Bersama
Ustaz Idris Ahmad :
Antara
ciri Tarbiyyah yang penting adalah ilmu. Dengan manusia boleh memahami dan
mengetahui ciri-ciri Islam dan perjuangan Islam.
Islam
marah kepada manusia yang hanya ikut cara membuta tuli sahaja tanpa bersandarkan
kepada ilkmu. Firman Allah swt mafhumnya : “jangan kamu berpendirian kepada
perkara yang kamu tidak ketahui”.
Allah
swt Maha Adil : Allah swt tidak menyiksa dan memberi taklif (bebanan) kepada hamba-NYA
yangtidak berakal. Kita sebagai hamba yang berakal wajib belajar tanpa
jemu0jemu. Menjadi suatu hikmat Allah swt telah menurunkan ayat di dalam surah
al-Alaq yang mafhumnya : “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Allah swt yang menciptakan
(sekalian makhluk)”…ila akhiril ayat.
Menjadi
hikmah Allah swt menurunkan ayat yang pertama mengenai ilmu. Oleh itu baginda
Nabi Muhammad saw menitikberatkan kepada para sahabat untuk menuntut ilmu sama
ada bermukim atau musafir. Ketika senang atau susah. Ketika berseorangan atau
ramai. Baginda menjadikan rumah Al-Arqam bin Abi Arqam sebagai pusat pengajian
pada peringkat awal.
Hendak
berjuang bersama PAAS mesti kita ada ilmu dan bermaklumat bukan ikut secara
membuta tuli semata-mata. Kefahaman tidak akan wujud jika kita tidak belajar. Belajarlah
dengan ulama yang beramal dengan ilmunya, semoga datang keberkatan daripada
Allah swt. Menuntut ilmu daripada sumber yang benar dan orang yang mengajar
juga mesti benar-benar beramal dengan ilmunya. Kita tidak boleh belajar dengan
daripada orang yang mengatakan lihat apa yang dia kata, jangan lihat siapa
saya. Sumber ilmu seperti juga sumber air. Jika di hulu airnya keruh, maka
hilir juga akan keruh.
Kita
mesti memahami Islam melalui jalan yang sebenar bukan secara ikutan
semata-mata. Mengetahui daripada sumber yang sebenar, bukan melalui jalan yang
tidak benar kerana kaan membawa satu penyelewengan.
Memahami
Islam dalam tasawwur Islam yang lengkap daripada perkara akidah, ibadah,
akhlak. Wajib mengetahui perkara akhidah, syirik dan perkara yang membatalkan
akidah. Kita tidak mahu ahli PAS hanya mengetahui perkara
membatalkan puasa, membatalkan wuduk, membatalkan solat, tetapi tidak memahami
di sana ada perkara yang membatalkan Islam.
Perlu
memahami Islam sebagai Din Wa Daulah. Orang lebih senang memahami Islam dalam
bentuk ritual semata-mata. Tetapi menolak Islam dalam bentuk kenegaraan. Ini semua
kesan daripada penjajahan pemikiran yang sudah bertapak lama di negara kita.
PAS mengambil masa hampir 40 tahun sejak 1951 untuk memberi kefahaman bahawa dalam
Islam terdapat politik. Sekarang tidak
lagi kedengaran bahawa dalam ajaran Islam tidak ada ajaran politik,. Slogan politik
suku, agama suku sudah tidak kedengaran lagi. Terima kasih kepada ulama dalam
PAS yang tidak jemu-jemu menerangkan konsep Islam Din Wa Daulah kepada masyarakat.
Apabila
belajar hendaklah beramal. Beramal dengan bersungguh0sungguh tanpa penat lelah.
Belajar tidak ada had pencen. Ilmu tidak bertepi dan tidak terbatas. Jadilah kita
orang yang berilmu dan memperjuangkan Islam yang kita pelajari.
Apabila
kita alim, maka hendaklah kita semakin tawaduk, bukan semakin angkuh dan
sombong. Ikutlah resmi padi semakin berisi, semakin tunduk ke bumi. Kerana ilmu
yang kita miliki amat kcil berbanding dengan ilmu Allahs wt. ikut lah akhlak
ulama mazhab yang muktabar, mereka tidak angkuh dengan ilmu malahan semakin
tawaduk. Berilmu menjadikan seorang ahli PAS berakhlak dengan akhlak Islam. Orang
yang berilmu mesti tunduk dan patuh kepada Alllah swt dan tawaduk di dalam
hidup.
Ilmu
menjadikan seorang itu kenal musuh dan kawan. Apabila kita ada maklumat maka
barulah musuh tidak boleh mempermainkan kita. Oleh itu budaya ilmu mesti
disuburkan di dalam PAS. Realiti dalam masyarakat, tempat yang subur dengan
majlis ilmu, kekuatan PAS akan bertapak di situ. Maka berlaku sebaliknya jika
tempat yang suram dari segi majlis ilmu, tempat ini lemah dalam gerakan Islam.
Mereka
yang berilmu, maklumat sentiasa dipertingkatkan dalam pemikiran dan tindakan
terutam sesuai di zamn perkembangan teknologi pantas. Apabila maklumat di
hujung jari, kita mampu membalas serangan musuh berdasarkan ilmu, terutama yang
dilontarkan oleh ulama su’(ulama jahat). Dengan ilmu sahaja kita mampu
menangkis serangan mereka. Zaman sekarang siapa yang mengusai maklumat maka dia
mengusai dunia.
Alhamdulillah
dengan ilmu yang ada kepada ulama PAS telah banyak membuat ijtihad politik
sesuai dengan perkembangan semasa dan syariat. Ulama PAS bukan sahaja memahami
feqah ibadah, malahan memahami feqah politik. Bertolak atas asas ini beberapa
ijtihad politik dilakukan seperti tahalluf siyasi, dan penubuhan Dewan Himpunan
Penyokong PAS (DHPP).
Kesemua
ini bertolak daripada kefahaman dan ilmu yang Alllah swt kurniakan kepada ulama
PAS. Oleh itu penyokong PAS mesti memahami dengan ilmu
bukan dengan semangat. Mereka yang
tidak berilmu akan menentang segala usaha yang diputuskan oleh para ulama. Malahan
ada yang menuduh PAS telah terkeluar daripada manhaj perjuangan Islam.
InsyaAllah semoga kita tergolong di kalangan orang yang cinta kepada ilmu.