Syeikh Dr. Faisal Mawlawi |
Alhamdulillah
segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi
Muhammad SAW.
Sesetengah
pihak alhamdulillah kerana mengambil cakna akan hukum penglibatan wanita
menjadi pemimpin. Itu amatlah bagus. Tetapi segelintir pula cuba mencari hukum
untuk dipolemikkan, dipolitikkan bagi kepentingan sesetengah pihak.
Itu yang
geramnya....
Okkey,
wanita menjadi imam (pemimpin)?
Dalam keadaan
semasa kita dapat membahagikan pemimpin kepada dua dalam konteks mentadbir
negara.
First :
Jawatan kepimpinan tertinggi negara seperti PM dan Menteri Pertahanan di sini
ulama bersepakat (Ijma’) haram bagi wanita memegang jawatan ini kecuali
dahrurat berserta dengan syarat-syaratnya.
Adapaun yang
kedua : Jawatan kepimpinan di bawah seperti menjadi wakil rakyat di parlimen @
dun, di sini ulama’ berselisihan pendapat yakni (khilaf) sama ada dibenarkan
atau tidak.
Penambahan sedikit :
Persoalan wanita menjadi pemimpin. Telah dibahaskan
secara panjang lebar oleh para ulamak. Ada yang kata boleh dan ada yang kata
tidak boleh. Kemudian ada perinciannya. Jika sebagai ahli parlimen bagaimana?
Jika sebagai menteri bagaimana? Jika sebagai pemimpin tertinggi bagaimana?
Jika sebagai ahli parlimen, ada khilafnya. Jika
sebagai imam/pemimpin tertinggi, menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili tidak
dibenarkan. Menurutnya ia adalah ijmak ulamak. (lihat al-Feqh al-Islami, vol.
7)
Jadi selanjutnya
di bawah InsyaAllah diterangkan lebih detail bagi situasi keadaan yang kedua
dimana mempunyai khilaf ulama dalam ketetapan hukumnya.
Awlawiyyat (Keutamaan) Amal Saleh bagi
Wanita Muslimat
Walaupun
muslimat dipertanggungjawabkan dengan kewajipan-kewajipan syarak sebagaimana
kaum lelaki, namun terdapat juga awlawiyyat-awlawiyyat (priority) bagi lelaki
dan wanita apabila bertembung dengan kewajipan yang lain kerana tidak mungkin
ia dapat dilaksanakan semuanya kecuali dengan mengurangkan atau melepaskan
sebahagiannya. Oleh kerana fokus perbincangan kita tentang muslimat maka kita
perturunkan di sini awlawiyyat bagi golongan wanita.
Dalam
satu pertemuan antara Asma binti Yazid al-Ansoriyyah dengan Rasulullah saw,
beliau berkata : “wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah utusan bagi seluruh
wanita muslimat di belakangku, seluruhnya mengatakan sebagaimana yang aku
katakan dan seluruhnya berpendapat sesuai dengan pendapatku. Sesungguhnya Allah
swt mengutuskanmu bagi seluruh lelaki dan wanita, kemudian kami beriman
kepadamu dan membai’ahmu. Adapun kami para wanita terkurung dan terbatas gerak
langkah kami. Kami menjadi penjaga rumah tangga kaum lelaki, dan kami adalah
tempat memenuhi syahwat mereka, kamilah anaka-anak mereka, akan tetapi kaum
lelaki mendapat keutamaan melebihi kami dengan solat jumaat, menghantar jenazah
dan berjihad. Apabila mereka keluar untuk berjihad kamilah yang menjaga harta
mereka yang mendidik anak-anak mereka, maka apakah kami juga mendapat pahala
sebagaimana yang mereka dapat dengan amalan mereka?”
Mendengar
pertanyaan tersebut, Rasulullah saw menoleh kepada para sahabat dan bersabda :
“ Pernahkan kalian mendengar pertanyaan seorang wanita tentang Deen(agama) yang
lebih baik dari apa yang dia tanyakan?”
Para
sahabat menjawab : “ Benar, kami belum pernah mendengarkannya ya Rasulullah
saw!.”
Kemudian
Rasulullah saw bersabda : “Kembalilah wahai Asma’ dan beritahukanlah kepda para
wanita yang berada di belakangmu bawaha perlakuan baik salah seorang diantara
mereka kepada suaminya, dan meminta keredhaan suaminya, mengikuti (patuh
terhadap) apa yang disuruhnya (selagi tidak melanggar syara’), itu semua
setimpal dengan seluruh amal yang kamu sebutkan yang dikerjakan oleh kaum
lelaki.”
Tanpa
pertikaian lagi bahawa awlawiyyat dalam gerak-kerja muslimat ialah kewajipan
dalam rumahtangga. Akan
tetapi, adakah awlawiyyat ini mengugurkan kewajipan-kewajipan lain yang di luar
rumah?
Inilah
perkara yang jarang disentuh oleh sesiapa pun. Sedangkan sepatutnyalah muslimat
itu menseimbangkan dan mengharmonikan tugasannya yang pelbagai itu disamping
menjaga dengan sebaiknya kewajipan dalam rumahtangganya jika berlaku
pertembungan atau pertindihan dengan kewajipan-kewajipan lain.
Kita
telah menyaksikan dalam sirah hidup Rasulullah saw bagaimana muslimat kelaur
bersama para mujahidin merawat pejuang-pejuang yang luka malah mereka membunuh
musuh ketika perlu. Itulah dia Rufaidah, Nusaibah, Khaulah, Ummu Sulaim dan ramai
lagi. Al-Bukhari mengkhususkan dalam kitab sahihnya satu bab bertajuk ; (Wanita
yang keluar bersama-sama pejuang-pejuang di jalan Allah). Terdapat satu riwayat
dari salah seorang sahabiyah (sahabt dari kalangan wanita) mengatakan :
“kami telah ikut berperang bersama
Rasulullah saw dan bertugas melayani dan memberi minum tentera-tentera (yang
luka) dan menghantarkan jenazah dan orang-orang luka ke madinah.”
Riwayat Bukhari, Hadith No. 2576, Kitab
al-Tibb
Keluar
kerana berjihad di jalan Allah tidak difardhukan ke atas wanita kerana ia sibuk
denga tugasan melayani dan memenuhi hak suami serta rumahtangganya sebagaimana
pendapat ahli-ahli feqah. Akan
tetapi jika ia mendapat keizinan suaminya atau suaminya sendiri mengajaknya untuk
sama-sama turun berjihad, ia bukanlah satu kesalahan atau dosa, bahkan
kedua-duanya mendapt pahala oran-orang yang berjihad di jalan-Nya. Malah
jika musuh sudah mula menyerang negeri ummat Islam, jihad sudah menjadi fardhu
ain bagi setiap individu. Pada ketika itu para wanita diharuskan keluar
berjuang tanpa keizinan suami sebagaimana keharusan seorang anak keluar tanpa
keizinan bapanya. Perkara ini memang tidak ada bercanggahan di kalangan ulama
feqah.
Muslimat
yang keluar dari rumahnya kerana solat berjemaah bersama kaum muslimin di
masjid adalah satu perkara yang syari’e. Di dalam satu hadith sahih daripada
Ibnu Umar ra bahawa rasulullah saw telah bersabda :
“Apabila para wanita kalian meminta izin
kepada kalian pada waktu malam hari untuk ke masjid maka izinkalah mereka”
Riwayat Bukhari, Hadith No. 822, Kitab
al-Azan, Bab Khuruj al-Nisa ila al-Masjid bi al-lail
Rasulullah
saw bersanda di dalam hadith lain:
“Janganlah kalian melarang hamba-hamba
perempuan Allah dari masjid-masjid Allah”
Riwayat Muslim, Hadith No 673, Kitab
asl-Solah
Memang
benar kaum wanita lebih afdhal menunaikan solat di dalam rumahnya berdasarkan
satu hadith daripada Abdullah Ibnu Mas’od ra bahawa rasullah saw bersabda :
“Solat seorang wanita di salah satu
ruangan rumahnya lebih utama daripada di bahagian tengah rumahnya dan solatnya
di biliknya lebih utama daripada (ruangan lain) di rumahnya”
Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang Sohih
Akan
tetapi perlu diingat bahawa solat berjemaah di masjid bagi kaum wanita adalah
suatu yang diharuskan oleh syarak. Di samping itu Rasulullah saw menegah kaum
lelaki daripada melarang kaum wanita ke masjid jika mereka hendak pergi ke
situ. Para ulama menganggap tegahan (dari melarang wanita) ini sebagai tegahan
yang tidak membawa kepada haram, kerana menurut pandangan jumhur ulama tidaklah
suatu yang haram bagi si suami melarang isterinya daripada keluar ke masjid,
kerana itu adalah haknya agar isterinya menetap dan melayaninya di rumah dan
wajib bagi isterinya menunaikan hajat suaminya. Pada ketika itu si isteri tidak
boleh meninggalkan suaminya atas tujuan ututk mendapatkan kelebihan solat
jemaah.
Adapun
jika isteri keluar dari rumahnya bertujuan untuk melaksanakan perkara yang
diwajibkan oleh syarak, maka suami tidak berhak melarangnya sebagaimana
kelauranya dia kerana berjuang di jalan Allah dalam suasana musuh menyerang
masuk ke dalam negara ummat Islam. Sebagaimana yang telah disebutkan, para
ulama memang telah bersepakat bahwa keadaan ini seluruh umat Islam wajib keluar
berjihad dan wanita boleh dobolehkan kelaur tanpa keizinan suaminya.
Sesungguhnya kita mempersoalkan : Jika
pencerobohan berlaku ke ats negara umat Islam pun boleh mewajibkan wanita
keluar berjihad, tidakkah pula
dengan pencerobohan ke atas Islam itu sendiri, menguatkan lagi kewajipan wanita
keluar rumah demi mengembeling tenaga mempertahan Islam? Ketika mana
syariat Allah tergendala, kemungkaran bermaharajalela, undang-undang ciptaan
manusia dan jahiliyyah dijulang, tidakkah menjadi satu kewajipan bagi wanita
keluar rumah bagi menjalan kerja menyeru manusia kepada Allah swt dan usaha
amar makruf nahi munkar?
Kita
mengatakan dengan sejelas-jelasnya : Bahawa Islam pada hari ini terdedah dengan bahaya. Umat Islam
seluruhnya juga terdedah dengan bahaya. Kewajipan amar makruf nahi mungkar,
kerja dakwah ke jalan Allah dan usaha untuk membangunkan semula kehidupan islam
dengan menegakkan syariat Allah adalah antara kewajipan yang paling penting
yang menuntut komitmen seluruh umat ini sama ada lelaki dan wanita. Muslimat
mempunyai peranan yang sangat besar dalam bidang ini yang mewajibkan ke atasnya
untuk keluar dari rumahnya. Diwajibkan ke atas suaminya memberi keizinan
kepanya untuk terlibat menyumbang tenaga dan memainkan peranannya dalam membina
masyarakat wanita muslimah yang merupakan sebahagian dari masyarakat Islam yang sempurna yang di cita-citakan.
Di sini
kita hanya membicarakan tentang keharusan wanita kelaur rumah kerana terlibat
denga gerak-kerja islah amal islami yang diredhai Allah. Kita tidak mahu keharusan dan kebenaran
syarak ini disalahfaham dan diambil kesempatan oleh segelintir wanita untuk
keluar dengan sewenang-wenangnya tanpa tujuan dakwah, merwka keluar
semata-mata menghadriri aktiviti yang penuh denga gosip, mengumpat dan
cakap-cakap kosong. Ini adalah isu amanah dan risalah. Sewajibnyalah para
muslimat memantapkan memahami dengan betul bahawa kewajipan utamnya di rumah.
Apabila dia keluar rumah bermakna dia hendak menunaikan kewajipan lain yang
hanya diredhai oleh Allah swt pemilik sekalian alam ini.
Bidang-bidang Pengibatan Wanita di Medan
Amal Islami
Telah
diputuskan bahawa telah dipertanggungjawabkan ke atas wanita kewajipan syarak
di luar rumah mereka. Maka wajib ke atasnya untuk keluar bagi melaksanakan
kewajipan tersebut dan wajib ke atas suaminya memberi keizinan kepadanya. Telah
diumpamakan perkara ini dengan kerja jihad yang menjadi fardhu ain apabila
berlaku pencerobohan musuh terhadap negara umat Islam.
Persoalan
penting dari resolusi di atas ialah apakah tasawwur atau gamabran kita terhadap
peranan muslimat di medan amal Islami hari ini, agar isu wanita keluar rumah
kerana aktif di medan amal Islam ini dapat ditetapkan sama ada ia wajib atau
sunat atau harus dari sudut hukum syarak.
Suatu
yang diketahui bahawa matlamat bagi gerak kerja Islam masa kini ialah
menegakkan hukum Allah swt di atas muka bumi ini. Matlamat ini selari dengan
sejumlah matlamat di setiap peringkat iaitu membina peribadi muslim,
rumahtangga muslim, masyarakat Islam dan daulah Islamiyyah.
Apakah Wanita Mempunyai Peranan Dalam
pentarbiyahan Masyarakat?
Untuk
menjawab persoalan ini pertamanya kita mestilah menetukan siapakah individu
muslim yang dikehendaki. Adakah ia hanya orang lelaki sahaja atau termasuk juga
orang perempuan. Adakah memadai bagi menegakkan hukum Allah swt di atas muka
bumi ini dengan hanya mempersiapkan barisan muslimin sahaja atau sepatutnya
mempersiapkan juga wanita muslimat? Kita tidak berhajat untuk membahaskan atau
mencari hujjah bagi memastikan hakikat ini iaitu bahawa Islam itu pada dasarnya
di tujukan kepada semua golongan lelaki dan wanita secara saksama. Selamanya ia
menuntut persediaan dari muslimin dan muslimat bagi mendirikan masyarakat
muslim yang melaksanakan syariat Allah swt. Allah swt telah mengiringkan
muslimat di samping muslimin dalam banyak sifat-sifat terpuji yang dikehendaki
olehNya di dalam firman :
“sesungguhnya orang Islam lelaki dan
perempuan, dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, dan orang yang taat
lelaki serta perempuan dan orang lelaki serta orang perempuan yang benar, dan
orang lelaki dan orang perempuan yang sabar, dan orang lelaki dan orang
prempuan yang khusyuk, dan lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan
perempuan yang berpuasa, dan lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan
nereka dan orang lelaki serta orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah
swt, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampuanan dan pahala yang
besar”
(A-Ahzab : 35)
Kesimpulannya,
individu muslim yang dikehendaki di sini ialah merangkumi seluruh ummat Islam
sama ada lelaki dan juga wanita.
Bagaimana
kita akan dapat mencapai matlamat ini? Adakah mungkin golongan lelaki sahaja
menjalankan kerja-kerja tarbiyyah untuk semua golongan muslimin dan muslimat?
Sepatutnya kita menyatakan bahawa muslimat sebenarnya berkemampuan menjalankan
kewajipannya dalam mentarbiyyah orang lelaki dan wanita agar mengahayati Islam.
Inilah tanggapan yang hampir tepat sekali. Sekiranya ada pandangan yang
menanggap bahawa golongan lelaki sahaja yang perlu menjalankan kewajipan ini,
pandangan ini tidak dapt diterima akal kerana dalam banyak keadaan, peranan
muslimat memang tidak dapat dinafikan lagi terutamanya dalam aspek pentarbiyyah
dan mempersiap anak-anaknya sama ada lelaki dan perempuan agar muncul sebagai
wanita dan lelaki muslim yang sejati.
Bagaimana
mungkin muslimat itu dapat memainkan peranannya jika dirinya sendiri tidak
memiliki dan memahami banyak dari fikrah-fikrah dan akhlak Islamiyyah serta
jahil mengenai hukum hakam syariat. Sudah menjadi keperluan bagi muslimat untuk
keluar rumah kerana menuntut ilmu agama adalah suatu yang wajib. Perkara inilah
yang akan menolongnya kelak dalam menjalankan kewajipan ini. Bahkan dia
(muslimat berilmu ini) jugalah yang selayaknya dan berkemampuan dalam
menyampaikan amanah risalah terutanya dalam rumahtangga.
Terlalu
kecil bilangan dari golongan lelaki yang mampu mengajar isteri-isteri mereka
sebahagian dari ilmu-ilmu syariat. Angka kecil ini tidap dapat menampung
keperluan medan pentarbiyyahan kerana jika mereka mampu pun untuk berbuat
demikian secukupnya serta sepatutnya untuk diluangkan ke arah itu sebagaimana
kenyataan yang kita lihat hari ini. Kita ulangi lagi, adakah tidak perlu
muslimat itu melibatkan diri dalam medan pentarbiyyahan dan mempersiapkan para
wanita muslimat yang lain? Jika sekiranya suami tidak mampu mempersiapkan atau
membentuk isterinya sebagai muslimah yang hakiki, adalah bukan suatu kewajipan
perkumpulan atau organisasi wanita Islam yang menjalankan program-program
tarbiyyah untuk isteri ini. Siapakah yang lebih mampu untuk menjalan kewajipan
ini selain dari wanita juga? Bukankah sewajarnya muslimat sendiri yang akan
mengajar para isteri kewajipan yang bersangkut paut tentang halal haram sesuatu
perkara serta mentarbiyyah mereka agar beriltizam dengan akhlak Islamiyyah?
Ingin
juga difahamkan di sini bahawa perkumpulan wanita Islam seperti ini tidak akan
dapat didirikan melainkan dengan penglibatan wanita muslimat itu sendiri dan
lebih dari itu para muslimat ini tidap mampu melaksanakan kewajipan ini
melainkan dengan keluar dari rumahnya.
Adakah Wanita Mempunyai Peranan Dalam
Politik Islam?
Hukum
asal wanita itu adalah pemimpin di dalam rumah suaminya dan ia menjalankan
kerja-kerja kemasyarakatan yang hanya bersesuaian dengan sifat semulajadinya
sahaj jika keadaan kekeluargaannya membenarkan ia berbuat demikian. Adapun
kerja politik pada asalnya tidak bersesuaian dengan fitrah wanita. Ini dapat
dikuatkan dengan amalan yang dilakukan oleh kebanyakan negara barat yang
membuka ruang yang luas kepada wanitanya mencebur diri dalam medan politik,
namun beberapa orang sahaja yang berani terjun ke dalam medan ini? Tidak syak
lagi bilangan mereka sangat sedikit yang menguatkan lagi bahawa kerja politik
tidak sesuai dengan sifat semulajadi wanita. Manakala menurut Islam pula,
penglibatan di medan politik ini akan membawa kepada pelbagai perlanggaran
syariat yang didorong oleh beberapa method amalan politik masa kini.
Namun
demikian hukum asal menerima pengecualian ketika timbul perkara darurat
sebagimana hukum berperang yang pada asalnya adalah urusan kaum lelaki dan ia
tidak sesuaid engan fitrah wanita. Sebaliknya Islam mengharuskan bagi muslimat
untuk keluar rumah dengan tujuan jihad daan boleh terlibat secara langsung di
dalam peperangan jika sekiranya Islam terdedah kepada bahaya.
Berdasarkan
kepada faktor ini sewajarnyalah
muslimat melibatkan diri dalam medan politik Islam serta gerak kerja yang
melibatkan suasana yang lebih sukar dengan syarat hendaklah ia menjaga
adab-adab yang telah ditetapkan oleh syarak. Jika penglibatan muslimat
termasuk dalam hukum dharurat , maka sudah masyhur di kalangan para fuqaha
bahawa menjaga agama adalah sebahagian daripada perkara yang dharuri. Oleh yang
demikian penglibatan muslimat dalam gerak kerja politik Islam yang
bermatlamatkan untuk menjaga agama dan melaksanakan syariat menjadi harus dan
kemungkinan menjadi satu tuntutan dalam menghadapi ‘sepak terajang’ dunia
politik yang lebih besar dan mencabar lagi. Namun perlulah ditekankan di sini
bahawa kewajipan jihad dan gerak kerja politik
di bahu muslimat adalah termasuk dalam perkara istisna’ (pengecualian)
daripada hukum asal dan ia wajib sentiasa berada dalam lingkungan adab-adab
yang ditetapkan oleh syarak.
Ketetapann Syarak Yang Wajib Diperhalusi
Dalam Gerak Kerja Muslimat di Medan Amal Perjuangan
1. Peranan
dan kerja-kerja muslimat di rumahnya adalah kewajipan yang paling utama.
Penglibatannya di medan amal islami di luar rumah juga satu kewajipan.
Semestinta muslimat mengharmonikan kedua-dua kewajipan ini.
Sewajarnya
suami atau pihak muslimin memberi ruang kepada isterinya untuk melibatkan diri
dalam gerak kerja yang berkaitan dengan kewanitaan Islam. Ini bukanlah satu
sedekah yang sunat diberikan kepada isteri tetapi ia adalah wajib syari’e. Hukum
ini diqiaskan kepada perintah Rasulullah saw kepada golongan lelaki supaya
jangan melarang wanita-wanita mereka keluar rumah kerana hendak ke masjid. Wanita
keluar rumah kerana terlibat dalam gerak kerja Islam adalah kewajipan syara’
berdasarkan kepada kaedah feqhiyyah :
Maksudnya
: tidak sempurna suatu kewajipan melainkan dengan perkara itu maka perkara itu
juga (hukumnya) menjadi wajib.
2.
Berdasarkan kepada penglibatan muslimat bersama-sama wanita-wanita lain di
medan amal Islami akan memberi pulangan yang baik kepada mereka, rumahtangga
dan suami jua. Justeru apabila keluar rumah, itu bermakna mereka belajar
tentang Islam atau mengajarkannya, mentarbiyyah orang lain atau diterbaiyyah
agar mentaati Allah swt dan menuntut keredhaanNya.
3. Jika
suami enggan memberi keizinan kepada isterinya daripada keluar rumah untuk
terlibat dengan gerak kerja Islam ini, maka wajib si isteri mentaati suaminya
dalam apa jua keadaan walupun tujuan keluarnya sesuatu yang dharuri mahupu
wajib, kerana mentaati suami lebih utama dari kewajipan lain apabila berlaku
pertembungan atau pertindihan. Jika suami melarang isterinya kerana sebab-sebab
munasabah tidak mengapa, tetapi jika laranga itu kerana alasan-alasan yang
tidak sepatutunya atau sebab yang tidak memadai, maka suami berdosa melarang
isterinya daripada terlibat dengan amal Islami. Dalam banyak keadaannya pihak
isteri tidak boleh bertentangan dengan suami.
4. penglibatan
muslimat dalam gerak kerja organisasi Islam yang memberikan amanah atau jawatan
tetentu adalah satu perkara yang disyara’kan. Rasulullah saw sendiri telah
menerima bai’ah daripada wanita. Ini merupakan komitmen yang paling tinggi
darjatnya. Jika terdapta sekumpulan muslimat yang saling bersepakat dan
bermesyuarat untuk melaksanakan gerak kerja islam maka ia adalah termasuk dalam
perkara yang disyara’kan. Namun msulimat hendaklah meminta keizinan terlebih
dahulu daripada suaminya untuk terlibta kerana hak suaminya mestilah
didahulukan. Jika suaminya tidak mengizinkan dengan alasan-alasan yang tidak
sepatutunya maka suami berdosa tetapi isteri tetap wajib mentaatinya. Jika
suami mengizinkannya secara sederhana iaitu penglibatan yang tidak berapa aktif
maka wajib ke atas isteri melibatkan diri dalam runag lingkup yang dibenarkan
sahajya yang diizinkan oelh suaminya.
Syarat-syarat
yang ditetapkan oleh syara’ ini bertujuan agar tiada ruang lingkup pertelagahan
antara suami isteri. Jika dakwah dan jihad di jalan Allah swt adalah matlamat
perkahwinan mereka, mereka boleh saling
memahami dan proses mengharmonikan pertembungan dalam pelbagai tanggungjawab
menjadi lebih mudah. Dalam apa keadaan punk ewajipan utama suami ialah mentaati
suaminya. Begitu juga kewajipan utama suami ialah menyantuni isterinya denga
lembut agar berkekalan kasih sayang dan kebahagiaan rumahtangganya. Jika
perkara ini dapt direalisasikan dengan harapan untuk mendapatkan redha Allah
swt maka ia adalah amalan yang beroleh barakah dan suami isteri mendapat pahala
darinya.
InsyaAllah.
p/s : ini sekadar perkongsian ilmu yang dapat ku kongsikan bersama sahabat pembaca. Sebarang kekhilafan boleh bertanya dengan tuan guru tuan guru yang lebih a'lim lagi dalam ilmu siyasah ini. Jangan bertanya dengan orang yang bukan a'lim dengan ilmu ini. Nampak sama tapi berbeza walaupun sedikit.
p/s : ini sekadar perkongsian ilmu yang dapat ku kongsikan bersama sahabat pembaca. Sebarang kekhilafan boleh bertanya dengan tuan guru tuan guru yang lebih a'lim lagi dalam ilmu siyasah ini. Jangan bertanya dengan orang yang bukan a'lim dengan ilmu ini. Nampak sama tapi berbeza walaupun sedikit.
No comments:
Post a Comment