Alhamdulillah,
Alllhum’masolli a’la Muhammad saw
Media
baru menjadi tempat pelbagai perkara dikongsi dalam dunia serba moden ini.
Tidak terkecuali ummat Islam mula berlumba-lumba mencari ilmu dan menyebarkan
ilmu. Alahmdulillah.......... Antara lain yang menjadi topik ilmu yang hangat
dicari dan dikongsi adalah berkaitan aurat.
Dalam
sibuk orang mencari dan menyebar ilmu, ada pula jenis manusia yang
mempersoalkannya lagi. Apa yang dia persoalkan? Ermmm..... (dia kata macam nih,
sahabat semua mesti pernah dengar punyer)
“Aku bukan tak nak tutup aurat, tapi hati tak terbuka lagi nak tutup aurat
la, tak sampai seru lagi...”
(hehehe, macam ingat kan nak tunggu sampai seru maut/ ajal datang).
Aurat
wanita apa sudah jadi? Tanda aras
kejayaan wanita!
Allah
swt dan Rasul-NYA telah mengarahkan seluruh wanita muslimah(yang Islam lagi
beriman) untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.
Justeru,
sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh
orang lain atau terbit dari hati sendiri, dia tetap wajib di sisi Allah swt
untuk melaksanakan kewajiban itu.
Sebagaimana
seseorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United
Kindom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu
di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat
teguran pemandu lain, malah ada kalanya pemandu lain akan segera menelefon
polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.
Atas
sebab itu, pemandu yang asalnya “brutal” di Malaysia, terpaksa berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas
atau apa jua sebab luaran. Hakikatnya, dia mesti berubah, kerana itu
adalah sistem dan regulasi (undang-undang). Mengabaikannya akan membawa
mudharat kepada diri sendiridan pemandu lain.
Sama
seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi (undang-undang) agama
Islam, mengabaikannya akan membawa mudharat spiritual kepada diri sendiri dan
juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram,
akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama wanita tersebut)!
Justeru
itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi penghalang untuk mengerjakan
semua kewajipan agama, termasuk menutup aurat. Ia merupakan arahan Allah
swt dan hak Allah swt untuk menguji hamba-NYA.
Sama
seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa di bulan Ramadhan dan semua
arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau
tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan
menjauhi larangan yang diharamkan tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun
dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap ikhlas.
Apa yang
perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa
melaksanakan perintah menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai tingkat
kedua kesempurnaan ibadah. Tingkat pertama, mesti melaksanakan tuntutan Islam.
Perlu
diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau
separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun
tanggungjawab fizikal yang diwajibkan agama sudah terlaksana secara zahirnya.
Atau kata lainnya, tatkala itu dia sudah terlepas dari dosa melakukan larangan
membuka aurat secara zahirnya.
Namun
jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak solat atas alasan tidak ikhlas,
tidak mahu hipokrit dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya berdosa di
sisi Allah swt secara fizikal dan juga spritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa dua kali iaitu dosa di tingkat pertama, sekaligus di tingkatt
kedua juga.
Malah
lebih musnah lagi apabila dosa tingkat pertama itu sangat mudah bercambah
apabila ia berjangkit dengan orang lain. Ia seperti apabila ada mata lelaki
bukan mahram yang melihatnya, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi
sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun
bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, sekurang-kurangnya di sudah terselamat
daripada cambahan dosa dari mata lelaki.
Kesimpulannya,
“ ingin berubah hasil hati sendiri”, “tidak ikhlas” dan
“tidak mahu hipokrit” itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan
hamba Allah swt agar terus menerus manjauhi kewajipannya.
Sedarilah
agar jangan lagi terpedaya, iangatlah! berterusan dalam melakukan dosa
sedangkan seseorang itu mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar
kemurkaan Allah swt, dan akan menjadikan diri sama sekali tidak mampu berubah
pada satu hari nanti yang diharapkan.
No comments:
Post a Comment