Bagaimana
mahu jadikan setiap langkah sahabat pembaca bersamaan dengan ibadah setahun
berpuasa dan bersolat?
Segelintir
dari kita hanya menunggu kedatangan bulan Ramadhan ke Ramadhan, raya ke raya.
Ada juga yang menunggu lailatul qadar dan 10 malam terakhir Ramadhan.
Semua
ini sangat baik dan ada keberkatannya.
Namun
ada lagi satu musim yang Allah SWT letakkan segala kebaikan untuk setahun
padanya. Semuanya ada di musim ini. Apakah ia?
Ia
adalah hari Jumaat.
Sabda Nabi SAW “Sebaik-baik hari
yang diterbitkan matahari adalah hari Jumaat”
Hari
Jumaat telah dikhaskan untuk kita. Allah penuhkannya dengan kebaikan. Para
ulama’ mengatakan tiada hari yang lebih baik dari Jumaat dalam setahun kecuali
.....hari Arafah, hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Malah ia lebih baik dari
Ramadhan dan 10 hari terakhirnya. Hari Jumaat lebih baik daripada hari-hari
dalam Bulan Ramadhan.
Hadith
Nabi SAW mengenai hari Jumaat
Sabdanya “barangsiapa yang mandi,
keluar awal berjalan kaki, dan tidak menunggang, kemudian menghampiri imam dan
mendengar khutbah, maka pada tiap-tiap langkahnya, dia dikurniakan ganjaran
berpuasa dan bersolat selama setahun”
Begitulah
boleh disimpulkan tentang etika dan adab-adab yang boleh diamalkan pada hari
Jumaat.
Adab bersedia menyambut hari Jumaat :
1. Mandi
– setengah ulama’ mewajibkannya kerana Nabi SAW bersabda :
“mandi Jumaat adalah wajib
kepada mereka yang sudah baligh”
Iaitu wajib ke atas setiap orang yang baligh.
2. Memakai pakaian yang terbaik dan menyimpan pakaian yang terbaik untuk
hari Jumaat.
- Sudah tentulah yang terbaik adalah pakaian yang berwarna putih. Ia adalah
sunnah kerana Nabi SAW sukakan warna putih.
3. Berwangi-wangian menggunakan ‘Atar dan haruman lain.
4. Potong kuku dan mencukur serta menggunting bulu yang dibolehkan.
5. melumurkan badan dengan minyak, losen atau krim.
Jika lima (5) adab ini diamalkan, maka kita telah mengamalkan sunnah hari
Jumaat.
Adab keluar ke masjid :
Kemudian itu kita keluar menuju ke masjid bersama lima lagi adab.
1. Berjalan selagi mampu dan jika masjid berdekatan. Atau juga boleh
memandu kemudian berjalan dari kereta menuju ke masjid.
- Ia akan dihitung. InsyaAllah akan mendapat ganjaran untuk amalan itu.
2. Keluar dari rumah awal dan masuk ke masjid sebelum imam berada di mimbar.
- Inilah antara yang memberi kesan terhadapku.
Sabda Nabi SAW “di
setiap pintu masjid ada malaikat yang menulis nama mereka yang memasukinya
mengikut urutan. Ketika imam menaiki mimbar mereka menutup lembaran nama itu
untuk mendengar khutbah”
3. Menunaikna solat tahiyatul masjid
- Nabi SAW mengarahkan kita tidak duduk sebelum menunaikan solat tahiyatul
masjid , walaupun khatib sudah menaiki mimbar dan mula menyampaikan khutbahnya.
Kita tetap disunatkan untuk menunaikan solat tahiyatul masjid.
4. Sunnah mendekati imam.
- Ku begitu pelik sekali melihat ramai orang yang masuk awal ke masjid
hanya untuk mengambil tempat belakang dan bersandar di dinding-dinding masjid.
Sedangkan sunnah untuk kita mencari tempat yang paling hampir dengan imam
berdasarkan sabda Nabi SAW :
“Baginda mendekati imam lalu
mendengar khutbah”
5. Memberi perhatian terhadap khutbah yang disampaikan.
- sesetengah orang dia hanya tidur sepanjang khutbah disampaikan.
MasyaAllah.....ketenangan untuk mereka tidur hanyalah pada waktu khutbah
disampaikan. Buat untuk yang tidur itu, sesungguhnya mereka akan terlepas
ganjaran besar yang diberikan kepada mereka yang mendengar khutbah. Memberi
perhatian adalah yang penting dan juga meninggalkan perkara yang sia-sia.
- kerana terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh orang
ramai. Sesetengah orang contohnya :
Ketika mendengar khutbah, dia memeriksa sms.
Sabda Nabi SAW : “Barangsiapa
yang menggerakkan batu, pada hari Jumaat, maka dia telah melakukan perkara yang
sia-sia, barangsiapa yang melakukan perkara sia-sia, maka tiadalah pahala
Jumaat untuknya. Barangsiapa bercakap dengan temannya maka tiadalah pahala
Jumaat untuknya”
Adab pada hari Jumaat dan malam sebelumnya :
Terdapat adab selain solat Jumaat iaitu pada hari Jumaat dan malam
sebelumnya.
1. membaca surah Al-Kahfi
Sabda Nabi SAW
“barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi di hari Jumaat, dia disinari cahaya
sehingga ke Jumaat yang berikutnya”
- ia juga akan melindungi kita daripada fitnah dajjal yang bahaya itu.
2. Sunnah yang dituntut oleh Nabi SAW secara peribadi :
Sabda baginda “banyakkanlah
berselawat kepadaku pada hari Jumaat”
- Jika kita berselawat kepada Nabi SAW sekali. Allah SWT berselawat
sebanyak 10 kali. Selawat dari Allah SWT adalah rahmat.
3. Banyakkan berdoa dan menunggu saat doa dimakbulkan.
Sabda Baginda “terdapat
satu masa di hari Jumaat, jika seseorang muslim berdoa, doanya akan pasti akan
dimakbulkan oleh Allah SWT”
- Saat itu dikenali sebagai saat doa dimakbulkan dan kebanyakan ulama’ dan
para sahabat Nabi SAW antaranya Ali dan Fatimah Az-Zahrah dan beberapa sahabt
yang lain mengatakan bahawa saat doa dimakbulkan adalah ketika matahari mula
terbenam.
Antara
perkara terpenting yang perlu kita ambil berat ketika mencontohi Baginda Nabi
SAW adalah persepsi Baginda menunjukkan mahabbah Allah kepda kita. Mahabbah
kita kepada Allah SWT pula merupakan asas, mengapa kita mengamalkan sunnah
Baginda Nabi Muhammmad SAW.
Allah berfiman : “katakanlah jika
kamu benar-benar cintai Allah SWT, ikutilah aku (Baginda Rasulullah), nescaya
Allah SWT akan mengasihimu” (Ali-Imran : 31)
No comments:
Post a Comment