PEMIKIR UMMAH

Tuesday, 2 August 2011

Perspektif Salah Di Bulan Ramadhan

Ramadhan merupakan satu bulan yang tidak pernah asing bagi ummat Islam, bahkan orang-orang kafir juga sudah mengetahui bahawa pada bulan Ramadhan ini ummat Islam di wajibkan menunaikan fardhu puasa.

Bulan Ramadhan telah mendapat kedudukannya sebagai penghulu segala bulan yang begitu tinggi darjatnya.
Sebagaimana kita ketahui orang nombor 1 di negara kita Malaysia atau di mana-mana selaku Perdana Menteri merupakan rebutan orang ramai dan sanjungan orang ramai.

Hairannya kenapa kita tidak berlumba-lumba dalam merebut amalan yang akan digandakan pahalanya pada bulan penghulu segala bulan ini, dengan 70 kali ganda bagi ibadat fardhu dan ibadat sunnat disamai dengan menunaikan ibadat fardhu!.

Di sini ingin diajukan pendapat bagi membuang suatu pemikiran yang telah lama tersimpan di benak fikiran  ramai di kalangan kita.

Apa perspektif salah itu...????? inilah yang dikatakan oleh ramai orang pada masa kini  “ cergas nampak! Tak nampak penat pun ko! Ha! Nih mesti tak puasa kan “

Yakin dan percaya sesiapa yang membaca  artikel ini pasti pernah mendengar apa yang dikatakan di atas bukan. Tanya hati.......serasa-rasa betul atau tidak apa yang dikatakan itu.

Semestinya salah, kerana orang yang berpuasa sepatutnya lebih bertenaga dan cergas. Bukannya monyok seperti hendak habis hayat hidupnya. Tidak begitu bukan?. Dalam keadaan lemah juga mampu menyebabkan kita berfikiran ibarat kita diseksa dalam bulan yang mulia ini, dan inilah yang sangat bahaya orang yang berfikiran sebegitu!

Allah sudah berjanji bagi orang yang berpuasa akan bertambah sihat kesihatannya, bukan bertambah penyakit (penyakit semakin kurang adalah) bahkan akan lebih aktif untuk kita melakukan ibadah kepada-NYA.

Lihat sahaja contoh kemenangan ummat Islam di zaman Rasulullah ketika berperang, mereka-meraka ini semuanya berpuasa ketika tibanya hari berperang. Dan terbukti Islam mampu menang walaupun dalam keadaan berpuasa, inilah janji Allah yang tidak pernah dimungkiri.

Akhirnya dapat kita simpulkan bahawa tidak sepatutnya orang-orang Islam sendiri yang mengatakan orang yang cergas dan aktif ketika bulan Ramadhan itu adalah orang yang tidak berpuasa.

Sepatutnya kita jadikan orang yang cergas ini sebagai teladan kita agar kita tidak lemah dan lebih bersemangat dalam menunaikan ibadah puasa. Sebarkanlah kepada semua agar kita tidak duduk dalam lingkungan orang yang sentiasa berfikiran salah. PERBETULKANLAH !!!!!!

*disini saya bawakan sebuah pantun kepada semua pembaca*


REJAB bulan menabur benih
SYAABAN bulan menyiram tanaman
RAMADHAN bulan menuai

REJAB menyucikan badannya
SYAABAN menyucikan hatinya
RAMADHAN menyucikan rohnya

REJAB bulan maghfirah (keampunan)
SYAABAN bulan syafaat
RAMADHAN bulan menggandakan kebajikan

REJAB bulan taubat
SYAABAN bulan muhibbah
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah

REJAB diganda 70 amalan
SYAABAN diganda 700 pahala
RAMADHAN diganda 1000 pahala

1 comment:

  1. assalamualaikum, akhi syafiq.

    subhanallah, post pertama sudah menyentuh isu ummah..subhanallah, teruskan akhi.

    ana menyokong segala tulisan akh dengan penuh doa semoga akh terus istiqomah dalam penulisan dan perjuangan, amen.

    salam singgah ramadhan syafiq. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics