Tidak berapa lama masa yang lalu, satu forum yang bertajuk VOICE OF TOMORROW, bertempat di dewan purnama, pengkalan chepa telah diadakan.
Ahli panel yang telah ditampilkan,ialah Hj. Mohammad Sabu (Timbalan Presiden PAS), Ahmad Syazwan (Presiden GAMIS), dan Mohd Faizal Che Yusof (Peguam Hak Asasi).
Forum ini diadakan secara tertutup, tahu-tahu sahajalah apa tindakan yang tidak peri kemanusiaan akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika diketahui nanti.
Terlalu banyak perkara yang disentuh mengenai negara kita sendiri yang terlalu teruk keadaannya. Tidak akan dirasai oleh orang yang mati hati, orang yang terlalu mengampu pemimpin mereka walaupun dirinya ditindas, asalkan wang mereka terima.......
Tetapi apa yang di petik dari pelbagai mutiara yang dilontarkan, hanya beberapa perkara ingin dikongsikan bersama di sini adalah mengenai mahasiswa.
Ramai sudah remaja yang memasuki alam mahasiswa, dalam keadaan dunia yang serba moden berbanding ibu bapa, tok nenek moyang kita pada masa yang lampau.
Walaupun dalam keadaan sudah berteknologi ini pun, masih ada lagi yang berfikiran kolot dan jauh terkebelakang.
Kronologinya apa yang sepatutnya mahasiswa perlu ada dan bertindak, agar menjadi menjadi seorang mahasiswa lain dari yang lain. Agar tidak menjadi mahasiswa yang (nampak luarannya bebas dari cengkaman apa sekalipun, sedangkan pemikiran mereka sedang dijajah).
Peri pentingnya bagi mahasiswa pada masa kini, perlu mempunyai Intelektualisme, Idealisme, dan Aktivisme.
Intelektualisme
Setiap mahasiswa perlulah aktif dalam mencari dan menimba ilmu. Perkara ini amatlah penting bagi mahasiswa agar fikiran mereka dapat dimerdekakan daripada dijajah.
Menuntut ilmu amatlah digalakkan, bahkan di dalam Islam itu mewajibkan ummatnya menuntut ilmu, sebagaimana mafhum hadith nabi s.a.w “ Tuntutlah Ilmu Sejak Kamu Di Dalam Buaian Hingga Ke Liang Lahad (kubur)”.
Ilmu yang diperolehi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, seterusnya adalah untuk membantu masyarakat memahami situasi atau keadaan sekarang, tidak seperti dahulu lagi.
Idealisme
Ini merupakan salah satu cara untuk mahasiswa menafaatkan ilmu yang diperolehi.
Ilmu yang diperolehi hendaklah diolah dengan mengeluarkan idea-idea yang bernas mengikut situasi tertentu.
Contohnya :, apabila berlaku peristiwa BERSIH 2.0, maka mahasiswa sepatutnya orang yang pertama mengambil bahagian mendahului golongan veteran. Seperti, mahasiswa yang mengambil coast ekonomi, berbincanglah dengan rakan pelajar yang sama coast mengenai keadan ekonomi peniaga-peniaga sama ada akan untung atau mendapat untung yang berlipat kali ganda apabila demonstrasi jalanan diadakan.
Bagi yang mengambil coast syariah atau usul fiqh, buatlah penyelidikan akan hukum demonstrasi, kemudian keluarkan kenyataan umum mengenai hukum demonstrasi, agar rakyat yang beragama Islam tidak merasa was-was untuk turut turun padang bersama.
Mahasiswa yang mengambil coast pengurusan dan sosial, bolehlah berbincang mengenai keadaan negara apabila demonstrasi jalanan diadakan, sama ada boleh menjejaskan keamanan negara atau tidak.
Dengan ilmulah akan membolehkan mahasiswa mengeluarkan idea sedemikian.
Aktivisme
Sebagai orang muda yang gagah perkasa, sepatutnya mestilah lebih bergerak aktif dalam mendepani cabaran semasa berbanding golongan veteran.
Lihat sahaja apabila kota konstantinopel dibuka, remaja bukan? Kerajaan rejim hosni mubarak, ditumbangkan dengan demonstrasi anak-anak remaja bukan?.
Apabila remaja sudah mempunyai banyak ilmu, mampu mengeluarkan idea-idea yang realistik dan konpetitif, kenapa tidak sahaja untuk bersama masyarakat.
Apa yang di inginkan, bukan sahaja bersama, tetapi mengepalai setiap permasalahan-permasalahan yang dihadapi masyarakat.
" Tidak pernah kami lihat ataupun dengar hal seajaib ini. Muhammad al-Fateh menukar darat menjadi lautan dan melayarkan kapalnya di puncak gunung, bukannya di ombak lautan. Muhammad al-Fateh dengan usahanya mengatasi Maharaja Dunia Alexander The Great "
(kenapa kita mesti tidak boleh lakukan lebih dari ini)
~ MAHASISWA PENCETUS REFORMASI GERAKAN RAKYAT ~
~ MAHASISWA PENCETUS REFORMASI GERAKAN RAKYAT ~
No comments:
Post a Comment