‘Suara aneh
dan menakutkan dari langit` yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru
ini pada 11 dan 12 Januari 2012 telah menggemparkan bukan sahaja negara kita
Malaysia, bahkan seluruh dunia.
Bagi orang
Islam yang beriman dengan sebenar-benarnya mereka tidak akan menganggap perkara
ini satu situasi yang boleh dibawa cerita kemana-mana tanpa mengambil iktibar
akannya. Kerana ini mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir
zaman ini.
Setiap ummat
Islam wajar mengambi iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang
mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di
muka bumi ini.
Setiap yang
ganjil belaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua ummat Islam,
mungkin ia adalah amaran kepada kita. Rasulullah juga ada menyebut kita ini
ummat akhir zaman, banyak petanda yang sudah berlaku.
Kita perlu
merenung diri bermuhasabah diri, terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita
merupakan ummat paling maju dan bertamadun namun kita lupa Tuhan, kita semakin
kufur pada-NYA, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ini.
Tidak menolak
kejadian aneh tersebut adalah salah satu petanda akhir zaman, sudah banyak
perkara-perkara lain yang disebutkan oleh Baginda Rasulullah telah berlaku.
Sudah banyak
petanda akhir zaman berlaku, hukuman yang pernah diturunkan Allah pada
kaum-kaum terdahulu juga sudah terjadi pada zaman sekarang.
Rasulullah
ada menyebut, akan ada orang tenggelam dalam bumi, sudah berlaku kejadian
manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh, gempa bumi juga semakin kerap berlaku,
tiap-tiap bulan kita mendapat berita pasti ada gempa bumi yang berlaku.
Anak-anak
zina juga semakin ramai, sudah berpuluh-puluh ribu, dunia juga sudah ada angin ‘sar-sar`,
angin ‘sar-sar` ini ialah angin batu, sekarang ini sudah berlaku bencana ini,
pada zaman dahulu angin ‘sar-sar` ini diturunkan Allah kepada ummat Nabi Luth.
Justeru itu
ummat Islam perlulah mengambil iktibar akan setiap kejadian yang berlaku dan
bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana
yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.
*************************
Ada
potongan Hadith Rasulullah yang menyatakan tentang huru-hara besar akan terjadi
pada tengah malam pertengahan Ramadhan, di mana akan menyebabkan semua orang
terjaga dari tidurnya.
Hadith ini
menggambarkan akan ada suatu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari
langit, bukan ia kiamat tetapi huru-hara tersebut akan melenyapkan ummat
manusia di atas muka bumi ini sebanyak dua pertiga, yang tinggal hanya satu
pertiga sahaja.
Adakah kita
semua ini tergolong dalam satu pertiga itu? Peristiwa ini pasti akan berlaku
mengikut hadith Rasulullah.
Hadith ini
diriwayatkan daripada Nu’aim bin Hammad bahawa Rasulullah pernah bersabda : Bila
tiba muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu.
Kami bertanya
: suara apakah itu ya Rasulullah?
Rasulullah
menjawab : ‘suara keras` di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan
muncul suara keras membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri
jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun
terjadinya banyak gempa.
‘Jika
kalian melaksanakan solat Subuh pada
hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya,
sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga
kalian`.
‘Jika
kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah
dan ucapkanlah : Mahasuci Al-Quddus, mahasuci Al-Quddus, Rabb kami al-Quddus,
kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang
tidak melakukan hal itu akan binasa`.
No comments:
Post a Comment