PEMIKIR UMMAH

Wednesday, 24 August 2011

Tiada Bagi Pemimpin Umno Atau Bn

Pengalaman dan kisah menarik berkaitan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh sahabat2 dari Acheh :

Seandainya Nik Aziz Gubernur Aceh? Fakhruddin Lahmuddin bersama kawan-kawannya dari Majelis Permusyawaratan Ulama (MPU) Aceh Besar bersilaturrahmi ke Negeri Kelantan, Malaysia.

Mereka ingin menjumpai seorang pemimpin rakyat yang mungkin sekali tak ada di daerah lain, apalagi di Aceh. Namanya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Lebih akrab disapa “Nik Aziz”. Dia menjabat Menteri Besar (gubernur) Negeri Kelantan sejak 20 tahun terakhir. Karena kepemimpinannya, oleh rakyat, ia digelar Umar bin Khattab-nya Kelantan. 

Musabab itulah, Fakhruddin dan kawan-kawan ingin belajar pada gubernur berusia 84 tahun itu. Saat tiba di depan pendopo, rombongan disambut sekretaris gubernur; karena Nik Aziz sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. Lalu mereka dipersilakan duduk di ruang pertemuan berkapasitas 200-an orang. Sungguh, mereka terpana. Kursi dan meja kayu, kipas dan mimbar usang, pula perabotan lainnya, tampak sederhana, jauh sekali dengan di Aceh atau provinsi lainnya. Tak berapa lama kemudian Nik Aziz hadir. Ia berjubah putih (selalu demikian, menurut cerita warga Kelantan).

Mereka selanjutnya beramah-tamah. Usai Fakhruddin dan kawan-kawan menyampaikan maksud kedatangannya, Nik Aziz pun berbicara. “Nak jaga dan bangun Kelantan tak sulit bagi saya. Yang sulit adalah nak jaga diri saya dari godaan duniawi,” tutur Nik Aziz menanggapi penilaian Fakhruddin dan kawan-kawan tentang ketenteraman Kelantan, dimana mayoritas penduduknya Melayu asli. Pernyataan tersebut memantik semangat Fakhruddin untuk terus mengorek sisi menarik lain dari seorang Nik Aziz. Ketua MPU Aceh Besar itu pun memerolehnya dari melihat sendiri maupun berdasarkan cerita penduduk Kelantan.

Pertama, begitu dilantik jadi Menteri Besar (MB) Negeri Kelantan, dinas pembangunan umum setempat segera menawari Nik Aziz untuk mengaspal dan memperbaiki jalan sekitar rumah dan pesantren miliknya. “Jangan, jangan! Kenapa sebelum saya jadi MB tak diperbaiki? Tak boleh,” tegasnya. Orang dinas terdiam.

Kedua, Nik Aziz selama jadi gubernur tak pernah tidur di pendopo. Ia menilai, kalau tidur di pendopo harus menyewa guard (satpam) dan tukang kebun, misalnya. Lalu pekerja itu digaji dengan uang negara, dimana uang itu seharusnya dipakai untuk menyejahterakan rakyat. Ia tak mau begitu. Gubernur Aceh sekarang juga tak mau tidur di pendopo, tapi berbeda tujuannya dengan Nik Aziz.

Ketiga, Nik Aziz tinggal di rumah yang sangat sederhana. Rumahnya berkonstruksikan kayu. Kecil. Padahal sampai kini ia sudah punya 10 anak dan 55 cucu dari istri tunggalnya. Fakruddin dan kawan-kawan terpana lagi ketika berkunjung ke rumahnya. Tak ada satupun pengawal yang jaga-jaga di rumah pemimpin salah satu negara bagian Malaysia itu.

Keempat, Nik Aziz pelayan tamu. Suatu kali ada wartawan asing ingin menjumpai Nik Aziz di rumahnya. Usai dipersilakan masuk oleh seorang lelaki tua, wartawan itu menunggu sang gubernur. Tak lama kemudian, lelaki tua tadi keluar dengan membawakan minuman. “Saya ingin menjumpai Nik Aziz, apa dia ada di sini?” kira-kira begitu tanya si wartawan. “Inilah saya Nik Aziz yang kamu maksud,” sahut lelaki tua itu. Si wartawan terkejut dan malu. Lalu satu pertanyaan menarik darinya timbul lagi kemudian, “Anda seorang gubernur, apa tidak takut tinggal di rumah dengan tak ada seorangpun guard?” Dengan mantap Nik Aziz menjawab, “orang yang perlu pengawal adalah orang yang punya musuh, punya masalah. Saya tak punya masalah dengan siapapun. Guard saya adalah beribadah kepada Allah.”

Kelima, Nik Aziz turut membersihkan tandas (sebutan WC oleh orang Malaysia). Suatu kali, sekira jam 3 pagi waktu Malaysia, seorang santri melihat ada bayang-bayang seorang lelaki di sebuah WC pesantren milik Nik Aziz. Ia heran, yang membersihkan toilet seharusnya tugas santri. Begitu didekatinya, ternyata lelaki itu pemimpin pesantren tempat dia belajar, yaitu Nik Aziz. Ia merasa malu.

Keenam, suatu malam, seorang warga keturunan Cina kebingungan karena mobil yang dikemudinya mogok. Lalu sebuah mobil tua berhenti. Seorang lelaki tua turun dari dalamnya. Lalu membantu si Cina itu. Bahkan ditemani sampai ke bengkel. Esok pagi, ia terkejut. Ia melihat di koran, ada foto orang yang membantunya semalam. Ternyata lelaki tua itu Nik Aziz.

WADUH.......WADUH.........
gimana mau dapat pemimpin kai gini, selain di KELANTAN.

CATATAN
ibarat cacing kepanasan pemimpin yang tidak mengikut gaya hidup serupa TG Nik Aziz.

Saturday, 13 August 2011

Kemaafan Bukan Di Bulan Syawal


Selesai pun belum sudahnya bulan Ramadhan, orang ramai sibuk menanti kehadiran bulan Syawal. Begitu ghairah dengan persiapan untuk menyambut hari raya, dengan baju, kain, langsir barunya, dengan kuih rayanya yang beraneka jenis, sehingga terlupa untuk berlumba-lumba dalam membuat kebajikan di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda diberikan Allah kepada hamba-hambanya yang membuat amalan kebajikan.

Sirahnya sudah kita ketahui bahawa ulama-ulama dahulu kala apabila tibanya bulan Ramadhan, itulah merupakan bulan yang begitu gembira bagi mereka ini sehinggakan ada sesetengah dari mereka yang tidak tidur kerana ingin membuat kebajikan dan amalan-amalan yang dilakukan atau diajar oleh Rasulullah, seterusnya kembali bersedih apabila bulan Ramadhan ini kembali pergi meninggalkan mereka. Tetapi keadaan sebaliknya, bagi kita yang begitu lalai dan leka dengan dunia ini.

Al-Hadis
Amatlah Malangnya Orang Yang Tidak Mendapat Keampunan Allah Di Bulan (Ramadhan) Yang Agung Ini. Kenanglah Dengan Rasa Lapar Dan Hausmu, Kelaparan dan Kehausan Di Akhirat. Bersedekahlah Kepada Kaum Fukara’ Dan Masakin “

Perkara yang ingin difokuskan di sini tertumpu kepada sepotong hadis yang berikut, : amatlah malangnya orang yang tidak mendapat keampunan Allah di bulan Ramadhan yang agung ini. Dapat kita fahami secara borong (umum dan jelas) sepotong hadis ini memberitahu bahawa teramat rugilah, malanglah, tidak bernasib baiklah bagi mereka (orang-orang yang berpuasa) ini yang tidak mendapat keampunan serta kemaafan dari tuhan Rabbul Jalal atas kesalahan-kesalahan mereka sendiri apabila berlalu perginya bulan Ramadhan begitu sahaja.

Marcapada, apa yang berlaku dalam kalangan ummat Islam masa kini adalah tidak memperdulikan apa yang diajar oleh Islam yakni memohon kemaafan di bulan Ramadhan yang mulia ini atas segala kesilapan yang dilakukan.

Sayangnya, apa yang terlintas di benak fikiran mereka adalah ingin memohon keampunan apabila menjelang tibanya Syawal, tidak hairanlah ini telah menjadi adat bagi kebanyakan ummat Islam. Situasi ini tidak menjadi satu kesalahan untuk memohon keampunan di bulan Syawal, kerana tiada waktu yang dikhususkan untuk memohon keampunan bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

Apa yang menyedihkan, adalah ramai dikalangan ummat Islam itu sendiri tidak mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang agung ini untuk memohon kemaafan di bulan Ramadhan ini, dikuatiri akan tergolong dalam golongan orang-orang yang malang(celaka) apabila pergi hilangnya bulan Ramadhan hal keadaan diri masih tidak mendapat keampuan atas segala dosa-dosa dan kesilapan.

Sedarlah Wahai Ummat Islam Sekalian......

Tidak menjadi satu tegahan di dalam Islam bagi semua penganutnya untuk mengamalkan adat selagi tidak menyalahi apa yang ditetapkan oleh Alah s.w.t dan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Letakkan Al-Quran dan As-Sunnah dihadapan sebagai asas rujukan dan penyuluh jalan kehidupan, bukannya meletakkan adat melebihi dari yang sepatutnya. Berubahlah, wahai ummat Islam sekalian, agar sentiasa menjadi ummat nabi Muhammad yang dikatakan khairul ummah yakni sebaik-baik ummah.

Pohon lah keampuan terhadap Rabbul Alamin atau sesama manusia itu sendiri di dalam bulan Ramadhan (sebaik-baiknya) kerana Ramadhan merupakan bulan maghfirah (keampunan) atas segala salah-silap serta dosa-dosa yang pernah dilakukan sama ada secara sengaja mahupun tidak.

~ Jangan Biarkan Bulan Ramadhan Berlalu Pergi Dalam Keadaan Kita Tidak Mendapat Keampunan lagi Atas Dosa-dosa Yang Dilakukan. Rebutlah Peluang Ini !!! Hanya Setahun Sekali ~

Tuesday, 2 August 2011

Perspektif Salah Di Bulan Ramadhan

Ramadhan merupakan satu bulan yang tidak pernah asing bagi ummat Islam, bahkan orang-orang kafir juga sudah mengetahui bahawa pada bulan Ramadhan ini ummat Islam di wajibkan menunaikan fardhu puasa.

Bulan Ramadhan telah mendapat kedudukannya sebagai penghulu segala bulan yang begitu tinggi darjatnya.
Sebagaimana kita ketahui orang nombor 1 di negara kita Malaysia atau di mana-mana selaku Perdana Menteri merupakan rebutan orang ramai dan sanjungan orang ramai.

Hairannya kenapa kita tidak berlumba-lumba dalam merebut amalan yang akan digandakan pahalanya pada bulan penghulu segala bulan ini, dengan 70 kali ganda bagi ibadat fardhu dan ibadat sunnat disamai dengan menunaikan ibadat fardhu!.

Di sini ingin diajukan pendapat bagi membuang suatu pemikiran yang telah lama tersimpan di benak fikiran  ramai di kalangan kita.

Apa perspektif salah itu...????? inilah yang dikatakan oleh ramai orang pada masa kini  “ cergas nampak! Tak nampak penat pun ko! Ha! Nih mesti tak puasa kan “

Yakin dan percaya sesiapa yang membaca  artikel ini pasti pernah mendengar apa yang dikatakan di atas bukan. Tanya hati.......serasa-rasa betul atau tidak apa yang dikatakan itu.

Semestinya salah, kerana orang yang berpuasa sepatutnya lebih bertenaga dan cergas. Bukannya monyok seperti hendak habis hayat hidupnya. Tidak begitu bukan?. Dalam keadaan lemah juga mampu menyebabkan kita berfikiran ibarat kita diseksa dalam bulan yang mulia ini, dan inilah yang sangat bahaya orang yang berfikiran sebegitu!

Allah sudah berjanji bagi orang yang berpuasa akan bertambah sihat kesihatannya, bukan bertambah penyakit (penyakit semakin kurang adalah) bahkan akan lebih aktif untuk kita melakukan ibadah kepada-NYA.

Lihat sahaja contoh kemenangan ummat Islam di zaman Rasulullah ketika berperang, mereka-meraka ini semuanya berpuasa ketika tibanya hari berperang. Dan terbukti Islam mampu menang walaupun dalam keadaan berpuasa, inilah janji Allah yang tidak pernah dimungkiri.

Akhirnya dapat kita simpulkan bahawa tidak sepatutnya orang-orang Islam sendiri yang mengatakan orang yang cergas dan aktif ketika bulan Ramadhan itu adalah orang yang tidak berpuasa.

Sepatutnya kita jadikan orang yang cergas ini sebagai teladan kita agar kita tidak lemah dan lebih bersemangat dalam menunaikan ibadah puasa. Sebarkanlah kepada semua agar kita tidak duduk dalam lingkungan orang yang sentiasa berfikiran salah. PERBETULKANLAH !!!!!!

*disini saya bawakan sebuah pantun kepada semua pembaca*


REJAB bulan menabur benih
SYAABAN bulan menyiram tanaman
RAMADHAN bulan menuai

REJAB menyucikan badannya
SYAABAN menyucikan hatinya
RAMADHAN menyucikan rohnya

REJAB bulan maghfirah (keampunan)
SYAABAN bulan syafaat
RAMADHAN bulan menggandakan kebajikan

REJAB bulan taubat
SYAABAN bulan muhibbah
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah

REJAB diganda 70 amalan
SYAABAN diganda 700 pahala
RAMADHAN diganda 1000 pahala

Dakwat Kekal


DAKWAT KEKAL
PENGECAMAN BIOMETRIK
·         Mudah dan kos rendah
·         Mencegah undi 2 kali di tempat yang sama atau berbeza
·         Tidak boleh diguna untuk dimanipulasi pengkalan data pengundi
·         Mampu digunakan walaupun pengkalan data pengundi tidak ‘bersih’
·         Tiada masalah kecurian identiti.
·          Kerahsiaan undi kekal
·         Rumit dan mahal
·         Tidak mencegah undi 2 kali , sama ada di tempat yang sama atau berbeza
·         Mudah diguna untuk dimanipulasi pengkalan data pengundi
·         Tidak menyelesaikan masalah pengkalan data pengundi yang tidak ‘Bersih’
·         Terdedah kepada masalah pencurian identiti.
·         Tiada lagi kerahsiaan undi

Mesej Rakyat Menolak Pemerintah Yang Zalim


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan hanya 5,000 hingga 6,000 hadir menyertai Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Manakala Al-Jazera pula melaporkan hampir 100,000. Sementara kebanyakan media alternatif mencatatkan kehadiran antara 50,000 hingga 60,000 yang hadir. Begitu juga dengan berita-berita luar negara yang turut melaporkan himpunan aman tersebut disertai lebih 50,000 orang.

Angka ini tidak termasuk bilangan yang terkandas akibat sekatan di kebanyakan laluan masuk ke Kuala Lumpur selain amaran serta ugutan pihak polis terhadap orang awam yang dijangkakan boleh mencecah 500,000 orang.

Sokongan Kaum Cina

Kehadiran lebih 50,000 rakyat pelbagai kaum menyertai Bersih 2.0 bukan sahaja mengejutkan pihak polis yang berkawal sejak 3 hari sebelum detik 9 Julai tersebut tetapi juga kalangan pemerhati politik.

Laporan media alternatif, facebook dan twitter kira-kira jam 11 pagi, 9 Julai tersebut memaparkan keadaan lenggang dibeberapa lokasi berlangsungnya himpunan tersebut. Namun 2 jam kemudian terdapat beberapa kumpulan kecil yang saling bergabung membentuk kumpulan-kumpulan yang agak besar. Akhirnya kumpulan-kumpulan tersebut menjadi bertambah besar dan membesar.

Pihak polis pula tidak menduga, laluan di Jalan Pudu dan di Jalan Petaling yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat Cina telah bergabung dengan kumpulan-kumpulan lain yang terdiri dari pelbagai kaum.

Selama ini masyarakat Cina dianggap sebagai kaum yang tidak berani memprotes atau berdemo di jalanan. Bersih 2.0 telah berjaya mengubahnya.

1 Malaysia Berada Di Bersih 2.0

Tidak pernah disaksikan suatu kombinasi yang sebegitu akrab di kalangan kaum Melayu, Cina dan India sama-sama berganding bahu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain.

Tatkala gas pemedih mata disembur, mereka sama-sama saling berkongsi sebotol air mineral untuk dicuci muka. Rakan dari kaum Cina juga sama-sama berkongsi mengedar serbuk garam kepada rakan-rakan dari kaum Melayu dan ini yang tidak pernah dikenali sebelum ini bagi menghilangkan keperitan tekak setelah terhidu gas pemedih mata tersebut.

Begitu juga kaum Melayu dan India yang sama-sama berkongsi tuala bagi mengesat kesan gas yang terkena di muka dan mata. Paling tragis, dapat menyaksikan beberapa orang Cina yang sanggup mengorbankan air mineralnya untuk dibuat air sembahyang oleh beberapa rakan Melayu lain.

Ketika sedang sembahyang di tepi jalan, rakan-rakan Cina tersebut mengawal supaya orang ramai tidak merempuh kumpulan yang sedang sembahyang.

Penyertaan Orang Muda

Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam kenyataannya berkata, beliau amat terharu dan bersemangat setelah melihat sebahagian besar yang menyertai Himpunan Aman Bersih 2.0 terdiri dari golongan muda.

Begitu juga pemimpin-pemimpin Pakatan lain. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan gelombang kebangkitan generasi muda yang menyokong Bersih merupakan badai yang tidak dapat dibendung oleh Umno/BN.

Di sudut politik, sokongan golongan muda merupakan penanda aras kepada kekuatan sesebuah parti politik.

Lantaran itu lah sebulan sebelum pehimpunan Bersih, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut menganjurkan himpunan sejuta belia di Putrajaya bertujuan melihat sokongan golongan muda terhadap BN.

Malangnya, himpunan yang disertakan permaidani merah kepada mereka yang hadir termasuk makan minum percuma dan tiga konsert yang disertai beberapa artis terkenal hanya dihadiri tidak lebih dari 9,000 hadirin.

Media perdana milik Umno tidak dapat menyiarkan sambutan golongan muda terhadap himpunan tersebut disebabkan akan memalukan Najib dan Umno.

Bersih 3.0

Pengarah Eksekutif Merdeka Centre, Ibrahim Suffian turut terperanjat bagaimana impak Bersih 2.0 ini dikekalkan, dan tidak pudar begitu sahaja selepas tamatnya himpunan. 

Katanya, ramai peserta yang memuatnaik gambar, klip video mahupun tulisan mereka untuk disebarkan secara meluas di ruang internet, sehingga impaknya menular dan mengubah fikiran rakyat.

Walaupun hampir sebulan yang lalu Bersih 2.0 telah berlangsung, namun gerakan tersebut telah mendapat perhatian seluruh rakyat.

Lawatan Najib dan Rosmah ke United Kingdom selang tiga hari selepas himpunan Bersih 2.0 disambut oleh Ratu Elizabeth yang turut memakai pakaian berwarna kuning. Begitu juga pegawai-pegawai Ratu tersebut yang turut memakai tali leher berwarna kuning.

Di kalangan pemimpin-pemimpin  NGO pula sedang melihat perkembangan Bersih sebagai suatu usaha berkesan bagi memastikan pilihan raya adil dan Bersih dapat dilaksanakan di negara ini.

Maka tidak mustahil gelombang yang lebih besar akan muncul lagi apabila Bersih 3.0  direalisasikan dimasa akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics