Apa dia?
Ha! Iaitu sikap masyarakat kita hari ini dengan akhlaknya.
Golongan
yang terbesarnya terbahagi kepada dua :
Pertamanya golongan yang menyempitkan soal akhlak hingga
akhlak itu terkhusus kepada beberapa masalah perbuatan yang tertentu sahaja,
seperti dalam soal yang berhubung dengan sikap tidak taat kepada ibu bapa,
berpakaian ala hippies dan beberapa perkara lain lagi.
Tetapi
soal-soal akhlak yang tidak kurang besarnya dari perkara tersebut itu tidak
dipedulikan, seolah-olah tidak penting dan tidak termasuk dalam masalah akhlak.
Misalnya, dusta, tidak amanah, menyalahi janji dan sebagainya. Pada hal sudah
sedia maklum akan hadis tentang sifat-sifat orang munafik itu mengikut hadis
junjungan besar kita s.a.w.
Hasil
dari penyempitan lingkungan akhlak ini, banyaklah amalan yang tidak berakhlak
dilakukan dengan lumrahnya dalam masyarakat kita hari-hari hingga menyebabkan
ummat kita semakin mundur. Kalau dalam bidang ekonomi bukan sedikit kedai-kedai
orang Melayu kita yang terpaksa ditutup akibat dari keburukan akhlak orang kita
sendiri, iaitu tidak mahu membayar hutang-hutang.
Begitu
juga dalam bidang sosial, berapa banyak orang menceraikan isterinya tanpa
nafkah dan pengawasan kerana tidak bertanggungjawab. Kesemua ini adalah masalah
tiada akhlak iaitu tidak ada amanah dan tanggungjawab. Tetapi perkara-perkara
ini semuanya dipandang sepi dan kurang diperkatakan sebagai soal akhlak yang
harus diperbanyakkan.
Yang keduanya golongan sikap memandang soal
akhlak itu suatu yang tidak ada hakikatnya. Sesuatu amalan itu dinilai baik dan
buruknya mengikut pandangan diri perseorang dan mengikut tempat dan zaman.
Apa yang
dipandang baik oleh seseorang maka itu adalah haknya dan baiklah pada sisinya
walaupun buruk pada pandangan orang lain. Begitu juga yang dipandang baik pada
sesuatu negeri atau zaman maka baik pada negeri dan zaman itu walaupun buruk
pada negeri dan zaman yang lain.
Pandangan
yang seperti ini telah muncul dalam arena pemikiran manusia dari semenjak kurun
keempat Masihi lagi, iaitu tatkala timbulnya puak yang meruntuhkan hakikat
akhlak dan menyatakan perkara nasbi mengikut pandangan perseorangan dan
mengikut perubahan tempat dan zaman.
Pandangan
terhadap akhlak seperti ini amatlah membahayakan dan meruntuhkan segala
nila-nilai hidup. Akibat dari pandangan yang seperti inilah banyak orang
sekarang mencari kebebasan mutlak dalam hidup tanpa mempedulikan sama ada
perbuiatan atau tingkah-lakunya itu mengganggu orang lain.
Gejala-gejala
yuang seperti in lahir tiap-tiap hari, seperti lari bertelanjang, hidup secara
hippies dan sebagainya. Gejala-gejala ini adalah menunjukkan kehancuran
pandangan akhlak dalam jiwa mereka dan akan membawa manusia sedikit demi
sedikit ke arah hidup yang sebelum tamadun dan ke arah kebinatangan.
Maka
sikap yang sihatnya adalah memandangkan akhlak sebagai perkara yang ada
hakikatnya yang ditetapkan oleh agama.
No comments:
Post a Comment