SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR
NABI MUHAMMAD S.A.W.
Dalam bulan
Islam sekarang ini di panggil bulan Rabiul Awwal. Memandangkan kita sekarang sedang
berada di bulan Rabiul Awwal yang mulia ini dimana bulan seorang insan yang
mulia Baginda Muhammad Rasulullah s.a.w telah lahir ke dunia.
Ingin saya
perkenalkan kepada sahabat pembaca sebuah kitab yang mebicarakan akan kehidupan
seharian serta susuk tubuh Baginda Rasulillah.
Lihat kepada
remaja-remaja sekarang yang idola mereka adalah artis-artis, semestinya mereka
akan mengenali artis tersebut dari pelbagai sudut. Bermula pakaian mereka,
makan minum kegemaran mereka, umur mereka berapa, sudah kahwin ke belum, senang
kata semua serba-serbi tahu akan kehidupan seharian artis pujaan mereka.
Bagaimana
pula tahap pengetahuan mereka akan kehidupan dan susuk tubuh Bgainda Rasulullah
yang telah menyampaikan wahyu kepada ummatnya sehingga kita masih dapat
menikmati nikmat yang paling besar nikmat Iman dan Islam sehingga sekarang?
Baginda
Rasulullah yang akan memberi syafaat di akhirat kelak tidak ingin
dikenali.......tidak ingin dipujinya....tidak berusaha untuk mencintainya
Artis pujaan
yang tidak akan membantu apa-apa di akhirat kelak dipujinya,
dikenalinya....................... bukan di akhirat sahaja, di dunia lagi artis
itu tidak pernah membantu kita, dan tidak akan dapat menolong kita ketika
kesusahan?
Jadi di
sini ingin ku perkenalkan kitab ini bagi yang masih tidak mengenalinya untuk
membantu sahabat pembaca bersama mengenali lebih dekat Baginda Rasulillah.
Sebuah kitab
yang bertajuk SYAMAIL MUHAMMADIYAH
yang dikarang oleh IMAM TARMIZI.
versi Indonesia |
versi Melayu |
Di dalam
kitab tersebut menerangkan serba serbi akan perihal Rasulullah, antaranya
fizikal Rasulullah, rambut Rasulullah, kasut Rasulullah, lauk Rasulullah dan
sebagainya.
Jadi,
berharap sahabat pembaca dapat memperolehinya di mana-mana kedai buku. Eloklah sekarang
kita berada di bulan kelahiran Baginda, maka dengan itu berazam untuk lebih
mengenali baginda agar kita dapat mengikutinya dan akan lebih mencintai Baginda
Rasulillah.
Setengah
ulama’ mengatakan sesiapa yang meperolehi kitab ini di dalam rumahnya, ibarat
dia menjemput baginda Rasulullah untuk hadir ke rumahnya. Tapi dengan syarat
baca kitab tersebut, bukan beli dan simpan di almari sahaja........
No comments:
Post a Comment