PEMIKIR UMMAH

Sunday, 22 December 2013

Benar? Ada Ahli PAS Syiah

Dalam PAS ada ahli yang minat Ayatollah Rohullah Khomeini, pelopor Revolusi Islam Iran dan yang pro-Iran, tetapi kebanyakannya tidak jadi Syiah.

Untuk mengatakan tidak pernah ada orang Syiah jadi ahli PAS pun tidak betul juga, kerana pernah ada orang Syiah jadi ahli PAS dan bergiat dalam PAS. Dan antara yang pernah menjadi ketua Syiah pernah jadi ahli malah menjadi calon PAS.

Dia jadi calon sebelum dia jadi Syiah. Tetapi setelah terang dia orang kuat Syiah, dia tidak boleh kekal lagi dalam PAS kerana PAS menolak ajaran Syiah keuali ajaran Revolusinya menentang Israel dan mustakbirin Amerika serta sikap tegas dan kerasnya untuk membebaskan Masjidil Aqsa.

Apabila penampilannya sebagai orang Syiah adalah jelas, maka dia tersisih daripada PAS.

Salah seorang yang dikatakan pemimpin Syiah dari Kedah, jika tidak salah memang pernah bergiat dalam PAS di Perak. Oleh sebab dia sedap bercakap, ramai peminatnya. Dia pun mengadakan kuliah tetapnya dihadiri ratusan orang. Apabila dia terasa orang menyokongnya, dia cuba membuat kumpulan sendiri yang tidak sesuai dengan pandangan PAS.

Orang yang meramaikan ceramahnya ialah orang PAS. Apabila mereka rasa ia tidak sesuai dengan PAS, orang PAS tidak hadir lagi. Dia pun hilang dan kemudian terkenal antara orang penting Syiah.

Seorang pensyarah yang banyak membantu PAS pernah saya tolong keluar negara kerana seminar yang dianjurkan oleh Iran. Setelah jelas dia terlalu pro-Syiah, orang-orang PAS tidak rapat lagi dengannya.

Seorang Tok Guru yang ramai muridnya jadi ulama dan pembesar memang orang PAS sejak di Mesir bersama Prof Zulkifli Mohamad, kerana kagumnya kepada Imam Khomeini sentiasa menyifatkan pemimpin Iran itu sebagai Tok Ayah. Kami pernah berbuka puasa di kediaman duta Iran.

Semasa hendak solat Maghrib, tiba-tiba tuan rumah menyediakan batu lapik sujud yang digunakan oleh penganut Syiah. Beliau pun ambil batu itu dimasukkannya ke dalam poket. Beliau pun mengimamkan solat.

Heboh di pejabat PAS mengatakan Tok Guru itu menggunakan batu untuk alas dahinya semasa sujud. Yang ramai jadi makmumnya adalah orang PAS termasuk saya. Pemimpin tanya saya hal itu. Jawapan saya ialah dia ambil batu, dimasukkannya ke dalam poket sebelum jadi imam. Demikianlah prihatinnya pemimpin PAS dan orang PAS akan ibadat yang menyamai Syiah. Tok Guru itu tidak lagi jadi orang penting PAS.

Isu orang PAS jadi Syiah pernah heboh semasa saya jadi Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan. Pemimpin PAS minta saya bertindak. Jelas pada saya dua orang aktivis penting adalah Syiah. Saya nasihatkan mereka supaya tidak pegang apa-apa jawatan. Mereka boleh sokong dan tolong PAS dari luar.

Tindakan saya dikritik oleh sesetengah orang. Tetapi tuan badan bersetuju dengan saya kerana tindakan saya itu mengiktiraf mereka sebagai Syiah dan orang pun tahu mereka rupanya orang Syiah. Sampai sekarang kedua-duanya baik dengan saya dan mereka terus menyokong PAS kerana PAS menentang umno.

Yang orang umno bising kononnya orang PAS jadi ahli Syiah ialah kerana orang Syiah tidak menyokong umno. Adapun akidah orang PAS adalah bersama Ahli Sunah Wal Jemaah yang kuat mazhab Syafie-nya. Bukan saja orang PAS tidak menerima Syiah, malah wahabi dan Salafi pun mereka tidak suka.

Apabila Jamil KHir Baharom menyambut Imam Makkah melawat Malaysia, ada yang kata dia pro-Wahabi, Isu ustaz. Kalau orang Melayu tidak terima wahabi lagilah mereka tak terima Syiah.

Penolakan Melayu terhadap Syiah telah jelas dalam pendidikan di sekolah-sekolah lagi. Tidak perlu PAS memberitahu keran semua orang sudah tahu. Ibu bapa sudah beritahu anak-anak mereka di rumah tentang Syiah sama seperti mereka beritahu tentang Kristian dan Yahudi.

Seorang India tanya saya mengapa PAS tidak tentang Syiah? Jawab saya, kalau PAS tak cakap pun orang Islam Malaysia tak terima Syiah sama seperti PAS tidak cakap apa-apa tentang Kristian dan Yahudi, semuanya tahu tentang Kristian dan Yahudi.

Kalau PAS tidak berbalah dengan Syiah, samalah dengan dasar PAS berbaik dengan semua penganut agama sekarang. Kami berbaik dengan Buddha, Hindu dan Kristian kerana kita tahu jarang sangat orang Islam masuk Buddha dan masuk Hindu. Kalau kita berbaik dengan penganut semua agama, mengapa kita tidak boleh berbaik dengan orang Syiah?

Lagi pun orang Syiah yang menyokong revolusi Islam Iran itu adalah orang tidak sukakan umno keran umno menolak pemerintahan Islam. Walaupun Islam Syiah tidak sama dengan Islam, tetapi menolak pemerintahan Islam tidak disukai oleh Syiah. Buat apa kita berperang dengan orang yang menentang umno.

Orang India itu kata, itu satu politik baik.

Umno memang suka supaya PAS berkelahi dengan semua orang. Kalau PAS berkelahi dengan orang Syiah, Syiah tidak masuk pilihan raya. Dari segi politiknya rugi. Kita mesti tumpukan tentangan kepada orang yang masuk pilihan raya saja. Kalau kita berlawan dengan semua orang tidak masuk pilihan raya. Maka siapa lagi mahu bersama kita untuk menentang umno.

Umno yang terang-terang menentang Syiah itu belumlah tentu Islam nya betul keran ia jelas tidak mahupun hudud dan syariat. Cuma ia tidak disebut anti hudud dan anti syariat saja.

Oleh : Mensana In Corpore Sano (Subky Latif)


p/s : Artikel dalam blog ini disiarkan untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibicangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak menjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email koi : fiq_economic@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics