SUBHANALLAH maha suci Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Mengusai segala
makhluk-makhluk-NYA
Kita wajib sentiasa bergantung pada ALLAH sementara Basyar hanya bergantung
kepada Russia, China dan Iran yang juga makhluk ALLAH. Mulakan membaca artikel
kali ini dengan membaca doa dibawah dan seterusnya setia hari, setiap detik
hingga Basyar digulingkan Allah. Harap baca dengan penuh yakin bahawa doa kita
akan diperkenankan olehNya.
Dalam situasi sekarang Israel sangat takut apabila Presiden Bashar
al-Assad akan jatuh, maka Syria akan jatuh ke tangan Ikhwanul Muslimin. Israel
akan benar-benar terkepung. Seperti dikatakan oleh Perdana Menteri Israel
Benjamin Netanyahu, apabila Bashar al-Assad jatuh, maka Syria akan jatuh ke
tangan Ikhwanul Muslimin.
Israel seperti dikatakan oleh Menteri Pertahanan Amerika Leon Panetta,
bahawa pasca revolusi di dunia Arab, nasib Israel benar-benar sangat buruk, dan
terkepung dengan rejim-rejim baru, yang sangat tidak bersahabat dengan Israel.
Israel harus melakukan pilihan berdamai dengan dunia Arab dan Palestin.
Kejatuhan Bashar al-Assad, sangat dikhuatirkan Syria akan jatuh ke
tangan Ikhwan.Bererti Israel di kelilingi kuasa yang dikendalikan oleh Ikhwan. Mesir,
negeri yang paling strategik kedudukan geopolitiknya, dan berpenduduk 87 juta,
sekarang kuasa beralih ke tangan Ikhwan. Bersamaan dengan kemenangan Parti
Kebebasan dan Keadilan, yang mencapai 40 peratus sokongan suara dari rakyat.
Situasi politik di Mesir masih ditambah dengan kemenangan Parti Nur,
yang ditubuhkan oleh Salafi, mendapatkan sokongan yang sangat signifikan
suaranya, yang mencapai hampir 30 peratus. Sehingga, gabungan Parti Kebebasan
dan Keadilan dengan Parti Nur, sudah mencapai 70 peratus, dan dengan
sendirinya, boleh mengubah perlembagaan Mesir, yang akan mempunyai implikasi
serius bagi masa depan.
Palestin sudah lama, kekuatan Ikhwan mengadakan kukunya di tanah
Palestin, sejak zamannya Hasan al-Banna menghantar beribu-ribu tentera
sukarelawan ke Palestin, dan kemudian dilanjutkan oleh Izzudin al-Qassam, yang
merupakan seorang pemimpin Ikhwan. Seperti, Ahmad Yasin dan Haniya, merupakan
tokoh yang bergabung secara ideologi dan politik kepada Ikhwan.
Sheikh Yasin merupakan generasi kedua selepas Izzudin Al-Qassam, yang
berjuang membebaskan Palestin. Sekarang Sheikh Yasin digantikan oleh Ismail
Haniya. Mereka merupakan generasi penerus Ikhwan.
Di Lubnan, kekuatan Ikhwan tidak boleh dipandang lemah, yang merupakan
rangkaian gerakan, yang dikenali sebagai "Murobithun", yang merupakan
gerakan sayap tentera dalam gerakan Ikhwan di Lubnan.
Tokoh-tokoh Ikhwan Lubnan, seperti Fathi Yakan, dan Said Hawa,
merupakan tokoh-tokoh yang terus menggelorakan penentangan terhadap Israel.
Walaupun, landskap politik di Lubnan sekarang dikuasai oleh Hizbullah. Tetapi,
kumpulan Ikhwan tetap mempunyai "share" politik di Lubnan.
Demikian juga, di Jordan, kekuatan Islamic Action Front, yang menjadi
sayap politik Ikhwan, terus melakukan tekanan terhadap Raja Abdullah, yang
menjadi pewaris takhta Kerajaan Jordan, menginginkan agar hubungan dua hala
dengan Israel dibatalkan. Islamic Action Front, mempunyai sokongan yang luas,
dan mempunyai kekuatan dan sokongan dari rakyat Palestin.
Tokoh-tokoh Ikhwan di Syria sudah habis dibantai oleh Hafez al-Assad,
ayah kepada Bashar al-Assad, pada tahun l982, tetapi bandar Hamma (Home), tetap
menjadi pusat gerakan terhadap rejim Alawiyyin (Syiah).
Ikhwan sejak zamannya Ramadhan al-Buthi, dan beberapa tokoh lain, terus
melakukan penentangan terhadap rejim minoriti Alawiyyin, yang menggunakan
pasukan tentera mereka membasmi gerakan Ikhwan.
Tetapi, sejak tahun l982, di mana Ikhwan dibunuh oleh Hafez al-Assad,
sekarang mereka menggunakan taktik baru, yang diinspirasi oleh Hamas, melalui
cara "Intifadhah" penentangan dalam bentuk pembangkangan awam dan
demonstrasi.
Ini membuatkan rejim Bashar al-Assad, menghadapi kesulitan. Selain itu,
kumpulan Ikhwan di Syria sekarang mendapat sokongan dari Turki, dan beberapa
NGO antarabangsa di bidang hak-hak asasi manusia.
Israel meyakini Bashar al-Assad pasti akan kalah dan hancur. Ketua Staf
Angkatan Bersenjata Israel, Jeneral Benny Gantz berkata, kepada ahli
Jawatankuasa Knesset, bila Bashar al-Assad jatuh, maka tentera Israel akan
masuk ke Syria.
Ini sudah tidak mungkin lagi ditoleransi, di mana rejim-rejim yang
dahulunya menjadi sekutu Israel, sekarang jatuh ke tangan kumpulan
"pengganas". Ikhwan di mata Israel tetap merupakan kumpulan radikal,
yang sama dengan pengganas. Hamas yang merupakan anak asuhan Ikhwan itu, tak
lain adalah kekuatan pengganas, yang akan mengancam masa depan Israel.
Seperti garis yang melingkar dari mulai Mesir, Tunisia, Maghribi,
Algeria, Yaman, sampai ke Syria, kekuatan Ikhwan, nampaknya akan menjadi
penentu garis politik di Timur Tengah di masa depan. Ikhwan akan menjadi pemain
utama, pasca revolusi di dunia Arab dan Afrika Utara.
Kemenangan dalam pilihan raya yang sekarang ini berlangsung, nampaknya
memberi ruang lebih luas bagi Gerakan Jamaah Ikhwan meletakkan dalam episentrum
politik secara serantau di dunia Arab dan Afrika Utara.
Di Mesir, pilihan raya parlimen dimenangi oleh Parti Kebebasan dan
Keadilan, di Tunisia dimenangi Parti An-Nahdhah, di Maghribi dimenangi oleh
Parti Keadilan dan Pembangunan, di Yaman kemungkinan yang akan menjadi penentu
ialah Parti Ishlah.
Semuanya kekuatan politik baru ini, merupakan produk Ikhwan. Dan para
pemimpin Ikhwan memainkan peranan politik dengan sangat cerdik, yang
kadang-kadang menimbulkan prasangka di kalangan Islam sendiri, yang menilai
Ikhwan bermain dalam tingkatan politik, bergaya "murji'ah".
Penentu polisi di Jerusalem dan Washington sedang celaru melihat
perubahan politik, yang sangat dramatik di dunia Arab dan Afrika Utara, di mana
kalangan sekular dan liberal digulung oleh kalangan Islamis.
Walaupun begitu, White House (Rumah Putih) sudah mengeluarkan
beratus-ratus juta dolar untuk menggagalkan kaum Islamis daripada mencapai
kemenangan.
Tetapi, segalanya telah berubah, dan tidak mungkin lagi arah jam, akan
ditarik ke belakang, dan segalanya telah memberikan harapan bagi Gerakan Islam.
Tentu, yang paling menarik ialah perkembangan di Turki, di mana Parti
AKP yang dipimpin oleh Perdana Menteri Erdogan, benar-benar berjaya mengubah
kedudukan tentera. Tentera Turki diletakkan di bawah kekuasaan tertinggi awam.
Tentera tidak lagi dapat mencampuri urusan kerajaan, dan membubarkan kerajaan
parti politik.
Sekarang kedudukan Turki semakin jauh. Akibat peristiwa Kapal Mavi
Marmara itu, hubungan Turki-Israel, boleh dikira tamat. Semua hubungan dua hala
dengan Israel dibekukan. Padahal, antara Turki dan Israel, kedua-duanya menjadi
ahli Nato. Tetapi, Turki tetap memilih jalan menolak hubungan dengan Israel,
sampai meminta maaf.
Kerjasama antara Ikhwan dengan Parti AKP sangat jelas, di mana ketika
lawatan Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan, bertemu dengan Mursyid 'Aam
Ikhwanul Muslimin, Mohammad Badie, dan melakukan perbincangan bagi masa depan
dunia Arab dan kaum Muslimin.
Perdana Menteri Hamas Haniya, juga melakukan lawatan ke Turki, dan
bertemu dengan Erdogan. Ismail Haniyah bukan hanya bertemu dengan Erdogan di
pejabatnya di Ankara, tetapi Haniyah di jamu di rumah Erdogan di rumah
peribadinya. Sokongan Turki terhadap Palestin secara total. Tidak menunjukkan adanya
keraguan.
Israel benar-benar terkepung buat masa sekarang. Seperti dikatakan oleh
Menteri Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta, bahawa Israel sekarang sudah
terkepung, dan Benyamin harus berdamai dengan Palestin.
No comments:
Post a Comment