SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR
selawat salam buat junjunag besar Nabi Muhammad S.A.W
kali ini ku santaikan antara
ingatan Imam Hasan al-Banna (bersama kita renungi)
Hasan
al-Banna menyedari sikap para pemimpin di Negara Islam yang dipengaruhi Eropah
yang telah memisahkan agama dari politik dan pemerintahan.
Dia
memperingatkan bahaya kesalahan besar yang tidak dapat dimaafkan yang dilakukan
para pemimpin ini dengan menjauhkan agama Islam dengan politik dan daripada
urusan ummat Islam.
Hasan al-Banna
menjelaskan bahawa para pemimpin politik dan pemerintahan di negara-negara
Muslim telah merosakkan sentimen agama Islam dalam setiap kejadian yang menimpa
mereka atau memberikan kenyataan dan perbuatan yang sentiasa menjauhkan antara
ajaran agama dengan kebijaksanaan-kebijaksanaan politik.
Hasan
al-Banna menyebutkan bahawa hal ini adalah permulaan kelemahan dan kerosakan.
Hasan
al-Banna menjelaskan bahawa Islam adalah agama universal yang meliputi semua unsur
kehidupan. Dia mengkritik perbuatan memisahkan agama dan politik.
Hasan al-Banna
menjelaskan bahawa setiap gerakan Islam yang menjauhkan politik daripada cita-citanya
tidak boleh dikatakan sebagai gerakan Islam dengan pemahaman yang universal
terhadap ajaran Islam.
Dalam sebuah
persidangan pelajar Ikhwanul Muslimin yang diadakan pada bulan Muharram 1357H,
Hasan al-Banna mengatakan :
“ Dapat aku sampaikan dengan tegas bahawa seorang Muslim
tidak akan sempurna agamanya kecuali jika dia menjadi politikus, memiliki
pandangan yang jauh tentang permasalahan umatnya, memperhatikan urusan-urusan mereka
dan bersedia membantu mencari jalan penyelesaiannya. Dapat aku katakan bahawa
pembatasan dan meninggalkan terus agama ini adalah sikap yang tidak diakui oleh
agama Islam. Maka kepada setiap organisasi Islam agar menjadikan keutamaan
programnya dengan memerhatikan urusan politik umat Islam. Kalau tidak maka dia
sendiri perlu untuk memahami kembali akan makna Islam. “
Benar sekali ungkapan
yang menyatakan bahawa tidak ada kebaikan dalam agama yang tidak ada politiknya
dan tidak ada kebaikan dalam politik yang tidak ada agamanya.
Politik seperti ini
adalah politik kafir yang tidak dapat diterima.
Islam datang dengan
membawa ajaran politik untuk membahagiakan manusia baik di dunia mahupun di
akhirat iaitu politik yang memerhatikan urusan manusia semuanya.
Pada saat umat Islam
menguruskan diri mereka sendiri dan menguruskan hal orang lain dengan politik
seperti di atas maka manusia akan memperoleh kebahagiaan serta membahagiakan
orang-orang yang hidup dalam lingkungan mereka. Mereka hidup dalam keadaan aman
bagi jiwa mereka, harta mereka dan kehormatan mereka.
No comments:
Post a Comment