PEMIKIR UMMAH

Sunday, 8 January 2012

Bencinya Dengan Politik Nih!.


SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR
SOLLALLAHUALAIHIWASALLAM

Faktor usia tidak menghalang ia difikirkan.

Situasi pertama (perbualan umi dengan isteri kawan abi)
Macam-macam yang dibualkan sehingga ke topik anak-anak mereka. Bala...bla...bla....dan bla ku tertangkap satu topik perbualan mereka yang menarik minatku. Makcik tu habaq, keadaan apa-apa pun, dimana-mana anak dia belajar dia hanya mahukan keselamatan anaknya terjamin. Samada dalam perjalanan ke tempat pengajian mahupun pulang ke rumah. Lepas tu dia habaq, kita nih perempuan tak payah dok layan-layan dengan politik-politik nih. Tak berfaedah, asalkan keselamatan anak-anak dan keluarga dalam keadaan selamat.

Situasi kedua (di rumah ibu saudara)
Sedap duduk menyembang....cerita sana-sini. Maka sampai la masa bab harga barang. Kebetulan anak dia nak kahwin tak lama lagi, jadi banyak la kan barang nak dibeli. Ape lagi, dok cerita la barang ni mahal, barang tu mahal. Jadi ade la hamba Allah nih yang turut serta dalam perbualan nih, dia kate, senang je jawapannya ‘tukar je kerajaan’. Pe lagi mak saudara terus la menyampuk balik. ha! Hal-hal politik, kerajaan, aku tak mau dengau, kau jangan campur.

Situasi ketiga (bersama rakan-rakan)
Biase la da lame tak bertemu kawan-kawan sepersekolahan rendah dulu. Bila da bertemu, macam-macam la nak dibualkan. Jadi tiba masanya, keluar la sikit topik mengenai hal demonstrasi penduduk yang berdekatan dengan kampung kami semua. Mula-mula sorang tu sokong je, tapi tiba-tiba ade sorang tu, dia kate tak seronok r dok sembang politik-politik nih. Nih bukan tempatnya. Nak buat apa kita caro hal politik nih. Apa lagi yang lain pun sokong la. Segelintir sahaja yang berminta ingin mengetahui lebih lanjut.

Banyak lagi situasinya, tapi cukup sudah ku bawakan tiga ini sebagai gambaran kasar apa yang ingin disampaikan.

Semestinya ada sahabat pembaca terdetik di hati, ‘aku pun pernah mengalaminya juga’. Pernah itu memang pernah. Tetapi setakat mana kecaknaan dan tindakan yang diambil dari situasi-situasi berikut.

Jawapan yang memuaskan untuk mereka semua dalam situasi berikut amat-amt diperlukan. Sekadar jawapan lihat ke negeri pakatan rakyat memerintah, bagi peluang mereka memerintah dan lainnya yang sekadar nampak di mata kasar. Tidak memadai langsung dengan jawapan tersebut. Perlunya jawapan yang benar-benar menusuk di kalbu. Dengar saja perkataan politik atau kerajaan pun dah benci....apatah lagi untuk meneruskan kalam yang lain.

Ku terfikir, kenapa keadaan sebegini terjadi, sedangkan mereka semua adalh yang beragama Islam. Bangsa lain terutama masyarakat tiongha, begitu cakna akan setiap perkara yang berlaku dalam negara ini.

Minda ku tercari-cari apakah puncanya. Dengan izin-NYA terdetik di mindaku Antara punca utama perkara sebegini yang telah lama terperap bagi sesetengah kaum muslimin ini adalah kefahaman sebenar mereka terhadap apa dimaksudkan dengan politik ini.

Mana kan tidak, bila disebut sahaja politik, dibenak otaknya pasti menggambarkan pilihanraya, rasuah, caci-maki, fitnah-memfitnah, wakil rakyat yang tidak berguna, liar dan bermacam-macam lagi lah. Betul ke itu yang dinamakan politik? Dan inilah yang ku fikirkan antara punca sesetengah pihak membenci sangat-sangat dengan politik nih.

Dari dulu sehingga sekarang, itu saja yang digambarkan. Bagi golongan veteran, bagi ku biasa la, tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan remaja, mahasiswa juga ada yang masih berfikiran ketinggalan zaman, walaupun dunia serba canggih.

Dalam kerunsingan begini, ku berharap dapat memecahkan tembok pemikiran yang kolot ini. Ku cuba mencari tafsiran politik yang sebenarnya agar dapat diterima oleh mereka. Al-Quran dan Sunnah adalah diutamakan.

Dengan izin Rabbul Izzati, ku ditemukan dengan sebuah buku keluaran Indonesia yang bertajuk ‘Al-Jama’ah, Tafarruq dan Ikhtilaf’. Waima ia membicarakan tentang tafarruq dan ikhtilaf, tetapi tidak lupa ia juga memberi tafsiran ataupun dikenali taarif bagi politik itu.

Memudahkan sahabat pembaca untuk memahaminya, ku tampilkan dengan sebegini rupa :
TAARIF (PENGENALAN) – apa itu sebenarnya POLITIK?

- Politik dalam bahasa Arab dikenali dengan istilah ‘siyasah’.
- Diambil daripada kata ‘saa-saa’.
- Dalam bentuk failnya adalah ‘saa-is’ dan dalam bentuk masdarnya adalah ‘siyasah’.
- Serta erti daripada kalimah ‘saa-sa al-ummata’ adalah memerhatikan urusan umat.

DALIL : (RASULULLAH SAW SENDIRI MENGGUNAKAN KATA POLITIK (SIYASAH) DALAM SABDANYA)

“Adalah Bani Israil, mereka diurusi urusannya oleh para nabi (tasasuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi lain datang menggantikannya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah” - HR. Muslim –


Teranglah bahawa politik atau siyasah itu makna awalnya adalah mengurusi urusan masyarakat. Berkecimpung dalam bicang politik beerti memperhatikan kedudukan kaum muslimin dengan cara menghalang kezaliman penguasa yakni pemerintah pada kaum muslimin dan melenyapkan kejahatan musuh kafir dari mereka

Untuk itu perlu mengetahui apa yang dilakukan penguasa dalam rangka menguruskan urusan kaum muslimin, menginkari atau membantah keburukannya, menasihati pemimpin yang kejam terhadap rakyat jelatanya, serta memerangi pada saat terjadi kekufuran yang nyata (kufran bawahan) seperti ditegaskan dalam banyak hadith terkenal.

Ini adalah perintah Allah s.w.t. melalui Rasulullah s.a.w.. Berkaitan dengan persoalan ini Rasululah s.a.w bersabda :

“ Sesiapa saja yang bangun pagi dengan niatnya bukan kerana Allah maka ia bukanlah (hamba) Allah, dan siapa saja yang bangun pagi namun tidak memperhatikan urusan kaum muslimin maka ia bukan dari golongan mereka” - HR. Bukhari –

Ini sahaja yang dapat ku kongsikan bersama sahabat pembaca.
  
Setelah ku menerangkan serba sedikit akan maksud sebenar ini, Alhamdulillah sahabat-sahabat ku dapat menerimanya, bahkan tiada yang berani membantahnya. Kerana ini merupakan perintah Allah melalui Rasul-NYA. Bukannya perintah manusia menyuruh untuk sama-sama mengambil berat akan hal politik ini.

Bagi mendapatkan sedikit lagi info berkaitan tajuk ini boleh.(klik di sini) - menjadi politikus.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Get ISLAMIC-Graphics