilmu, tempat ini lemah dalam gerakan Islam.

Mereka yang berilmu, maklumat sentiasa dipertingkatkan dalam pemikiran dan tindakan terutam sesuai di zamn perkembangan teknologi pantas. Apabila maklumat di hujung jari, kita mampu membalas serangan musuh berdasarkan ilmu, terutama yang dilontarkan oleh ulama su’(ulama jahat). Dengan ilmu sahaja kita mampu menangkis serangan mereka. Zaman sekarang siapa yang mengusai maklumat maka dia mengusai dunia.

Alhamdulillah dengan ilmu yang ada kepada ulama PAS telah banyak membuat ijtihad politik sesuai dengan perkembangan semasa dan syariat. Ulama PAS bukan sahaja memahami feqah ibadah, malahan memahami feqah politik. Bertolak atas asas ini beberapa ijtihad politik dilakukan seperti tahalluf siyasi, dan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Kesemua ini bertolak daripada kefahaman dan ilmu yang Alllah swt kurniakan kepada ulama PAS. Oleh itu penyokong PAS mesti memahami dengan ilmu bukan dengan semangat. Mereka yang tidak berilmu akan menentang segala usaha yang diputuskan oleh para ulama. Malahan ada yang menuduh PAS telah terkeluar daripada manhaj perjuangan Islam. InsyaAllah semoga kita tergolong di kalangan orang yang cinta kepada ilmu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics