Kehadiran
Tahun Baru dilihat sebagai satu hari perayaan yang disambut dengan pelbagai
upacara yang kebiasaannya menelan perbelanjaan yang besar. Orang ramai diajak
berkumpul di tempat-tempat yang tertentu sama ada secara terbuka mahupun tertutup
dan mereka disajikan dengan pelbagai program hiburan yang mengasyikkan serta
bertentangan dengan Islam.
Bahkan di
sesetengah perhimpunan tersebut dicemari dengan aksi pergaulan bebas diantara kaum
lelaki dengan perempuan, pesta tari-menari, penggunaan pakaian yang menjolok
mata bahkan adakala minuman keras turut disajikan sambil masing-masing menunggu
kedatangan detik 12 malam yang
menunujukkan masuk Tahun Baru. Maka sorak-sorai serta jerit-pekit gembira
bergema apabila jam tepat menunjukkan pukul 12 malam.
Hiburan berunsur
maksiat ini akan berterusan sehingga pagi hari, ini sebenar budaya kaum yang ingkar kepada perintah
Allah s.w.t yang telah menjadi ikutan muda-mudi Islam pada masa kini. Budaya
sebegini giat dipropagandakan di Negara Islam melalui musuh-mush Islam agar
ummat Islam terpesong dari perintah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Hakikatnya,
kita telah diperingatkan Allah tentang niat buruk golongan ini melalui
firman-NYA yang bermaksud :
“Órang-orang yahudi dan nasrani tidak akan
sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau
menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah kepada mereka : “sesungguhnya
petunjuk Allah
(agama Islam itu adalah petunjuk yang
benar)”.
-ayat 12 surah al_baqarah-
Seperti yang
telah sedia maklum, upacara sambutan tahun baru ini kebanyakan adalah
pesta-pesta yang dipenuhi dengan perkara-perkara yang berunsur maksiat dan
Allah s.w.t. telah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang berpesta di
atas muka bumi ini atas perbuatan-perbuatan terlarang.
Dapat kita
katakan golongan manusia yang berperangai sebegitu rupa sebenarnya bukan
menyambut tahun baru, tetapi mereka kembali menyambut tahun lama seperti zaman
jahiliyyah.
..........................
Tidaklah
menjadi kesalahan sekiranya setiap kali menjelang Tahun Baru, seseorang muslim
itu melakukan muhasabah terhadap apa yang telah berlaku dalam hidup dan
berusaha untuk membuat perancangan dalam memperbaiki apa jua kelemahan yang ada
dalam diri masing-masing.
Oleh itu,
apabila tiba tahun Baru, maka tidaklah dilarang untuk seseorang itu menanam
azam baru yang positif serta selari dengan syarak untuk memastikan azam
tersebut menjadi reality bukan sekadar angan-angan.
Apa yang
lebih baik, ummat islam mengutamakan Tahun Baru mengikut kalendar Islam. Ini kerana penggunaan kalendar Islam
lebih wajar untuk diperluaskan dalam urusan-urusan harian dikalangan ummat
Islam sendiri. Mereka perlu merasa bangga terhadap agama Islam yang dianutinya
serta syiar-syiar yang berkatian dengannya.
Janganlah
kita menjadi ummat yang tidak mempunyai pegangan, lantas mudah terikut-ikut
dengan budaya-budaya asing yang cuba ditanam dalam masyarakat kita dengan
tujuan untuk menjauhkan kita dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah s.w.t.
Hindarkan
diri kita daripada menjadi agen-agen yang mempopularkan hidup musuh-musuh Islam
serta menyohorkan budaya-budaya kuning mereka sehingga ia mengalahkan atau
menggantikan cara hidup dan akhlak-akhlak yang lebih Islamik.
~ TAHUN BARU, AZAM BARU ~