SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR.
Memandangkan
cuti akhir tahun, semestinya ramai yang akan melangsungkan walimatul urus.
Tidak terlambat rasanya untuk ku bawakan topic ini bersama sahabat pembaca.
Walau
tidak ingin melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini, tetapi boleh ambilnya
sebagai rujukan buat melangsungkan perkahwinan pada masa hadapan.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Termasuk keberkatan seorang wanita adalah mudah lamarannya,
ringan mas kahwinnya dan subur rahimnya” (Riwayat Ahmad)
PENGQESAHANNYA
:
“Qani’ah
cadang nak buat majlis akad dan kenduri kahwin pada hari yang sama kat sana.
Cadangnya, 15 Syaaban. Muslih cadang majlis kita empat hari selepas tu,” jawab
Dr. Muslih.
“Mas
kahwin dan hantaran macam mana?’ Tanya ibunya lagi.
“Dia
kata RM70 aje. Hantaran katanya, tak bagi pun tak apa, sebab nak memudahkan kita
dan nak keberkatan,” jawab Dr. Muslih dengan menyembunyikan segala rasa malu.
Dia juga bagaikan tidak percaya dengan e-mail yang diterimanya daripada
Qani’ah tempoh hari.
Bukan
senang nak menemui seorang gadis yang berasa mulia ketika meletakkan maharnya
semurah itu pada zaman ini. Tapi dia yakin, seorang Muslimah sejati seperti
Qani’ah tentu sekali akan lebih mementingkan berkat dalam perkahwinannya,
sebaik-baik mahar ialah mahar yang paling sederhana. (rujuk
Riwayat al-Nasa’i)
“Eh mana
boleh tu! Dia kan pelajar Master, takkan RM70 aje. Tu, anak Makcik Gayah yang
kerja kilang pun hantarannya saja dah RM10,000.
Bukan ada ijazah pun, SPM pun tak ada. Dia ada PMR aje,” sangkal Kak Long.
“Orang
faham agama lain ukurannya,” kata ayah.
“Hmm,
tak taulah sekarang ni. Semua nak bertanding siapa yang lebih mahal. Patutnya bertanding siapa yang lebih murah
sebab Nabi sabda yang lebih murah lebih baik dan lebih berkat,” kata ibunya
sambil menggeleng.
“Sekarang
ni lain, orang mana fikir pasal berkat dah. Kawan abah sanggup top up duitnya
sendiri untuk hantaran anak perempuannya supaya orang Nampak mahal. Ni satu persaingan yang tidak sihat,”
kata ayahnya. Perbincangan makin menarik.
“Tengok
Kak Long, lulusan luar Negara. Tapi mas kahwin mak abah letak sikit aje. Tengok
sekarang punyalah berkat. Lepas sorang, sorang lagi dapat anak,” kata ibunya
sambil ketawa. Kak Long menjeling suaminya yang sejak tadi asyik membelek
akhbar. Mata mereka saling bertembung dan mereka saling tersenyum.
“Yalah,
kalu letak mahal-mahal mana berkat? Kalu mampu sekalipun, ia lambang sifat
menunjuk-nunjuk dan meyombong diri. Kalau tak mampu, hidup takkan senang sebab
banyak hutang. Rumah tangga jadi tak tenteram. Kalau betul RM70, baguslah.
Sangat-sangat berkat,” kata ayah Dr. Muslih.
“Tu
hajat Qani’ah, ayah. Dia memang nak maharnya rendah tapi belum bincang dengan
keluarga dia lagi. Muslih dah pesan padanya, hajat keluarga kena rai juga.
Keluarga dia lebih berhak tentukan berapa jumlah mas kahwin dan hantaran.
Muslih reda walau berapa pun jumlahnya. Kalau tinggi pun tak apa, hadiah ikhlas
buat isteri;” kata Dr. Muslih.
Ringkasnya....................
Tiga
hari kemudian, Dr. Muslih bersama ayah dan ibunya berangkat menziarahi keluarga
bakal isterinya untuk membincangkan lebih detail lagi tentang perkahwinannya.
Dua
keluarga kini bersua muka buat kali kedua. Kali pertama semasa hari
pertunangan. Perbincangan berjalan lancar. Menyebut tentang tarikh, 15 Syaaban
telah disepakati oleh kedua-dua belah pihak. Apabila menyebut tentang mas
kahwin dan hantaran, keluarga Dr. Muslih sedikit terkejut dengan jumlah yang
sangat rendah yang diletakkan oleh pihak keluarga perempuan.
“Mas
kahwin tu bagi RM84 cukuplah. Hantaran tu tak bagi pun tak apa. Kalau nak bagi
juga, tak perlu disebut kepda sesiapa,” ujar ayah Qani’ah.
Dr.
Muslih tahu, majoriti masyarakat di situ kebiasaannya meletakkan mas kahwih
anak perempuannya paling kurang RM10,000
hiangga RM15,000 serba satu. Nilai mahar dan hantarannya itu pula dengan
bangganya diumumkan dalam lafaz akad atau ketika majlis akad dan diisytiharkan
pula oleh kadi.
Namun
dia pula hanya perlu melafaz RM84
sahaja. Hantarannya pula tidak disyaratkan untuk memberinya. Terpulang kepada
keikhlasan hati.
‘Masya-Allah
sungguh mahal dan bernilai harga keberkatan yang diletakkan oleh Qania’ah,’
hati Dr. Muslih teruja. Memang betul, keluarga yang taat beragama hanya
mendambakan berkat perkahwinan buat puteri mereka, bukannya material
semata-mata.
-dipetik dari novelis Dr.Farhan Hadi
*** ketika orang lain merasakan satu kemuliaan meletakkan harga tinggi
dalam urusan ini seolah-olah ingin menjual anak mereka, tetapi keluarga Qani’ah
tidak mudah mengikut arus. Mereka merasakan satu kemuliaan meletakkan nilai
yang sederhana dengan kemilau hikmah yang sangat berharga. Kelulusan pendidikan
Qani’ah yang tinggi bukan menjadi tiket oleh mereka untuk meletakkan nilai
berbelas ribu ringgit sebagaimana kebiasaan masyarakat menjadikan ukuran***
p/s : angkat tangan sapew
yang nak perkahwinan macam nih.
~AMAL, KEBERKATAN SEBUAH KELUARGA BERMULA SEBELUM PERKAHWINAN~
No comments:
Post a Comment