PEMIKIR UMMAH

Wednesday 29 February 2012

Nasihat Saied Hawwa (Syiah al-Khomeiniah)


Nasihat Saied Hawwa kepada pemuda-pemudi Islam

"Seharusnya umat Islam menyedari penipuan-penipuan yang telah dilakukan. Apa yang dirancang oleh al-Khomeini merupakan pengkhianatan besar-besaran keatas umat Islam. Kegilaan ingin menguasai dalam dirinya merupakan jenayah besar kepada Islam. Berhati-hatilah umat Islam daripada disengat dalam satu lubang dua kali.

Begitulah sebagaimana dinyatakan, beberapa pegangan dan pendirian pelik Syiah yang dipelopori oleh al-Khomeini yang akan mengancam kebangkitan semula umat Islam. Kerinduan umat Islam kepada Khilafah Islamiah akan terkubur seandainya ada dikalangan Ahli Sunnah wal Jamah yang menyokong baik tindakan-tindakan pelik al-Khomeini tersebut dan menyangka bahawa Iran itu adalah sebuah Daulah Islam yang sebenar.

Jangan terpedaya dengan helah al-Khomeini. Apa yang didakwanya bahawa Iran adalah sebuah “Komuniti yang Hak, Komuniti yang Merdeka, Komuniti yang Kuat”, sedangkan slogan sebuah Gerakan Islam sebenar adalah berdasarkan aqidah yang sahih (Ahli Sunnah wal Jamah).

Wahai para pemuda, idamlah kamu semua akan sebuah Daulah Islam yang Hak, jangan ditipu oleh al-Khomeini yang menginspirasikan Daulah Islam yang Batil yang akan membawa umat Islam terkebelakang.

Cukuplah sekadar al-Khomeini yang melakukan kebiadaban dengan jalinan persepakatan dan saling tolong menolong bersama Israel. Dia selama-lamanya tidak akan keluar daripada Iran melainkan setelah melakukan pelbagai kekacauan, kerosakan dan wala’(tunduk) kepada musuh-musuh Allah."

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : 
“Bahawasanya Dajjal akan keluar daripada Khurasan, bersamanya 70 ribu daripada kota Yahudi Isfahan (Khurasan)”.

Rujukan :
Hadis Sahih riwayat Imam Tarmizi. Ulama’ bersepakat bahawa Isfahan itu adalah Khurasan yang merupakan kota ketiga terbesar di Iran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics