PEMIKIR UMMAH

Thursday 7 February 2013

KUIN jadi ladang feedlot jika BN menang?



Menggelabah juga BN Kedah apabila ketidakhadiran para pemimpin mereka di majlis perasmian kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dijadikan isu. Dakwaan bahawa mereka bertindak biadab kerana ‘memboikot’ Agong terkesan di hati rakyat Kedah kerana baginda adalah Sultan negeri ini.

Berhempas pulas pihak BN menjelaskan bahawa mereka tidak dapat menghadirkan diri kerana ada urusan lain yang lebih penting (daripada Yang di-Pertuan Agong?). tiada kelibat menteri pengajian tinggi mahupun pegawai tertinggi kementerian, semuanya terlalu sibuk dengan urusan masing-masing.

Kewujudan sebuah pusat pengajian tinggi adalah peristiwa besar yang tidak wajar dilihat dari perspektif politik.

Berkata Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa ‘’bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa depan. Nak jadi khalifah macam mana nak makmur kalau tidak berilmu, kalau beriman tanpa ilmu tak mungkin boleh selesaikan. Jadi inilah konsep yang diperjuangkan kerajaan dalam bidang pendidikan.’’

Nampaknya, seperti biasa segala kata-kata hikmat pemimpin BN hanya terpakai untuk orang lain, bukan untuk diri sendiri.

------------------------------------------------------------------------

Dalam ucapan di majlis perasmian KUIN, Menteri Besar Ustaz Dato’ Seri Azizan Abdul Razak mendedahkan bahawa pembinaan kampus tersebut tidak dibiayai satu sen pun oleh Kerajaan Persekutuan. Lantas Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipa mendakwa kenyataan yang dibuat Menteri Besar itu bertujuan mengaburi kelemahan pentadbiran mereka di mata rakyat.



Beliau berkata, hakikatnya kampus induk kolej itu tidak akan dapat dibina jika Bank Islam Malaysia Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad yang merupakan syarikat milik kerajaan (GLC) tidak memberikan sokongan modal menerusi kelulusan pinjaman.

Barangkali beliau kurang arif bahawa bank bukanmemberi  bantuan tetapi memberi pinjaman. Setiap sen wang yang dipinjam mesti dibayar balik. KUIN bukan berada di bawah kerajaan BN tetapi Pakatan. Mustahil bank memberi pinjaman kerana ‘arahan’ daripada Pusat kerana berbeza warna politik antara Pusat dan Negeri. Maknanya pinjaman diberi betul-betul berdasarkan kelayakan. Bank tahu Negeri Kedah (di bawah pimpinan Ustaz Azizan) mempunyai kemampuan bayar balik. Inilah merupakan kekuatan kerajaan negeri Kedah pimpinan Pakatan Rakyat.

-----------------------------------------------------------------------

Ahmad Bashah berkata lagi, sumber kewangan KUIN antaranya turut bergantung kepada pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang juga diwujudkan Kerajaan Pusat.


Sekali lagi Ketua Umno Kedah itu kurang faham orangnya. Bukankah pinjaman tersebut berasaskan kelayakan pemohon. Bukannya wang ihsan. Ia perlu dibayar balik selagi BN berkuasa.
Sebenarnya BN menjadi cacing kepanasan apabila rakyat tahu Pusat tidak membantu sesen pun untuk membina kampus induk KUIN hanya kerana berbeza politik. Mereka nampak kerajaan BN zalim dan kata-kata Najib perihal pendidikan tidak boleh dipolitikkan terpaksalah dikunyah dan ditelan bagai hempedu oleh BN dalam isu KUIN.

-----------------------------------------------------------------------------

Sepanjang KUIN ditadbir oleh Pakatansejak 2008, IPT itu hampir tidak dipandang oleh kerajaan Pusat. Mereka membayar K-Pop dan Gangnam sampai berjuta-juta ringgit atau Yahudi APCO sampai RM77 juta menggunakan duit rakyat tetapi kedekut untuk menghulur bantuan kepada KUIN sebuah institusi pengajian yang dihuni majoritinya oleh umat Islam.

Pernah sewaktu negara dikecohkan dengan isu cadangan penghapusan bayaran balik PTPTN, KUIN menjadi IPT kedua selepas Unisel yang ditangguhkan bayaran untuk PTPTN. Selepas itu dengan angkuh berkata, tengok jika pusat sekat PTPTN mereka boleh buat apa? Angkuh sungguh mereka.

Untuk melihat KUIN mempunya masa depan yang lebih cemerlang, maka rakyat Kedah mestilah mempastikan Pakatan terus mengusai kerajaan negeri. Kalau tidak tiada jaminan bahawa KUIN tidak bertukar jadi ladang ternakan lembu (feedlot) jika kerajaan negeri bertukar tangan.

Nota Utara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics