PEMIKIR UMMAH

Friday, 26 April 2013

Nadwah Ulama Rumus Sebab Tolak BN Pada PRU13


KUALA LUMPUR: 24 April 2013 : Nadwah Ulama dan Kepimpinan NGO Islam yang terdiri dari tuan-
Tuan Guru Hj Saleh Musa
tuan guru, ulama dan pemimpin NGO Islam dari seluruh negara bermuafakat bahawa perubahan pemerintahan di peringkat Pusat dan negeri dalam PRU13 adalah suatu tuntutan kepada umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya.


Dengan isu-isu yang berbangkit sepanjang 1999 hingga 2013, Nadwah yang dihadiri lebih 400 alim ulama dan 16 NGO Islam seluruh negara berlangsung di Alor Setar, semalam.

Turut hadir adalah Tuan Guru Haji Saleh Bin Musa selaku Mursyid Nadwah(gambar), Syeikh Mohd. Zainol Asri Romli, Tuan Guru Haji Abdul Majid Abu Bakar An Nadwi, Tuan Guru Haji Abdul Wahab Hassan, Tuan Guru Haji Abdullah Lebai Samah Bukit Lada, Tuan Guru Haji Mohd Rejab Md. Akhir, Syeikh Mohd. Rodi Abdul Rahman Al Hafiz, Tuan Guru Khairul Anuar Shafii, Tuan Guru Haji Mohd. Nasir, Mohd Azmi Abdul Hamid, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Tuan Guru Haji Ahmad Abdullah, Tuan Guru Haji Yusuf Husin Pondok Penyarum dan Dr. Muhammad Fauzi Zakaria.

Para ulama, tuan guru dan pemimpin NGO Islam bersepakat bahawa kuasa pemerintah perlu berubah tangan pada PRU13 ini demi menyelamatkan negara dari terus menuju kepada kepincangan dan penyelewengan dalam urustadbir negara.

Mereka yang telah memegang kuasa telah mengkhianati mandat rakyat dengan pelbagai penyalahgunaan kuasa dan pembolotan kekayaan negara di kalangan pemimpin elit negara.

Isu berikut adalah alasan kenapa rakyat perlu menolak BN dan memberi mandat kepada gabungan parti alternatif dari Pakatan Rakyat untuk menerajui pemerintahan Pusat dan negeri dalam PRU13:

1. BN mempertajamkan sentimen agama dengan membiar pihak tertentu untuk menimbulkan konflik,

2. Sentimen perkauman sempit  semakin diapi-apikan oleh BN yang akan menghancurkan negara.

4. Status agama Islam tidak bertambahbaik malah semakin terjejas akibat dasar nasionalisme sempit dan faham sekular yang diamalkan oleh pemerintah.

5. Campur tangan dalam institusi awam oleh parti politik yang keterlaluan.

6. Perbelanjaan kewangan negara yang tidak telus,

7. Membenarkan politik lucah, politik wang dan politik mengaibkan yang semakin mengotorkan demokrasi,

8. Membenarkan penghakisan budaya hidup dan kelunturan aqidah umat Islam dan kerosakan moral masyarakat yang semakin parah,

9. Menyalahurus ekonomi negara sehingga menyebabkan kos hidup rakyat meningkat, beban hutang negara meningkat kepada lebih RM500 bilion

10. Penswastaan keperluan hidup asasi rakyat sehingga merumitkan kehidupan golongan berpendapatan rendah,

11. Amalan rasuah, kronisme dan nepotisme yang semakin parah,

12. Kos hidup yang melibatkan makanan asas, khidmat kesihatan, khidmat pengangkutan, kos pendidikan, perumahan yang semakin meningkat,

13. Keselamatan sosial yang semakin tidak terjamin,

14. Gejala keruntuhan akhlaq generasi muda yang semakin serius,

15. Perbelanjaan kerajaan yang mencatat salahurus agensi kerajaan seperti yang dilaporkan oleh Audit Negara berulang setiap tahun,

16. Keyakinan rakyat kepada agensi awam yang semakin luntur,

17. Politik kotor, politik wang, politik samseng dan politik lucah menjadi-jadi,

18. Kebocoran wang haram yang berjumlah berbilion ringgit keluar negara yang merugikan pendapatan negara dari segi cukai,

19. Salahurus penggunaan tabungan awam seperti KWSP, Tabung Haji, Tabung Tentera,

20. Korporat penting negara seperti TNB, Petronas , Telekom, MAS, PNB yang disalahurus kerana campurtangan politik  yang menyebabkan ada yang rugi dan ada yang disalahguna,

21. Pelbagai agensi awam diujudkan tetapi telah membebankan perbelanjaan negara tanpa memberi pulangan yang kepada rakyat seperti yang sepatutnya

22. Kedaulatan negara terjejas akibat kelemahan pertahanan negara yang menyebabkan banyak khazanah negara dicerobohi dan kuasa besar seperti Amerika Syarikat terus mengguna kesempatan untuk menguasai ekonomi danolitik negara

23.Sektor media awam disalahguna sehingga kredbiliti agensi media awam terjejas teruk akibat campurtangan parti politik pemerintah yang melampau.
Pendukung deklarasi ulama.

NGO-NGO

1. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura)
2. Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)
3. Persatuan Ulama Kedah (Puk)
4. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
5. Teras Pengupayaan Melayu (Teras)
6. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
7. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah)
8. Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa)
9. Pertubuhan Darul Mustafa Negeri Kedah (Darul Mustafa)
10. Women’s Initiative For Research, Development & Advancement (Wirda)
11. Persatuan Kebajikan & Pendidikan Pelajar Islam Kedah (Persida)
12. Yayasan Paksi
13. Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah)
14. Gerakan Sokong Syariah (Gesa)
15. Institut Pengembelingan Komuniti (Impak)
16. Institut Penyelidikan Syariah Malaysia (Isra)

Pondok dan sekolah agama
  1. Madrasah Al Rahmaniah Sik
  2. Maahad Darul Muhajirin Gajah Teriak
  3. Madrasah Darul Muhtadin Jeniang
  4. Madrasah Manabi’ Al-Ulum Al-Diniah Telaga Batu Jitra
  5. Madrasah Ahmadiah Addiniah Al Islamiah Pondok Ahmad Nahu
  6. Madrasah Al-Zuhudiah Parit Panjang
  7. Madrasah Ahmadiah Bukit Pinang
  8. Madrasah Islahiah Pondok Ustaz Adnan
  9. Madrasah Nurul Islam Charok Tok Uban Sik
  10. Ribat Nasrul Muhajirin Kg.Permatang Kaka
  11. Al Madrasah Al Imaniah Ad Dalawiyah Kg. Padang Buluh Nipis
  12. Madrasah Addiniah Al-Mardiyah Pondok Sg.Kob
  13. Maahad As-Syatirie Kg Sg. Dedap Yan
  14. Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Al-Wataniah Kg Begia, Sik
  15. Madrasah Darul Ulum Al Barakah Kg Batu Besar Sik
  16. Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah Kg. Sungai Mati Lepai
  17. Madrasah Takwiyatul Islamiah Pondok Bukit Lada
  18. Pondok Tn.Guru Hj.Hussin Dol Guar Chempedak
  19. Madrasah Tahzib An Nufus Pondok Ust.Awang Lanai
  20. Madrasah Al-Hidayah Al-Hukmiah Pondok Permatang Nibong
  21. Madrasah Munawwarah Parit Panjang, Baling
  22. Madrasah Al-Falah Al-Samaniah Ad-Diniah Pondok Alor Janggus
  23. Madrasah At-Tarbiah Pondok Kg. Landai
  24. Pondok Darul Saadah Sg Limau Baling
  25. Pondok Semeling
  26. Pondok Hj Wan Soleh Jitra
  27. Pondok Penyarum Baru Tobiar, Pendang
  28. Madrasah Jaafarul Hasanah Lepai
  29. Pusat Pengajian Tarbiyatul Auladiyah Kilim Langkawi
  30. Sek Men Islam Darul Ulum (Smidu) Pokok Sena
  31. Madrasah At Taklimiah Al Khairiah Tok Keling,
  32. Sek Men Agama Al Baqiyatussolihat Langkawi,
  33. Madrasah An Nur Al Islamiah Gajah Mati Pendang
  34. Akademi Islam Haji Abdullah Suboh Kota Kuala Muda,
  35. Sekolah Menengah Agama Ihsaniah Belantik Sik,
  36. Sek Men Agama Makarimul Akhlak Langgar
  37. Maahad Tarbiah Islamiah Derang
  38. Madrasah Zubaidiyah Merbok
  39. Pusat Pendidikan  Al-Islah Pinang Tunggal
  40. Madrasah Nurul Hidayah Kg.Tembak K.Ketil
  41. Markaz At Ta'lim Wat Tarbiah Pondok Bandar Hilir
  42. Madrasah Saadatul Wathoniah Kg. Tembak K.Ketil
  43. Madrasah Misbahul Falah Parit Panjang
  44. Madrasah Nurul Islah Parit Panjang
  45. Maahad Tahfiz Al-Fityan Yan
  46. Maahad Tahfiz Al Quran Yayasan Al Huffaz Parit Panjang
  47. Institut Pendidikan Islam & Tahfiz Al-Quran Abada Parit Panjang
  48. Pusat Tahfiz Al Amin Lunas
  49. Pusat Pengajian Islam Maahad Raudatul Ulum Serdang,Kedah
  50. Maahad Tahfiz Mutmainnah Sungai Petani
  51. Ma'ahad Al-Imam Al-Syafie Pendang
  52. Maahad Tahfiz Al-Barakah Tikam Batu,Sg Petani
  53. Maahad Qiraat Amal Aimy Dzalifah
  54. Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin Kulim, Kedah
  55. Maahad Tahfiz Saidina Abu Bakar Kuala Nerang, Kedah
  56. Maahad As Solehah Kuala Kangkong Alor Setar
  57. Sek. Agama At-Toyyibah Changlun
  58. Madrasah Islahiah Diniah Memali Baling
  59. Sek. Ren. Islam Darul Ulum (Sridu) Tandop Alor Setar
  60. Sek. Integrasi Faizin (Saif) Guar Chempedak
  61. Sek. Ren Islam Darul Ulum (Sridu) Langkawi
  62. Sek. Ren Islam Burhanuddin Al-Helmi Alor Star
  63. Sek. Rendah Islam An-Nur Gajah Mati Pendang,
  64. Sek. Ren Islam Darul Ulum (Sridu) Kupang, Baling
  65. Sek. Rendah Islam Raudhatul Muslimin Sg. Kembal Kuala Ketil
  66. Sekolah Rendah An-Naim Kuala Ketil
  67. Sek. Rendah Darul Hijrah Mukim Siong Baling

Saturday, 23 February 2013

Konsep Kebebasan Pada Kaca Mata Islam


YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,22 Feb 2013

Antara dasar penting Negara Islam, ialah memberi hak kebebasan kepada rakyat sesuai dengan fitrah manusia kerana ia merupakan keperluan hidup manusia. Semua makhluk di dunia ini mempunyai fitrahnya yang tersendiri. Islam menjamin kebebasan manusia kerana dalam Islam tiada sebarang paksaan walaupun dalam soal agama. Tidak ada paksaan ke atas manusia untuk menganut Islam walaupun telah jelas agama yang lain daripada Islam adalah agama yang tidak benar. Islam memberikan kebebasan berfikir tanpa mengganggu kepentingan orang lain, memberi kebebasan bekerja untuk keperluan manusia.

Islam melihat manusia itu dengan adil dari segi kemanusiaan dan asal-usul mereka secara menyeluruh. Iaitu daripada keturunan Adam tanpa mengira keturunan menurut kasta yang direka-reka atau warna kulit dan bangsa.

Mereka diberi hak yang sama sebagai rakyat dalam negara Islam untuk mendapat keadilan melalui kebebasan walaupun mereka tidak menganut agama Islam. Orang yang bukan Islam turut dipelihara hak peribadiriya, harta bendanya dan maruahnya dalam perkara yang tidak menjejaskan kepentingan umat Islam dan penganutnya.

Kebebasan menganut agama Islam adalah satu-satunya agama dan cara hidup yang benar. Allah menyebut perkara ini dalam al-Quran seperti firman-Nya dalam ayat 19 surah Ali Imran yang berbunyi:

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisab-Nya."

Tegas Allah lagi dalam surah yang sama ayat 85 yang berbunyi:

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi."

Islam yang sebenar adalah suatu keyakinan di dalam hati dan perkara ini tidak berlaku dengan paksaan, kerana paksaan hanyalah akan membanyakkan golongan munafik. Sebuah pemerintahan Islam tidak memaksa rakyatnya yang bukan Islam supaya menganut Islam.

Mereka dibenarkan untuk memilih agama mereka dan beramal dengan adat resam mereka. Mereka juga dibenarkan mengamalkan peraturan-peraturan yang berhubung dengan kekeluargaan seperti nikah kahwin, makan-minum dan Iain-lain selagi tidak mengganggu kepentingan umum.

Sejarah telah membuktikan bahawa orang yang bukan Islam bebas beragama ketika Islam memerintah dan berkuasa pada zaman kegemilangannya. Peperangan berlaku pada awal penaklukan kerana Islam ditentang hebat dengan kekerasan bersenjata dan kebebasan dakwahnya diganggu-gugat oleh pihak musuh.

Selepas musuh berjaya dikalahkan, negeri-negeri yang bukan Islam dibebaskan daripada kerajaan yang zalim sebelumnya. Rakyatnya yang ada di dalam negara tidak dipaksa menganut Islam, harta benda mereka tidak dirampas, gereja-gereja tidak dirobohkan, cara hidup mereka tidak diganggu, bahkan mereka dilayan dengan adil, lebih baik daripada pemerintah yang sebangsa dengan mereka.

Tidak ada sebarang paksaan walaupun pada masa itu kekuatan bala tentera boleh digunakan untuk kekerasan dan paksaan. Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah SAW dan Para Sahabat yang memerintah pada masa itu sentiasa berpesan dalam perkara ini. Perkara ini tidak berlaku apabila orang bukan Islam menguasai mana-mana negeri di dunia ini. Hakikat ini disedari oleh orang yang mengkaji sejarahnya dengan jujur, penuh kesedaran, beretika dan berdisiplin.

Kebebasan Nasihat

Islam meletakkan nasihat sebagai perkara penting dan menjadi kewajipan semua orang dalam negara Islam. Nasihat mempunyai kaitan yang erat dengan ajaran Islam sehingga Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), "Agama itu nasihat, para sahabat bertanya, untuk siapa? Rasulullah SAW menjawab: Bagi Allah, bagi Rasul-Nya, bagi kitab-Nya, bagi pemimpin-pemimpin orang Islam dan orang ramai dalam kalangan mereka."

Setiap khalifah Islam dalam kalangan khalifah-khalifah ar-Rasyidin yang dilantik sentiasa memberi nasihat dan menerima nasihat. Kebiasaan nasihat menasihati sering dilaksanakan sehingga tiap-tiap orang khalifah menyebut perkara itu dalam ucapan sulung mereka apabila memegang teraju pemerintahan Islam.

Abu Bakar As Siddiq pernah menegaskan dalam ucapan sulungnya, "Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah dipilih menjadi ketua kamu, pada hal aku bukanlah orang yang paling baik dalam kalangan kamu, oleh itu sekiranya aku betul, maka tolonglah aku, dan sekiranya aku terpesong, maka perbetulkanlah aku."

Sementara Umar bin al-Khattab pula pernah menegaskan, "Apabila kamu nampak aku melakukan penyelewengan, maka perbetulkanlah aku."

Mereka tidak memarahi orang yang menegur dan memberi nasihat, malah mereka bersedia untuk mendengar nasihat walaupun daripada seorang rakyat biasa yang dhaif. Mereka tidak sombong diri apabila nasihat itu tidak menepati kebenaran, sebaliknya mereka mengemukakan cara Islam yang menjadi amalan kepada orang lain.

Kebebasan nasihat ini boleh menjalinkan hubungan yang erat antara rakyat dengan pemimpin yang menjadi salah satu daripada punca kekuatan negara.

Hanya mereka yang zalim tidak membenarkan nasihat, tidak bersedia menerima nasihat dan melakukan tekanan kepada orang yang memberi nasihat. Apabila kebebasan menyuarakan nasihat dan pandangan yang baik dibelenggu, negara akan dilanda oleh kelemahan-kelemahan yang banyak.

Pemimpinnya boleh bertindak sewenang-wenangnya pada hal perkara ini bercanggah dengan ajaran Islam. Islam tidak pernah membenarkan pemimpinnya berlagak menjadi tuan kerana mereka sebenarnya adalah hamba yang dibebankan kepadanya amanah Allah untuk menegakkan keadilan Allah kepada seluruh negara.

Kaedah-Kaedah Kebebasan

Terdapat beberapa kaedah kebebasan yang dapat diamalkan di dalam negara Islam. Antara kaedah-kaedah itu ialah:

Kebebasan dalam negara Islam itu menjadi sebahagian daripada ajaran Islam. la dibina atas dasar kewajipan mematuhi perintah agama, bukannya mengikut kemahuan hati.

Pemerintah Islam mesti sentiasa memberi perhatian kepada rakyat dalam setiap tindakan. Rakyat pula mestilah mentaati pemimpin secara mutlak selagi ia taat kepada ajaran Islam.

Kebebasan itu hendaklah seiring dengan ajaran Islam dan bukannya mengikut kemahuan. Ia mestilah dalam batas-batas sempadan ajaran Islam sama ada dari segi halal dan haram atau dari segi membawa kebaikan dan menolak keburukan. Semua ini perlu supaya kebebasan itu tidak menjadi hanyut atau disalahgunakan.

Negara hendaklah memberi galakan supaya peluang kebebasan itu direbut oleh semua pihak. Bermakna bukan dirasai oleh pihak pemimpin tetapi juga oleh pihak rakyat, upaya perkara-perkara yang membina dan membawa kebaikan dapat berkembang dan sentiasa tumbuh dengan baik dari semasa ke semasa.

Kepimpinan negara hendaklah bersifat sabar dalam menghadapi karenah rakyat yang pelbagai. Kemungkinan ada orang yang tidak beradab dan memberi pandangan dengan cara yang tidak bersopan dan kadang-kadang memberi pandangan yang tidak betul.

Kebebasan pula tidak boleh disalahgunakan sehingga menimbulkan perpecahan, tindas menindas dan tipu menipu dalam masyarakat. Islam mewajibkan ketaatan kepada pemerintah dan bersabardi atas kezaliman selagi tidak melakukan kufur yang nyata, dan mudarat yang lebih besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics