Bila PAS sebut terima cina jadi PM, habis kecoh seluruh negara....
haha, jenis Melayu Islam yang tak faham agama, beginilah jadinya. PAS da kate tak kesah dari bangsa mana PM asalkan Islam. (ini satu kenyataan yang patut ummat Islam fahami betul-betul.)
Satu lagi, orang Melayu nih takut sangat jika BN kalah. Itu tidak mustahil laa...
Apa nak ditakutkan sangat. Jika BN kalah, mestilah PAS yang menang kan. Bukan ker, PAS tuh Melayu, lagi pula Islam tulen plak, mengamalkan syariat. Apa nak takutnya. Sepatutnya lagi sokong. Janganlah mikir cam l**b*.
Takpe, sekarang jangan runsing, PAS dan Pakatan Rakyat telah menyetujui PM nih, siapa yang layak.
PAS
memegang asas bahawa Perdana Menteri bagi sebuah Negara yang mengamalkan
demokrasi adalah ditentukan berdasarkan kaum yang paling besar dan
pengaruh di Negara itu.
Katanya Presiden
PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, begitu juga di Malaysia, di
mana realitinya Melayu Islam adalah kaum terbesar.
Mengikut
kaedah politik yang berasaskan demokrasi, kepimpinan hendaklah dari kaum yang
paling besar pengaruh.
Sehingga
kini, semua kaum di Malaysia menerima hakikat bahawa Melayu Islam adalah kaum
terbesar.
Kononnya DAP mahu
menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih putrajaya-katanya
United Myanmar Nepal Organisation (u.m.n.o).
Lim Guan Eng sendiri pernah
menyatakan yang dia, mahupun DAP tiada hasrat nak jadi PM.
Dia pun tahu
realiti Malaysia bahawa orang Melayu paling besar.
Telah
sepakat dalam mesyuarat majlis Pakatan Rakyat bahawa Perdana Menteri adalah
Melayu Islam asalkan bukan u.m.n.o BN. - ABU
PAS dan
Pakatan Rakyat sekali lagi menegaskan akan menjunjung apa yang termaktub
perlembagaan negara. Perkara ini telah dipersetujui bersama dalam resolusi
Pakatan Rakyat.
Ianya termasuk soal Islam sebagai agama persekutuan,
hak Bumiputra, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta raja sebagai ketua
negara