PEMIKIR UMMAH

Tuesday, 25 October 2011

Luahan Resah Seksa Rakyat Marhaen


Kemana pergi subsidi kami?
Kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari kalian beritahu,
Wang mesti dicatu, kita menuju maju...
Kalian kata :
Jika tidak, semua menderita,
Habis harta Negara...
Kalian berbahasa :
Bukan barang naik harga,
Cuma subsidi turun sahaja...
Kami orang desa, mungkin tidak pandai kira wang berjuta-juta,
Kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta,
Jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
Tapi dapatkah kami dibohongi,
Tentang suapan saban hari?
Apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
Papa semakin parah?
Wang semakin lelah?
Jika semalam berlauk, hari ini Cuma berkuah...
Kerana kerajaan kita sedang susah?
Maka subsidi kita terpaksa diserah...
Jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh kerana barang makin angkuh,
Wang papa makin rapuh...
Apa yang dapat dibisik pada anak yang berkopiah ke madrasah?
Makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
Jika mereka bertanya siapa yang bawa lari,
Kepada siapa patut kami tuding jari?
Janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
Akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini...
Atau kami jadi insan curang....
Kami beritahu :
Cuma subsidi sahaja yang kurang?
Tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...
Dengar sini wahai yang tidak memijak bumi !!!
Pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
Pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
Kami yang semput bagai melukut di kota kedekut,
Kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa,
Bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja,
Pernahkah kau merasa?
Rumah bocor yang lanjut usia...
Baju dan kasut anak yang koyak,
Tinggal dalam rumah yang berasak-asak,
Siang kami sebak, malam kami sesak...
Sedangkan kalian manusia angkasa...
Istana permata dibina,
Kereta berjuta dirasa...
Elaun serata,
Dari isteri sehingga seluruh keluarga...
Hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran Negara...
Tapi kami masih disini...di teratak ini...
Dengan lauk semalam...
Dengan hidangan yang tidak bertalam...
Dengan rumah yang suram...
Dengan wang yang hampir padam...
Tiada istana lawa...
Tiada kereta berharga...
Tiada layanan diraja...
Tiada baju bergayati...
Tiada kediaman seperti menteri...
Tiada hidangan VIP...
Tiada persen di sana-sini
Tiada bahagian anak dan bini...
Tiba-tiba kalian kata :
Kamilah beban Negara...
Aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
Kalian yang belasah, kami yang bersalah...
Kalian buat untung, hutang kami tanggung...
Kalian mewah melimpah, kami susah parah...
Kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
Kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
Kalian makan isi, kami dijadikan abdi...
Lantas kalian rampas lagi subsidi...
Ke mana wang itu pergi nanti?
Jika kalian berhati suci,
Wajib mengganti buat kami...
Tapi makin kejam sehari-hari
Heboh mengiklan buat gula konon merbahaya,
Mengapa tidak beras diturun harga?
Jika tidak untuk minyak kereta...
Mengapa tambang tidak potong sahaja...
Sehingga bila keadaaan in akan berakhir.....
Keluhan sebegini dapat didengari atau tidak,
Golongan mewah bertelinga kecil, berangan setinggi gunung,
Hasil mahsul rakyat habis digunakan,
Apa yang dapat ku perbuat,
Hanya kupanjat setinggi doa kehadrat ilahi,
Agar keluhan resah ku ini didengari oleh maha pencipta,
Pemberi balasan seadil-adilnya...

Nukilan - ??? deringan merah fiq economic

Sunday, 16 October 2011

Facebook Rugikan Pakatan Rakyat (Jangan Biarkan Ia Berlanjutan)


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Terlalu ramai penyokong Pakatan Rakyat yang bersemangat menyokong PR dan memerangi BN, tetapi hanya membazir tenaga dan masa dalam FB dalam kerja yang nampaknya bersungguh benar tapi hakikatnya hanya 'merosakkan' sokongan terhadap PR. Di samping terdapat segolongan besar lagi yang malas memanfaatkan peluang menyebarkan maklumat secara mudah yang terhidang dalam FB.

Saya ingin mengguna kesempatan ruangan ini untuk membetulkan golongan yang hanya bekerja keras (work hard) tetapi tidak bekerja secara baik (work smart) di FB.

Berikut adalah senarai KESILAPAN yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR:
  1. Kesilapan terbesar jurukempen alam siber ialah tidak memokuskan tugas utamanya iaitu cuba mengubah minda sasaran. Ramai yang berminat menyindir, mengutuk, menghina, memperlekeh dan merendahkan pihak lawan. 

    Pihak lawan membalas balik dengan serangan yang lebih ganas, memaki hamun, mencarut, memberi gelaran buruk. Atau pihak lawan yang memulakan dan kita memberi reaksi serupa. Apa hasilnya? Kita adalah penyokong PR tegar manakala mereka adalah penyokong BN tegar. Tiada siapa akan berubah. 

    Yang akan terubah persepsi ialah rakan-rakan atas pagar yang melihat kedua belah pihak sama saja, 2x5, 5x2. Jadi, betulkan nawaitu serta tujuan kita: Hendak mempengaruhi orang ramai atau hendak melepas geram.
  2. Jangan termakan provokasi lawan. Berhujah dengan lunak berasaskan dalil dan fakta. Hujah kita akan dinilai oleh golongan yang rasional. Biarkan pihak lawan melakukan serangan kotor kerana semakin celupar mereka 'berhujah' semakin hilang wibawa mereka. Kita yang untung.
  3. Jangan guna gelaran buruk untuk lawan. Contoh: Najis Tun Razak, Wak Sembab (Muhyiddin Yasin), Hisham Aww, Khir Toyol. Ingat tugas anda ialah mempengaruhi golongan atas pagar dan golongan rasional. Pihak lawan sering menggunakan N.ajis, Pork Nick, Aljuburi, Peliwat Tegar, Anugay, Mat Sabun, Mat Shabu, DAPig, hamPAS.. Biarkan, kerana ia 'sangat membantu' kita.
  4. Jangan memaki hamun, eg. Babi, anjing, bodoh, bengap, keldai, haramjadah, celaka. Jangan mengejek, eg. Wakakaka, perghh, huahhh. Jangan mencarut. Tiada sasaran yang akan terpengaruh dengan maki hamun dan ejekan, tetapi manusia terpengaruh dengan hujah dan fakta.
  5. Jangan menyerang penyokong atau pengikut. Tahap kesetiaan penyokong mana-mana parti adalah berbeza. Penyokong yang lemah dan rasional mempunyai keupayaan untuk berubah tapi jika kita menyerang penyokong BN secara borong, yang lemah pun akan terasa kuat. 

    Jadi elakkan mengguna perkataan puak-puak tu, penganut UMNO, pengikut buta tuli UMNO, geng songkok tinggi dll. Yang mesti diserang ialah para pemimpin mereka di semua peringkat.
  6. Bagi segolongan rakan FB dari kalangan penyokong PR, mereka hanya gemar menjadi pembaca, langsung tidak mahu berperanan sebagai penyebar maklumat. Di luar sana, kita sibuk menyalahkan BN kerana media yang berat sebelah tetapi di alam siber yang beratnya berbelah-belah kita tidak memanfaatkan peluang yang terhidang. Jadilah pencetus dan pengkomen, bukan hanya sekadar pembaca.
  7. Masing-masing pemegang akaun FB mempunyai rangkaian rakannya tersendiri. Terlalu banyak bahan kempen yang sampai berupa nota, banner, kartun ataupun klip video. Lakukan 'share' (kongsi), hanya dengan satu sentuhan beribu rangkaian rakan kita akan memperolehnya. Lagi banyak maklumat yang sama disebarkan, lagi teguh kepercayaan orang terhadapnya. Sangat mudah untuk dilakukan mengapa tidak buat?
Hari ini ceramah tidak lagi mendapat sambutan seperti satu atau dua dekad lalu. Maklumat yang mudah diperolehi dari media baru mungkin menjadi sebab. Tenaga dan masa yang diperlu untuk mengatur satu program ceramah sangat besar. Tapi Tuan Guru Nik Aziz boleh 'berceramah' kepada lebih 400 ribu rakan mayanya hanya dengan sentuhan jari.
Kelebihan FB ialah rangkaian rakan-rakannya adalah golongan menengah dan terpelajar dalam masyarakat. Cakap mereka berwibawa dan didengari. Pengaruhi mereka, lalu biarkan mereka mempengaruhi masyarakat.

Sunday, 2 October 2011

Hudud. Polemik Dan Kedudukannya Di Malaysia

Al-kisahnya, bermulalah U.M.N.O dan sekutunya yang bernaung dibawah pemerintahan Perdana Menteri yang ke-4 mula merasa kedudukan mereka untuk terus bermaharajalela lagi dalam melakukan maksia serta jenayahnya terhadap rakyat jelata tergentar atau berasa gerun seketika hati-hati mereka, apabila PAS mula menimbulkan cadangan untuk melaksanakan HUDUD di Malaysia khususnya di bumi Kelantan yang dikenali Serambi Mekkah.

Tidak semena-mena, pemimpin yang selama ini mengaku dirinya Islam melenting membantah idea yang dicetuskan oleh pimpinan PAS bahkan memberi amaran kepada kerajaan PAS Kelantan akan dikenakan tindakan jika berkeras untuk melaksakan sistem HUDUD di bawah Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 yang mengandungi hukum HUDUD.

Kenapa pemimpin Islam sendiri perlu takut dengan hukum yang telah ditetapkan oleh tuan empunya badan dan alam semesta ini???!!! Tidak lain tidak bukan ketakutan yang menyelubungi mereka atas dasar kerana tingkah-laku sepanjang pentadbiran mereka adalah dalam keadaan melakukan jenayah yang akan disabitkan kesalahan dengan HUDUD.

Walaupun ada penentangnya, Islam tidak mengajar ummatnya untuk berdiam diri. Maka PAS meneruskan agenda perjuangannya untuk memastikan HUDUD dilaksanakan di bumi serambi Mekkah ini.

Meskipun sejak dilulus oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan tahun 1993 dan mendapat perkenan Sultan, natijahnya hukum HUDUD masih belum menjadi realiti akibat tidak mendapat sokongan Kerajaan Pusat demi melengkapkan suasana kondusif.

AL-QURANUL KARIM
ISLAM
PUASA
ZAKAT
HUDUD
Ya!
Ya...Ya!
Ya,,,,Ya,,Ya!!!
Tidak,,,tidak sesuai
*prinsip pemerintah Malaysia sekarang yang diterajui Barisan Nasional*

Beginikah pemimpin Islam yang ingin kita sokong dan mengharapkan meraka untuk menjaga agama Islam yang agung ini ????. Sangat perlu kita mengetahui dan membezakan orang Islam yang dinamakan Muslim dan Mukmin agar kita dapat ketahui kedudukan kita sendiri sebagai seorang Islam dan pemimpin yang ingin kita dokongi. Secara umumnya dapat ditakrifkan :

Muslim - orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah, mengaku Allah adalah tuhan mereka dan tiada tuhan lain melainkan dia. Mengaku Nabi Muhammad adalah Rasulullah atau utusan Allah.
Orang Islam Menjadi Mukmin – apabila mula mempraktikkan ajaran Islam seperti mana yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah.

ANTARA KENYATAAN PEMIMPIN UMNO YANG MEMPERSENDAKAN SYARIAT

1 > Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.
(Dr. Mahathir Mohamad,temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)

2 > Pada pandangan saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiknya undang-undang yang ada dikekalkan.
(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)

3 > Saya cabar Kelantan laksana hukum HUDUD di depan orang bukan Islam.
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)

4 > HUDUD tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)

5 > Al-Quran perlu ditafsir semulauntuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)

6 > Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum HUDUD.
(Dr. Mahathir Mohamad, temu bualnya denganmedia massa selepas siding Majlis Tertinggi U.M.N.O 1994)

7 > Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar bukan mentadbir.
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

8 > Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

9 > Kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan HUDUD.
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

10 > Melaksanakan hukum HUDUD sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

11 > Bukan kerana dengan melaksanakan hukum HUDUD saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak Negara Islam yang tidak melaksanakan hukum HUDUD, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.
(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992)

12 > Perlaksaan hukum HUDUD boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum HUDUD yang lain. Sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991)

13 > Jika meraka hendakkan sangat kukum HUDUD, meraka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.
(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan)

14 > Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan ummat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum HUDUD dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum HUDUD, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.
(Dato’ Seri Najib Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992)

15 > Apa erti negara Islam jika mundur
(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, 13 November 1999)

KEDUDUKAN HUDUD

Undang-undang sedia ada yang dilaksanakan di Malaysia ini jauh lebih zalim kerana memperuntukkan hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan tertentu yang tidak terdapat dalam hukum HUDUD

Apa yang nak ditakutkan sangat (dengan hukum HUDUD)? Macam takut hantu.....orang takut HUDUD macam takut hantu. Orang yang takut kepada hantu itu, tidak tahu pun bagaimana rupa hantu tetapi cukup takut dengan hantu. Samalah bila tanya apa itu HUDUD tak tahu.

Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya. Tetapi orang tak kata apa pun... Bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? HUDUD tak mati, kenapa orang tak marah hukuman gantung sampai mati tapi marahkan TG Nik Aziz pasal HUDUD?

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegaskan hudud adalah undang-undang Allah dan sebagai parti pemerintah, PAS hanya menjalankan kewajipan.

Isu HUDUD perlu dilihat secara ilmiah dan profesional oleh semua pihak. HUDUD tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada masyarakat bukan Islam kerana ia hanya membabitkan umat Islam sahaja.

HUDUD adalah undang-undang untuk menyelesaikan masalah jenayah yang ada di muka bumi berbanding dengan peraturan lain yang dilihat gagal.

Buktinya dapat dilihat di merata dunia termasuk dalam negara di mana isu jenayah semakin membimbangkan walaupun peraturan atau undang-undang yang dikuatkuasakan bertambah ketat.

ANTARA INTIPATI KESAN PELAKSANAAN HUKUMAN HUDUD

Mutakhir ini orang ramai asyik mengatakan, membincangkan dan hanya melihat dari satu sudut aspek pelaksanaa hukuman HUDUD yang dikatakan nampak begitu kejam!!! Adakah ia betul-betul kejam??? Bagaimana dengan orang yang mekukan kesalahan atau kezaliman itu??? Kejam atau tidak??? Cukupkah, setimpalkah hukuman yang dikenakan ke atas penzalim mengikut undang-undang yang sedia ada??? Bagaimana pula natijahnya, kepada masyarakat umum apabila HUDUD dilaksanakan???

Tidak terlambat lagi bagi yang masih belum mengetahui lebih mendalam akan perihal HUDUD ini untuk menimba dan mendalami ilmu ini. Di sini dapat diutarakan beberapa intipati kesan pelaksanaan hukuman HUDUD ini.

*** Supaya hukuman yang dikenakan adalah adil dan saksama sebagaimana yang dirasai oleh orang yang dizalimi ***misalannya:
((seorang mat rempit telah melanggar seorang anak mak cik yang dikenali mak cik kiah. Apabila mat rempit ini ditangkap, melalui proses perbicaraan mahkamah. Maka didapati mat rempit ini bersalah, lalu hakim menjatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun serta denda RM2000. Berbaloikah dengan hukuman sebegini??? Memadaikah dengan apa yang menimpa anak mak cik kiah ini??? Sepatutnya orang dizalimi yang membuat keputusan sebagai mana ia merasa kepahitan itu. Bukan orang(hakim) yang menetukan hukuman tersebut kerana hakim tidak merasainya sebagaimana yang dirasai oleh mak cik kiah, kedudukan atau kepahitan yang dirasai mak cik kiah dengan hakim adalah berbeza sama sekali. Maka dengan HUDUD lah sudah pasti hukuman yang dikenakan adalah setimpal dan sepadan dengan apa yang dilakukan oleh penzalim atau pesalah)).

*** Pengukur asas kejayaan pemimpin ***misalannya:
((Sebagaimana kisah di zaman Rasullah, seorang sahabat telah mengaku melakukan kesalahan, maka diminta nabi melaksanakan hukuman HUDUD kepada beliau. Selepas berkali nabi menyoal, makan HUDUD dilaksanakan.)) - di sini dapat kita lihat bagaimana seorang sahabat sanggup dirinya dilaksanakan hukuman HUDUD tanpa disuruh. Ini kerana dalamnya penghayatan para sahabat terhadap setiap ajaran di dalam agama Islam itu sendiri . Takut akan azab Allah di akhirat yang kekal berbanding azab di dunia yang sementara. Tidak lain dan tidak bukan ini kerana atas asas kejayaan didikan dan pentarbiyahan Rasululllah selaku pemimpin terhadap para sahabatnya akan syariat Islam sehingga ke tahap itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics