Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan hanya 5,000 hingga 6,000 hadir menyertai Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.
Manakala Al-Jazera pula melaporkan hampir 100,000. Sementara kebanyakan media alternatif mencatatkan kehadiran antara 50,000 hingga 60,000 yang hadir. Begitu juga dengan berita-berita luar negara yang turut melaporkan himpunan aman tersebut disertai lebih 50,000 orang.
Manakala Al-Jazera pula melaporkan hampir 100,000. Sementara kebanyakan media alternatif mencatatkan kehadiran antara 50,000 hingga 60,000 yang hadir. Begitu juga dengan berita-berita luar negara yang turut melaporkan himpunan aman tersebut disertai lebih 50,000 orang.
Angka ini tidak termasuk bilangan yang terkandas akibat sekatan di kebanyakan laluan masuk ke Kuala Lumpur selain amaran serta ugutan pihak polis terhadap orang awam yang dijangkakan boleh mencecah 500,000 orang.
Sokongan Kaum Cina
Kehadiran lebih 50,000 rakyat pelbagai kaum menyertai Bersih 2.0 bukan sahaja mengejutkan pihak polis yang berkawal sejak 3 hari sebelum detik 9 Julai tersebut tetapi juga kalangan pemerhati politik.
Laporan media alternatif, facebook dan twitter kira-kira jam 11 pagi, 9 Julai tersebut memaparkan keadaan lenggang dibeberapa lokasi berlangsungnya himpunan tersebut. Namun 2 jam kemudian terdapat beberapa kumpulan kecil yang saling bergabung membentuk kumpulan-kumpulan yang agak besar. Akhirnya kumpulan-kumpulan tersebut menjadi bertambah besar dan membesar.
Pihak polis pula tidak menduga, laluan di Jalan Pudu dan di Jalan Petaling yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat Cina telah bergabung dengan kumpulan-kumpulan lain yang terdiri dari pelbagai kaum.
Selama ini masyarakat Cina dianggap sebagai kaum yang tidak berani memprotes atau berdemo di jalanan. Bersih 2.0 telah berjaya mengubahnya.
1 Malaysia Berada Di Bersih 2.0
Tidak pernah disaksikan suatu kombinasi yang sebegitu akrab di kalangan kaum Melayu, Cina dan India sama-sama berganding bahu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain.
Begitu juga kaum Melayu dan India yang sama-sama berkongsi tuala bagi mengesat kesan gas yang terkena di muka dan mata. Paling tragis, dapat menyaksikan beberapa orang Cina yang sanggup mengorbankan air mineralnya untuk dibuat air sembahyang oleh beberapa rakan Melayu lain.
Ketika sedang sembahyang di tepi jalan, rakan-rakan Cina tersebut mengawal supaya orang ramai tidak merempuh kumpulan yang sedang sembahyang.
Penyertaan Orang Muda
Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam kenyataannya berkata, beliau amat terharu dan bersemangat setelah melihat sebahagian besar yang menyertai Himpunan Aman Bersih 2.0 terdiri dari golongan muda.
Begitu juga pemimpin-pemimpin Pakatan lain. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan gelombang kebangkitan generasi muda yang menyokong Bersih merupakan badai yang tidak dapat dibendung oleh Umno/BN.
Di sudut politik, sokongan golongan muda merupakan penanda aras kepada kekuatan sesebuah parti politik.
Lantaran itu lah sebulan sebelum pehimpunan Bersih, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut menganjurkan himpunan sejuta belia di Putrajaya bertujuan melihat sokongan golongan muda terhadap BN.
Malangnya, himpunan yang disertakan permaidani merah kepada mereka yang hadir termasuk makan minum percuma dan tiga konsert yang disertai beberapa artis terkenal hanya dihadiri tidak lebih dari 9,000 hadirin.
Media perdana milik Umno tidak dapat menyiarkan sambutan golongan muda terhadap himpunan tersebut disebabkan akan memalukan Najib dan Umno.
Bersih 3.0
Pengarah Eksekutif Merdeka Centre, Ibrahim Suffian turut terperanjat bagaimana impak Bersih 2.0 ini dikekalkan, dan tidak pudar begitu sahaja selepas tamatnya himpunan.
Katanya, ramai peserta yang memuatnaik gambar, klip video mahupun tulisan mereka untuk disebarkan secara meluas di ruang internet, sehingga impaknya menular dan mengubah fikiran rakyat.
Walaupun hampir sebulan yang lalu Bersih 2.0 telah berlangsung, namun gerakan tersebut telah mendapat perhatian seluruh rakyat.
Lawatan Najib dan Rosmah ke United Kingdom selang tiga hari selepas himpunan Bersih 2.0 disambut oleh Ratu Elizabeth yang turut memakai pakaian berwarna kuning. Begitu juga pegawai-pegawai Ratu tersebut yang turut memakai tali leher berwarna kuning.
Di kalangan pemimpin-pemimpin NGO pula sedang melihat perkembangan Bersih sebagai suatu usaha berkesan bagi memastikan pilihan raya adil dan Bersih dapat dilaksanakan di negara ini.
Maka tidak mustahil gelombang yang lebih besar akan muncul lagi apabila Bersih 3.0 direalisasikan dimasa akan datang.
No comments:
Post a Comment