Syukur Alhamdulillah
kepada tuhan Sang Pencipta kepelbagaian jenis makhluk-makhluknya, serta selawat
dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang diutuskan untuk
menyampaikan risalah Islam kepada ummatnya.
Perkataan ‘rezeki’
sudah sinonim meniti di bibir-bibir kebanyakan manusia pada hari ini, tidak
kira sama ada yang mentaati perintah Allah mahupun tidak. Sedar tak sedar, kita
mengungkapkan rezeki tanpa mengikat teguh di dalam hati masing-masing akan ketetapan
rezeki yang telah ditetapkan oleh-NYA, waima kita sama-sama tidak mengetahui
tanpa merunsingkannya (ayatnya disonsangkan, harap difahami).
Dapat kita lihat di
sini, di pagi hari yang indah lagi seekor burung akan beterbangan jauh ke luar dari kotak sarangnya untuk mencari secicip rezeki. Kenapa tidak saja burung tersebut
mencari makanannya berdekatan dengan sarangnya sahaja. Ini kerana takdir
menetapkan rezekinya di nun hunjung sana bukan yang berdekatan dengan sarangnya
yang merupakan rezeki bagi haiwan-haiwan yang lain.
Berbalik kepada
manusia, mithalnya : Seeorang penduduk dari Bandar Jengka berhijrah ke
Bandaraya Kuala Lumpur untuk mencari sesuap nasi bagi menanggung kehidupan
sekeluarganya, manakala penduduk dari Bandaraya KL pula berhijrah ke Bandar Jengka
untuk mencari rezekinya. Kerana kata penduduk KL itu di Bandar Jengka dapat ku
cari rezeki begitu juga sebaliknya jawapan dari penduduk Bandar Jengka yang
berhijrah ke KL.
Pelik bukan, kenapa
mereka tidak mencari rezeki di tempat masing-masing sahaja. Tidak lain tidak
bukan, ini kerana ketetapan Allah bahawa rezeki mereka di situ, cuma kita yang
perlu berusaha mencarinya.
Lihatlah pula
bagaimana seekor labah-labah yang mencari rezekinya. Ia akan membuat sarangnya
yang begitu rapuh dan akan terkoyak apabila ditiup angin, tetapi disitulah tempat ia tinggal dan
juga menunggu rezekinya tiap-tiap hari. Sabar yang tinggi dikurniakan kepada
sang berkaki lapan. Apakan daya begitulah cara ia mencari rezeki. Jika yang
besar melalui sarangnya, sudah pasti tidak mengena perangkapnya bahkan
membuatkan sarangnya terkoyak. Dibandingkan jika serangga yang kecil melaluinya
semestinya akan terperangkap di sarangnya itu. Seterusnya menjadi santapan
kepada labah pada hari itu.
Begitulah juga
diibaratkan di mana-mana TOL yang apabila kerabat-kerabat diraja, VIP,
berjawatan atau berpangkat besar pasti akan terlepas dari dikenakan bayaran
TOL, berbeza pula dengan rakyat jelata yang kerdil serta tidak berjawatan lagi
marhean sewajibnya tidak akan terlepas dari membayar kadar TOL yang telah ditetapkan.
(Pandai gak kerajaan mengadaptasikan dari kisah labah-labah ni
yer)....herm.................
~ Hak
Rakyat, Mengapa Perlu Rakyat Membayarnya ~
No comments:
Post a Comment