PEMIKIR UMMAH

Tuesday, 19 July 2011

Mahasiswa Pencetus Reformasi Gerakan Rakyat

Tidak berapa lama masa yang lalu, satu forum yang bertajuk VOICE OF TOMORROW, bertempat di dewan purnama, pengkalan chepa telah diadakan.

Ahli panel yang telah ditampilkan,ialah Hj. Mohammad Sabu (Timbalan Presiden PAS), Ahmad Syazwan (Presiden GAMIS), dan Mohd Faizal Che Yusof (Peguam Hak Asasi).

Forum ini diadakan secara tertutup, tahu-tahu sahajalah apa tindakan yang tidak peri kemanusiaan akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika diketahui nanti.

Terlalu banyak perkara yang disentuh mengenai negara kita sendiri yang terlalu teruk keadaannya. Tidak akan dirasai oleh orang yang mati hati, orang yang terlalu mengampu pemimpin mereka walaupun dirinya ditindas, asalkan wang mereka terima.......

Tetapi apa yang di petik dari pelbagai mutiara yang dilontarkan, hanya beberapa perkara ingin  dikongsikan bersama di sini adalah mengenai mahasiswa.

Ramai sudah remaja yang memasuki alam mahasiswa, dalam keadaan dunia yang serba moden berbanding ibu bapa, tok nenek moyang kita pada masa yang lampau.
Walaupun dalam keadaan sudah berteknologi ini pun, masih ada lagi yang berfikiran kolot dan jauh terkebelakang.

Kronologinya apa yang sepatutnya mahasiswa perlu ada dan bertindak, agar menjadi menjadi seorang mahasiswa lain dari yang lain. Agar tidak menjadi mahasiswa yang (nampak luarannya bebas dari cengkaman apa sekalipun, sedangkan pemikiran mereka sedang dijajah).

Peri pentingnya bagi mahasiswa pada masa kini, perlu mempunyai Intelektualisme, Idealisme, dan Aktivisme.

Intelektualisme

Setiap mahasiswa perlulah aktif dalam mencari dan menimba ilmu. Perkara ini amatlah penting bagi mahasiswa agar fikiran mereka dapat dimerdekakan daripada dijajah.

Menuntut ilmu amatlah digalakkan, bahkan di dalam Islam itu mewajibkan ummatnya menuntut ilmu, sebagaimana mafhum hadith nabi s.a.w “ Tuntutlah Ilmu Sejak Kamu Di Dalam Buaian Hingga Ke Liang Lahad (kubur)”.

Ilmu yang diperolehi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, seterusnya adalah untuk membantu masyarakat memahami situasi atau keadaan sekarang, tidak seperti dahulu lagi.

Idealisme

Ini merupakan salah satu cara untuk mahasiswa menafaatkan ilmu yang diperolehi.
Ilmu yang diperolehi hendaklah diolah dengan mengeluarkan idea-idea yang bernas mengikut situasi tertentu.

Contohnya :, apabila berlaku peristiwa BERSIH 2.0, maka mahasiswa sepatutnya orang yang pertama mengambil bahagian mendahului golongan veteran. Seperti, mahasiswa yang mengambil coast ekonomi, berbincanglah dengan rakan pelajar yang sama coast  mengenai keadan ekonomi peniaga-peniaga sama ada akan untung atau mendapat untung yang berlipat kali ganda apabila demonstrasi jalanan diadakan.

Bagi yang mengambil coast syariah atau usul fiqh, buatlah penyelidikan akan hukum demonstrasi, kemudian keluarkan kenyataan umum mengenai hukum demonstrasi, agar rakyat yang beragama Islam tidak merasa was-was untuk turut turun padang bersama.

Mahasiswa yang mengambil coast pengurusan dan sosial, bolehlah berbincang mengenai keadaan negara apabila demonstrasi jalanan diadakan, sama ada boleh menjejaskan keamanan negara atau tidak.

Dengan ilmulah akan membolehkan mahasiswa mengeluarkan idea sedemikian.

Aktivisme

Sebagai orang muda yang gagah perkasa, sepatutnya mestilah lebih bergerak aktif dalam mendepani cabaran semasa berbanding golongan veteran.

Lihat sahaja apabila kota konstantinopel dibuka, remaja bukan? Kerajaan rejim hosni mubarak, ditumbangkan dengan demonstrasi anak-anak remaja bukan?.

Apabila remaja sudah mempunyai banyak ilmu, mampu mengeluarkan idea-idea yang realistik dan konpetitif, kenapa tidak sahaja untuk bersama masyarakat.

Apa yang di inginkan, bukan sahaja bersama, tetapi mengepalai setiap permasalahan-permasalahan yang dihadapi masyarakat.

" Tidak pernah kami lihat ataupun dengar hal seajaib ini. Muhammad al-Fateh menukar darat menjadi lautan dan melayarkan kapalnya di puncak gunung, bukannya di ombak lautan. Muhammad al-Fateh dengan usahanya mengatasi Maharaja Dunia Alexander The Great "

 (kenapa kita mesti tidak boleh lakukan lebih dari ini)

~ MAHASISWA PENCETUS REFORMASI GERAKAN RAKYAT ~

Monday, 18 July 2011

Kebetulan @ Disengajakan

kotak dalam ruangan di INI PINK ditulis
(baju pink atau putih dikatakan baju biasa bagi Queen Elizabeth menyambut pembesar, kenapa Najib disambut lain. Bunga pun KUNING.)

KUNING!!!!!!!!!!!
Kenapa mesti takutkan KUNING...........
Kenapa mesti trauma dengan KUNING....
Apa..la...punya pemimpin, takut ngan warna.
Sepatutnya takutlah dengan Sang Pencipta warna KUNING ini !!!!!!!!
Takutlah dengan syariat@peraturan yang ditetapkan oleh Sang Pencipta warna KUNING ini !!!!!!!

Sunday, 17 July 2011

Patut Memuji !!!

Mafhumnya “ SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM ” – 
(surah Al-Fatihah,ayat 2)

mari dengarkan lagu ini sebentar
 
Alif Lam bagi Alhamdulillah menunjukkan aliflam istiqraqiyyah, yang menunujukkan segala dan semua pujian atau pujaan yang difahami makhluknya adalah hanya layak bagi Allah s.w.t tuhan sekalian alam.
Tetapi malangnya kenapa masih ada manusia yang memuji manusia mengatasi daripada memuji kepada Allah s.w.t. Sedangkan Allah yang menciptakan dia dan seisi dunia ini.
Ramai yang memuji akan pemimpin atau kerajaan mereka yang mengurus tadbir negara mereka.
Pemimpin yang hanya baru memerintah 50 tahun berbanding dengan Allah yang telah mengurus tadbir alam sejak sekian lamanya sebelum tok kita nabi adam diciptakan lagi.
Manusi yang mengurus baru satu negara dengan hanya baru 50 tahun sudah banyak cacat celanya (sama ada dari segi membina, mengurus, kemasukan, atau pengeluaran), sedangkan Allah sudah sekian lama mengurus tadbir alam sekian lamanya, tiada satupun mempunyai kesilapan serta kekurangan.
Tetapi tuhan  yang sama sekali tidak ada cacat celanya serta kekurangan dalam mengurus tadbir alam ini tidak dipuji, pemimpin yang banyak cacat celanya, banyak rasuahnya, banyak penipuannya itulah yang dipujinya juga.
SEDARLAH............
Bukan itu sahaja, bahkan Allah memberi peluang kepada makhluknya untuk mencari apa yang tidak kena dengan urus tadbir Allah s.w.t kepada kita, (sudah pasti akan penatlah makhluknya untuk menjumpai cacat celanya dalam urus tadbir Allah kerana memang tiada satu pun something wrong yang diuruskan Allah untuk makhluknya, bahkan Allah itu Maha Pemurah)
Bayangkan kalau pemimpin kita membuka ruang kepada rakyatnya untuk memberi comment,pendapat atau pandangan. Erm....sudah pasti tidak terjawab pemimpin kita. Panjang lebarlah surat yang akan diterima dari rakyatnya.
Lihat pula bagimana pemimpin yang menguruskan untuk pembinaan stadium atau sebagainya, baru hanya 2 tahun sudah runtuh tetapi ciptaan Allah seperti matahari tidak pernah luntur warnanya, bumi yang sudah tua usianya tetpai tidak menampakkan penuaannya dari segi zahir. Jadi kenapa kita mesti untuk mengampu pemimpi kita lebih dari Allah s.w.t.
Segala-gala puji mestilah kembali hanya kepada Allah s.w.t sekalipun orang memuji kita, kerana kebaikan yang kita perolehi tidak lain tidak bukan datangnya dari Allah sama ada air,makanan, udara dan sebagainya.
Ini tidak Allah yang menciptakan air, satu sen pun tidak perlu dibayar, tetapi manusia yang menguruskan air pula yang mengenakan bayaran (sudah la dikenakan bayaran, ditambah pula dengan mahalnya bayaran yang dikenakan). Dia ingat air tu air dia? Dia hanya memasang saluran paip air sahaja, yang menguruskan air sahaja bukan yang menciptakan air.
FIKIRKANLAH.........
Tidak salah untuk kita untuk memuji kepada manusia, tetapi hanya sekadar untuk menjaga hati, sebagi muamalat kita dengan manusia. Kerana segala puji kembali dan hanya bagi Allah s.w.t sekalipun kita memuji manusia.

~ KITA BERIBADAT UNTUK MEMUJI ALLAH, BUKAN UNTUK DIPUJI~

Wednesday, 13 July 2011

LYNAS @ GEBENG (KUANTAN). Kenapa Kami Bantah ??

  1. ~ Merbahaya kepada 10,000 penduduk yang berada dekat dengan kilang Lynas
  2. ~ Pembuangan radioaktif di Kuatan, walaupun 5% tetapi ia boleh memberi kesan seperti kanser dan kecacatan
  3. ~ Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan  20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak. Ini adalah 10 kali lebih tinggi daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan.
  4. ~ Bahaya radioaktif dapat dilihat selepas tsunami di Fukushima, Jepun. Walaupun mempunyai kelengkapan yang canggih, jauh berbeza dengan malaysia. Adakah Malaysia setanding dengan Jepun.
  5. ~ Kalau tidak merbahaya kenapa Australia tolak. Bahan mentah dibawa daripada Australia jarak 2,500 kilometer. Sudah tentu merbahaya kepada negara mereka, kenapa pula Pahang mencari maut.
  6. ~ Kesan pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif hanya akan dilihat 30tahun akan datang apabila berlaku pencemaran sisa buangan jika berlaku kebocoran.
  7. ~ Pengalaman ngeri daripada loji Asia Rare Earth (ARE) Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Ipoh yang dikatakan menyebabkan sekurang-kurangnya 6 kes leukimia di kalangan masyarakat setempat sebelum ditutup pada 1992 ekoran protes awam.
  8. ~ Apa rasional pula diberikan pengecualian cukai kepada syarikat ini selama 12 tahun. Maknanya, syarikat untung, nyawa rakyat dilelong. Kenapa terlalu murah hati walaupun projek ini adalah lombong maut
    ANTARA GAMBAR-GAMBAR BANTAHAN
    TERHADAP LYNAS









     9.  ~ Bagaimana keadaan air kumuhan yang keluar daripada kilang yang mempunyai kuasa radioaktif? Apakah jaminan ia boleh selamat kepada penduduk sekitar Kuantan.
    10.  ~ Semua negara maju menolak projek ini, kecuali China sahaja.
    11.  ~ Kerajaan Terengganu menolak projek ini pada tahun 2007, kerana memahami ini bahaya kepada nyawa manusia. Kenapa ahang berdegil mahu menerimanya?
    12.  ~ Kita kekurangan tenaga pakar dan isu keselamatan pemprosesan nadir bumi yang sisanya mempunyai kesan radioaktif.
    13.  ~ Ia akan memberi impak pada industri pelancongan yang menjadi kebanggaan negeri pantai timur itu terutama di kawasan pantai.
    14.  ~ Ia juga akan memberi kesan kepada industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan.
    15.  ~ Kebarangkalian loji nadir bumi akan mengakibatkan para ibu melahirkan BAYI CACAT.

    berikut merupakan antara kesan-kesan ASIAN RARE EARTH (ARE) di Bukit Merah, Ipoh, Perak, yang telah ditutup 20 tahun yang lepas.






    PAS, Pakatan Rakyat dan NGO membentuk badan bertindak untuk menentang projek Lynas. Cuma tinggal ialah UMNO sahaja yang menyokong. Paling kelakar sekali ialah Tok Empat UMNO memebri taklimat kepada penduduk kampung, projek ini tidak merbahaya hasil penerangan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada beliau.

    Sunday, 10 July 2011

    Peludah Warna

    Kuasa gusar kini menggelegak murka;
    warna kuning diisytihar racun terbisa.
    Diragutnya baju-T segeram tenaga
    dan diumum itulah busana bahaya.

    Tapi, kita jahit semula perca kain,
    menjadikannya panji terindah dan tulen.
    Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
    kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

    Kini cahaya mentari mungkin diramas
    dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
    Memanglah mereka kini peludah warna
    sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

    Kerana nikmat amat lama berkuasa,
    kuasa pun seolah menjadi hartanya.

    A Samad Said
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


    Get ISLAMIC-Graphics